Wednesday, April 27, 2011

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin..Bertemu dan Berpisah KeranaNya.

April 27, 2011 0 Comments
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.
KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU. 

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”
Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.
Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. 
Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

“Wahai Tuhanku, jika KAU jadikan jarak sebagai ujian dan masa sebagai dugaan..dan KAU uji kami dengan perasaan yang terpendam dalam diam yang tak bertepian..Ketahuilah Tuhanku, separuh dari ujian sudah kulalui dengan tenang. Saat KAU tuliskan takdir yang menyakitkan, KAU selimuti hati ini dengan harapan..agar esok aku bangkit dan teruskan. Dan ternyata sehingga sampai waktu ini, tidak pernah ada ragu untuk berpaling dari doa-doa semalam.”

Pernahkah kau ingat pada daun yang gugur semalam, yang tidak pernah menyalahkan angin yang membawa takdir Tuhan. Gugurnya yang tidak sesekali lemah untuk berjuang, untuk bangkit dan teruskan.Ia gugur menyubur akal insan,ia gugur untuk menambah kedambaan pada Tuhan. Ia gugur untuk mengajar erti kecekalan dan ia gugur untuk memberi kenal pada harapan.

Biarpun setelah lama menghilang, diam sehingga satu waktu yang tidak pernah dibayangkan. Dan hari ini aku menyusun lagi bait semangat yang hilang, dan bangkit untuk mengukir sebuah janji kehidupan. Diamku bukan mengaku lesu, diam bukan untuk menerima kekalahan. Sedang aku percaya janjiNya, pada takdir hitam yang tertulis dalam diari insan pasti akan ada titik pertemuan saat untuk DIA mengaminkan suara yang yang merintih kelemahan.

Pada huruf mana yang kau ragukan, dari perkataan “Berdoalah padaKu niscaya akan Kukabulkan..” Itu suara Al-Mu`min yang mengkhabarkan, untuk menyedarkan bahawa Tuhanmu tidak pernah menolak permintaan. Masihkah kau ragu pada harapan, atau kau ragu pada kekuasaan Tuhan?

Kalau ragumu pada diam, bimbang aku menyerah kelemahan. Maka usahlah bimbang dengan takdir yang diputuskan, kerana takdir itu sudah tertulis untuk aku diam. Diam untuk bersiap dan melengkapkan, diam untuk menjadi manusia yang diimpikan. Cuma bimbanglah kalau saat belum aku diuji, sedang aku mengaku cekal pada dugaan.

Dan rayuanku wahai Tuhan, jangan KAU uji hambamu pada beban yang terlampau menyesakkan. Aku insan ciptaan yang penuh kelemahan, bergantung harap pada kudrat dan kasih sayang Ar Rahman. Dan sehingga waktu ini, pada saat-saat yang masih KAU bimbing aku dengan ketabahan. Pimpin langkah ini menjadi tetamu di Masjidil Haram, untuk menyambung munajat hati insan. Rindunya aku pada Al Multazam, ruang di antara harapan insan dan rahmat Tuhan.

Ketahuilah aku hanya diam untuk menyusun langkah yang pincang, bangkit dan bersiap menjadi insan yang diharapkan. Ilmu dan pengetahuan tidak cukup untuk mengajar erti kehidupan, lantas diutus padaku ujian dan dugaan. Pada saat yang aku sudah cuba menjadi yang terbaik, memperbaiki kekurangan dan mempersiapkan.

Aku tidak bergantung pada makbulnya permintaan, kerana aku hanya hidup di atas kasih sayang Ar Rahman. Percayalah DIA tidak pernah memalingkan wajah dari sujud insan, juga pada rintihan kekurangan dalam setiap doa yang dipanjatkan. Mungkin waktu aku menerima kekalahan, aku sudah pun dianugerahkan kemenangan. Jatuh berkali-kali dan masih aku bangkit untuk teruskan. 


“Meski kalah dalam dugaan, aku sudah menang melawan ketakutan.Terima kasih Tuhan, untuk setiap dugaan yang KAU hadirkan makin mendekatkan aku pada kehambaan. Pada esok yang tidak pernah menjanjikan kepastian, KAU membisikkan aku harapan dalam setiap doa yang dipohonkan.” 

Friday, April 22, 2011

Kawan,Sahabat& Teman...

April 22, 2011 0 Comments
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan 
Detik yang indah bersamamu temanku
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama




Kita ditakdirkan bertemu dan bersahabat…..
Kehadiranmu membuatkan hidupku begitu bermakna……
Cerita kita banyak yang dikongsi bersama…..
Dukaku menjadi dukamu….
Gembiramu menjadi gembiraku….
Lantas akhirnya…..
Bibit kemesraan menjerat diri…..
Sehinggakan aku tak dapat lari…..
Aku mula menaruh kasih dan sayang padamu…..
Namun aku pasrah….
Andai diri ini….
Hanya ditakdirkan menjadi seorang sahabat……
Yang paling kau sayangi……
Sahabat yang akan tetap setia menyayangimu……
Sehingga ke akhir hayat nya…….
Maafkan aku teman….
Andainya pemergianku ini….
Membangkitkan kesedihan dan kepedihan di hatimu……
Aku tidak dapat melawan takdir yang maha Esa…..
Tapi…
Aku teramat bahagia…..
Kerana berpeluang menjadi sahabat mu……
Kaulah sahabatku dunia dan akhirat….

Friday, April 15, 2011

Dah 4 bulan....

April 15, 2011 0 Comments
Sedar tak sedar, sekarang dah bulan 4...tidak lama lagi bulan 5 bakal menjelma..Dan bulan 6 bakal menunggu..Tidak sabar rasanya aku nak berhenti kerja.Nak sambung ngji pulak.Ahhh!!!!betapa cepatnya masa berlalu.Dah 4 bulan dah aku bekerja..mencari pengalaman...nanti bila dah berhenti kerja mesti rindu punya..Kerja aku ni simple n santai ja...tiap-tiap hari boleh online free..almaklumlah nama pun kerja dekat cybercafe(cc)....tiap2 hari aku online.sampai naik jemu la aku ni kerja online,main game...sampai naik lali dah aku ni dengan dunia it....macam-macam yang aku belajar tentang it ni..boleh la sikit2 daripada tak dapat apa2 langsung ilmu pengetahuan..Tempat aku kerja ni ramai pelanggan.Tiap-tiap hari sibuk...Kadang-kadang tu sampai tak cