Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Monolog Hati

August 14, 2013 1 Comments
 
Dia merenung dalam bait tinta yang ditangkap lensa miliknya. Sepasang mata yang bening itu bergerak-gerak kiri ke kanan. Dia cuba untuk memahami kata-kata itu.

Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat… – Ustaz A.Ubadillah Alias

Dahinya dikerutkan. Keningnya dirapatkan. Tanda dirinya sedang memikirkan sesuatu yang mengusik perasaan.

“Cinta bukan tujuan. Tapi jalan. Cinta bukan matlamat. Tapi alat..” Bait tinta itu bergema dalam sanubarinya.
“Apa ertinya?” Dia bermonolog.


Lama dia merenung. Sesekali, dia menghantar pandangan ke luar jendela. Dia menatap ke arah langit. Cerah. Subhanallah, indah ciptaan-Mu – Burung-burung berkicauan, tanda bertasbih kepada-Nya. Sang unggas bernyanyi riang, tanda memuji kepada-Nya. Segala yang ada di langit mahupun di bumi sujud pada keEsaan-Nya. Dalam asyik dia merenung keindahan ciptaan Tuhan, ada sesuatu yang mengusik kalbunya.


Cinta. Ya. Dia tahu dia masih muda remaja. Dia tahu masih banyak tanggungjawab yang harus digalasnya. Dia tahu masih banyak impian yang belum diraihnya. Dia tahu, umi dan abinya mengharapkan sesuatu daripadanya. Dia tahu perjalanan hidupnya baru bermula. Dia tahu dia tidak seharusnya leka dalam cinta dunia. Dia tahu dan dia mengerti segala-galanya. Namun, entah mengapa setiap kali dia cuba mengusir satu rasa yang bertamu di dada, tiap kali juga dia kalah melawan perasaannya.

Ya Allah, begitu kuat rasa itu hadir ke dalam kalbunya.

Apa yang perlu dia lakukan? Langkah apa yang perlu dia aturkan? Strategi apa yang perlu dia rencanakan?
Segala-galanya kelihatan suram. Segala-galanya kelihatan tidak berjalan. Hatinya kembali rawan. Mengapa dirinya tidak mampu melawan? Mengapa perasaannya seringkali kecundang? Mengapa hatinya seringkali bermusuhan dengan apa yang dia fikirkan? Hati dan akalnya tidak sehaluan.

Dia tidak mahu lemas dalam dakapan cinta yang melekakan. Dia hanya mahu lemas dalam dakapan cinta Tuhan. Tapi, makin kuat dia mencuba, makin kuat pula dia diduga.

Dia tahu, dia harus kuat menghadapinya. Dia tahu, dia harus melawan rasa cinta yang bertamu dalam hatinya. Dia tahu, dia harus mengusir rasa cinta pada manusia. Mengusir cinta bukan bererti membenci. Tetapi lebih kepada menjaga jarak antara dirinya dan dia. Hatinya cuma ada satu. Dia tahu, sakit rasanya apabila terluka. Pedih rasanya apabila kecewa. Pasti, dia akan berduka. Lalu, amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya akan terbang dan hilang entah ke mana.

Dia harus memilih. Ya. Memilih sama ada dia mahu terus berfantasi atau menjejak realiti? Mahu terus berada dalam mimpi atau mahu menjejak bumi? Dia sedar. Cinta manusia itu adalah sesuatu yang tidak pasti. Cinta yang hakiki adalah berpaksikan pada DIA Sang Ilahi.

"Dia juga sedar, kehidupan kini penuh dengan ujian Ilahi. Jika iman tidak terus diasah, maka dia akan tersungkur rebah. Jika akidah tidak terus dipelihara, maka dia akan terus bergelumang dengan dosa. Jika ilmu-Nya tidak terus diteroka, maka dia akan terus terleka dalam arus dunia. Dia juga sedar. Perjalanannya masih jauh. Banyak lagi yang harus ditempuh. Jika ujian sebegini dia tidak mampu menempuh, apatah lagi ujian lain yang mewajibkan imannya untuk terus teguh."

Dia nekad. Segala rasa cinta yang hadir sebelum waktunya perlu segera diusir. Bimbang pula hatinya akan terus terusik. Kini dia memegang pada satu prinsip!

Cinta itu fitrah. Ilmu itu amanah. Iman itu perlu diasah. Maksiat itu perlu dicegah!

Ashadu Anla Ilahailallah Wa Ash Hadu Anna Muhammad Rasulullah. Hanya padaMu Tuhan, aku berserah…








Friday, June 21, 2013

Cerita Cuti Sem 1

June 21, 2013 0 Comments
 
Hai semua.Apa Khabar?Harap-harap sihat la yer.Seminggu CHN menyepikan diri dari dunia blog buat seketika waktu.Maaf yer kerana menghilangkan diri buat seketika.Bukan sengaja tetapi ada tugas dan amanah yang dititipkan Oleh-NYA buat.Hujung minggu lepas iaitu 13-15 Jun 2013, CHN ke Mengembara ke Maktab Mahmud Kuala Muda untuk memberi ilmu kepada adik-adik di MMKM..CHN jadi Fasilitator untuk Tamrin Maahadi di sana.Alhamdulillah, semuannya berjalan dengan lancar sehingga tamat program tesebut.Moga-moga ilmu dan pengalaman yang CHN curahkan buat adik-adik MMKM mendapat redho dari-NYA.

Sahabat seperjuangan CHN yang turut jadi "FC" macam CHN juga..
~Wana, Nisak, Alia,Kak Jiha, Asma;~


"Khazinatul Asrar" nama kumpulan adik2 CHN...
Bergambar kali terakhir bersama adik2 kumpulan yang CHN pegang..

Minggu lepas juga, CHN mula bekerja.CHN bekerja mengajar budak-budak mengaji Qiirati dan al-quran pada waktu malam.CHN masuk kerja pukul 6.45 petang sehingga pukul 9.30 malam.Sebenarnya CHN kerja sampai habis cuti sem ja, tapi bila tanya mak dan ayah boleh tak k.long nak kerja lagi bila sem dah buka nanti?Rasa macam suka dan best lah pula mengajar budak-budak mengaji dan di gelar "Ustazah" yang tak di ikhtiraf.hehe..Bersyukur sangat-sangat sebab mak dan ayah benarkan.Dan bermula sem depan, tugas CHN makin sibuk dengan belajar, kerja dan berpersatuan.Nah ambik kau.3 tugas sekaligus.Harap-harap CHN dapat seimbangkan semua tugas dan tanggungjawab la noh.Doa-doakan!!

Anak murid perempuan yang boleh tahan nakalnya juga..
Time snap gambar ni, tengah tunggu azan insyak.

Danish yang pakai baju biru tu paling hensem..
tapi mulut banyak mengalahkan ustazah..

Hero-hero yang paling nakal..

Budak comel dan chubby...Tp tak ingat nama.
time snap gambar ni, dia baru lepas teriak sebab kena buat dengan kawan...


#Nota kaki :Alhamdulillah, cuti sem kali ini CHN banyak membuat perkara yang berfaedah.

~Setiap apa yang kita buat sentiasa ada kenangan samaada suka atau pun duka.Dan CHN akan ingat dan simpan kenangan tu dalam kotak memori CHN..~








Saturday, May 11, 2013

Paper First Yang Mendebarkan..

May 11, 2013 1 Comments
 
Bersama nota-nota..

Hai semua.Esok bermulalah detik-detik yang indah oleg CHN iaitu berperang dengan kertas soalan dan jawapan yang agak memeningkan kepala.Esok paper first yang CHN akan exam ialah Public Speaking.

Paper ni tak boleh nak bantai-bantai buat ayat sendiri sebab semua fakta.So, jawapan pun mestilah fakta.Doakan CHN yer.Esok tepat pukul 2.30petang CHN akan mula berperang sehingga 5.30 petang.Alat tulis, kad matrix dan slip exam semua dah settle.Tunggu nak jawab exam je..Okeylah, CHN nak sambung study lagi nih..

slip exam..









Thursday, May 09, 2013

Pengemar Burger

May 09, 2013 4 Comments
 
Hai semua?Selamat pagi dan Salam saiyyidul ayyam buat semua blogger.Pagi ini tangan mula untuk mengupdate blog.Semalam nak update blog, tiba-tiba je P1 buat hal.Low semacam je.Naik lenguh CHN menunggu internet okey.Semalam CHN diminta oleh kawan baik CHN untuk mengganti kan kakak seorang ni mengajar budak-budak mengaji qiraati dan al-quran di Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Oleh kerana CHN free je time tu, CHN pun setuju lah nak mengajar budak-budak mengaji.CHN mengajar dari pukul 7 malam sehingga 9.15 malam.Nakal kemain lagi budak-budak tu.Dalam seminit tak reti duduk diam.Macam-macam kerenah.Tapitu tidak mematahkan semangat CHN untuk terus mengajar budak-budak tu mengaji.

Lepas je habis mengajar budak-budak mengaji, kawan baik CHN ni cakap lapar and then ajak CHN pergi makan.So,CHN pun ajak la kawan CHN pergi makan Burger yang famaous di Malaysia."Burger Abang Burn " menjadi makanan CHN untuk malam semalam.Sedap bukan main lagi.CHN pesan Hot Shot dan kawan CHN pesan Pop Chic kot tak silap CHN.Makan satu tak cukup, tapi oleh kerana hendak berjimat dan harga pun boleh tahan laa so, makan satu pun dah cukup.hehe..


Kalau nak tahu CHN ni pengemar burger.Setiap hari makan burger pun tak jemu, tapi tak boleh juga nanti takut badan naik jadi belon.So, semua jenis burger CHN suka.Tambah-tambah ada sos "Black Pepper" dan burger tu basah..Yummy, sedap sehingga menjilat jari.Terliur sudah.Okey lah setakat ini sahaja CHN celoteh.Jumpa lagi..daa..


note : CHN dalam proses design template blog yang baru.Nantikan yer..^_^







Monday, May 06, 2013

Minggu Exam Bakal Menjelma

May 06, 2013 6 Comments
 
Hai semua? Apa Khabar? Masihkah anda di dalam mood "Deman Pru"? Bagaimana dengan keputusan Pru 13 di kawasan anda semua? Di kawasan CHN...emm susah untuk CHN menjawab.Sedikit kekecewaan dan sedih masih terasa.Bagaimanalah nasib di tempat CHN nanti yer.Hanya mampu berdoa dan berserah pada DIA "Sang Maha Mengetahui" apa yang bakal berlaku dan terjadi.Okey stop di sini dahulu tentang politik.hehe..

Bermula minggu ni, kuliah CHN di kolej dah pun tamat.So, minggu ni bermulalah study week untuk semua student Kolej Universiti Insaniah.Kelmarin lepas tengok jadual exam, CHN terus berkata " Mak aii!!! dekat nya tarikh aku exam.Dah la semua madah tu killer kot ". Aiyoo!!! alamatnya CHN kena mula ulangkaji balik semua sub-topik nih.Kata semester ni nak dapat 3.3 ke atas kan.So, kena la pulun betul-betul. Alhamdulillah, nota-nota sendiri sudah buat lama dah.so, tak la kalut sangat.Just ingat, faham dan hafal apa yang lecturer ajar dalam kelas.

Okey lah setakat disini dahulu kalam CHN.Jumpa lagi di lain waktu.Daa..

Jadual exam CHN untuk semester ini..


p/s : buat follower CHN , maaf yer buat masa sekarang CHN tak boleh nak follow dan BW korang semua.Asalnya malam ni nak BW korang tapi line tenet jem pula dah.Nanti CHN BW korang yer..

CHN sentiasa pegang kata-kata ni..
~Hasbi Allah Wani'mal Wakeel~










Sunday, April 28, 2013

Oh Shafawi Quran Esok...

April 28, 2013 1 Comments
Peneman CHN sejak dari Maahad lagi..

Hai semua.Selesai solat maghrib dan membaca al-quran sebentar tadi, CHN buka facebook untuk menjenguk seketika notification yang penting.Tiba -tiba terasa untuk mengupdate blog.So, tangan ni ligat log in blog.Hari ini rutin pengajian CHN tidak lah padat macam selalu.Hari ini juga CHN ada 2 exam shafawi iaitu subjek Usul Fiqh dan Nahu.Alhamdulillah, CHN dengan senang hati boleh jawab walaupun buka buku last minit.Keluar dari bilik lecturer ada kawan tegur "Hai tiqah, senyum sampai ke telinga nampaknya, mesti boleh jawab nih".(Alhamdullillah itu lah yang terkeluar dari mulut CHN).

Mula mengingati semula juzuk 2...

Malam ni aktiviti CHN hanyalah memghafal dan mengingati ayat-ayat al-quran kerana esok CHN ada exam shafawi kubra' pukul 2 petang.4 juzuk kena hafal dan ingat.Bayangkanlah juzuk 1 dan 2 CHN hafal masa sem 1 dan 2.Sekarang ni CHN dah berada di sem 4.Lama sudah CHN tinggal.So, setiap sem CHN kena hafal 1 juzuk.Ohhh nooo!!! Banyak nya.Itulah sapa suruh tak peringat selalu.Kan dah banyak yang lupa dan kena ingat balik.Kawan-kawan bloggers doakan CHN yer.Okey lah setakat ini sahaja CHN mampu taip.Now, CHN nak tunggu azan insya' dan lepas tu fokus untuk exam shafawi esok.Daa..











Lama Menyepi

April 28, 2013 0 Comments
 

Hai bloggers semua.Lama kan CHN menyepikan diri daripada mengupdate entry-entry baru.Bukan CHN menyepikan diri tetapi CHN terlampau sibuk dan tiada masa untuk menaip entry baru.Dua minggu yang lalu CHN terlampau sibuk dengan kuliah, persatuan dan program.Memang padat la jadual CHN minggu tu.Sampaikan masa makan pun terpaksa skip untuk dahulukan benda-benda yang penting.Dalam 2 minggu 3 program CHN kena pegang.Fuhh!!memang memenatkan tapi demi Insaniah dan Persatuan Bahasa Arab tercinta sangguh CHN korbankan semua masa dan tenaga.

Minggu yang pertama CHN kena settlekan paper work program
"حفلة التقاعد وتكريم الطلاب المتفوقون" yang diuruskan oleh Lajnah akademik iaitu lajnah yang CHN pegang dalam persatuan bahasa arab.Allamdulillah, paper work siap pada khamis dan diluluskan oleh Hep pada hari isnin.Lambat gila diluluskan atas sebab-sebab dekan berada di kuala ketil.so, memang susah sikit dan perlu bekerja keras gila-gila.Gerak kerja bermula selama 3 hari tapi allhamdulillah program berjaya juga dilakukan walaupun last minit.Program yang kedua ialah Program injection camp.Dalam injection camp dua program CHN kena urus iaitu motivasi " Impak Maksima" sebagai unit protokol  dan "Bengkel Imtiyaz" sebagai timbalan.Selama dua minggu ini, CHN keluar pergi kolej pagi dan pulang ke rumah pada waktu malam pukul 11.30malam. Memang teruk sikit minggu ni sebab final exam makin dekat.Hanya ada lagi 2 minggu sahaja lagi.

Gambar kenang-kenangan bersama semua
Adhoc dan Ust. Solhi semasa motivasi "Impak Maksima"

Bermula esok, CHN perlu tumpukan pada kuliah dan pelajaran pula.Esok nak pergi buat Shafawi usul fiqh dan nahu.Hari isnin pula shafawi quran 4 juzuk pada pukul 2 petang.Doakan CHN boleh buat okey.Harap-harap semester in boleh dapat yang terbaik.(Sedang bercita-cita mengejar dekan, Insyaallah).Okey lah setakat ini yang mampu CHN coretkan.Jumpa lagi.Maaf buat bloggers yang tag CHN di  shoutbox ajak join segmen or giveaway.Bukan tak nak join, tapi tak sempat nak join.Insyaallah cuti semester nanti CHN join sampai pening okey..










Saturday, March 30, 2013

Melawat Kak Senior

March 30, 2013 0 Comments
 
Hai semua..Hari khamis bersamaan 28/3/2013 CHN dan Gengkawan CHN, merantau ke Jitra sekejap untuk ziarah kakak senior CHN yang baru sahaja melahirkan seorang lagi ummat Nabi Muhammad S.A.W pada 26/3/2012.Alhamdulillah, bayi perempuan seberat 3.4 kg selamat dilahirkan dengan muka yang sangat comel dan putih melepak.Semasa kami semua sibuk berperang dengan exam dan soalan madah tarjumah, Kak Farhana sibuk bertarung nyawa demi melahirkan seorang permata yang amat bernilai dari seorang ibu.

CHN dan gengkawan tak merancang pun nak pergi melawat sampai ke jitra.Kebetulan hari tu CHN dapat mesej dari seorang kawan yang mengatakan kelas dibatalkan.Bayangkanlah, time tu CHN punya la bersemangat nak masuk kelas, tengok-tengok di batalkan pula.Agak kecewa lah juga.So, alang-alang dah kelas tak dak dan CHN pun dah bersiap apa bagai, CHN pun dengan penuh rancang mesej gengkawan ajak pergi melawat kak farhana.Alhamdulillah, sampai juga hajat CHN n gengkawan nak tengok baby kak farhana.

Baby kak Farhana~Comel giler.Tembam pula tuh~

Sempat juga beli hadiah untuk si baby girl kak farhana..
Ikhlas dari mak cik-mak cik yer baby girl..

Okeylah, setakat ini sahaja entry CHN kali ni.Now, masa untuk CHN study.Esok pukul 11 pagi CHN ada Amal Sanah madah Usul Fiqh.Doakan CHN boleh jawab yer esok.
Daa..
Jumpa lagi di lain waktu.

time untuk mengadap buku usul fiqh dengan
 nota yang CHN buat sendiri untuk lebih faham.










Thursday, March 28, 2013

Shopping Guna Baucer Buku with Adik-adik

March 28, 2013 1 Comments
 
Hai semua.Maaflah CHN tidak dapat buka blog sejak dua tiga hari yang lalu disebabkan perkara-perkara yang perlu di utamakan terlebih dahulu.Hari isnin yang lalu, CHN membawa adik-adik CHN menghabiskan baucer buku (BB1M) adik CHN yang tingkatan 6 di Popular Bookstore.2 jam di popular menghabiskan RM250 dan dapat bonus dari popular yang bernilai RM50 serta ahli kad popular selama setahun.Banyak benda yang adik-adik CHN beli.CHN tumpang menengok dan memilih alat tulis dan buku untuk mereka.Seronok tengok mereka memilih barang-barang.Almaklumlah, teruja nak membeli belah tanpa perlu mengeluarkan duit.


Lepas ja balik dari shopping di popular, CHN terkejar-kejar ke kelas Nahu pukul 3.00.Penat juga la sebab cuaca terasa membahang dek terkena pancaran cahaya matahari yang boleh tahan juga rasanya.Lepas kelas, CHN dan kawan baik CHN pergi penuhkan tangki perut dengan makan RFC di Shahab Perdana.Murah je CHN makan.Under RM10.Lepas makan, CHN teman kawan CHN pergi membeli barang di pasaraya Longwan yang murah harganya.Almaklumlah, CHN masih student lagi.Tak mampu nak beli di kedai yang mahal-mahal.Duit yang ada ni pun duit hutang Ptptn je yang banyak.hehe..

Hari selasa pula, CHN dapat baucer buku pula.Kali ini lambat pula CHN dapat baucer buku sebab 5 minggu cuti mid sem.So, pihak pentadbiran tak dapat nak mengeluarkan baucer buku sebab semua pelajar sedang bercuti di kampung masing-masing.Banyak juga buku yang CHN nak beli.Dah buat list dah buku yang dah lama CHN impikan.Keperluan alat tulis semua CHN nak beli siap-siap untuk exam dan untuk stock nak bawak pi kuala ketil sem depan.Almaklumlah, manfaatkan baucer dengan sebaik-baiknya.

Okeylah, setakat ini ja yang mampu CHN celoteh.Penat sudah jari menekan keyboard.Minta maaf kepada bloggers yang melawat dan tinggalkan jejak di blog CHN.Buat masa ni CHN sibuk sikit dengan exam-exam dan  kerja-kerja persatuan.Insyaallah, bila ada masa, CHN akan melawat anda semua kembali yer.Untuk segmen dan giveaway pun CHN tak sempat nak promote.Mohon maaf yer buat penganjur sponsor sebab CHN kurang promote segmen dan giveaway anda.Semoga segmen dan giveaway anda semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya yer.




Menunggu kedatangan ayah sambil makan donut
Antara barang yang dibeli.
Masih ada lagi barang yang tidak sempat di ambil gambar
yang masih berada dalam plastik popular.


Nasi Ayam and Bubur Ayam RFC








Tuesday, March 19, 2013

Kelas Dibatalkan + Makan Domino's Pizza

March 19, 2013 0 Comments
Hai semua..Selamat hari rabu yer.Pagi ni oleh kerana kelas Balaghah CHN di batalkan ats sebab-sebab tertentu yang CHN tidak ketahui, CHN pun apa lagi mula la buka facebook dan blog.Bersorak sambil bertepuk tangan lagi.Teruknya peragai kan.hihi..Tak adalah.Sebenarnya  CHN lagi susah hati kalau kelas di batalkan.Mana tak risaunya, baru ja lepas cuti mid sem 5 minggu, pastu bila buka sem kelas pula selalu ja batal.Kelmarin pun sehari semua kelas di batalkan sebab semua staf dan lecturer ada Majlis Anugerah Cemerlang kot di Kampus Kuala Ketil.Alahai, banyak lagi sub topik yang tak habis belajar lagi.Tambah-tambah public speaking.Naik gila tengok buku public speaking.Tebal bukan main lagi.Kalah novel kot.Tu tak masuk nota-notanya lagi.2 kali ganda tebalnya.

buku public speaking CHN.Tak khatam habis lagi nih.
Lepas ni kena speed banyak  ler  untuk dapat A+

Kelmarin, oleh kerana CHN tak ada kelas, kawan-kawan baik CHN ajak keluar pekan.Saja ronda-ronda rehatkan minda.Ceh!! Rehatkan minda la sangat.Sebelum keluar pekan, kami singgah makan di Domino's Pizza yang bertempat di Jalan Putra.CHN dan kawan-kawan makan 2 large pizza + 2 regular pizza + 2 bottle water = total jumlahnya( di rahsiakan sebab harga murah jer..) hehe..Melantak punya melantak and pusing-pusing pekan sampai penat dan balik rumah sampai pukul 5 petang.Malam pula, pukul 8 CHN keluar pi KUIN ada meeting persatuan bahasa arab (Itla') dan habis meeting terus pecut balik rumah.Sampai rumah pukul 11.30 malam.

Domino's pizza.Siap tapaw bawa balik lagi sebab masing-masing sudah kenyang.

Okeylah, tu la cerita CHN yang ayatnya lintang pukang.Jumpa lagi next time.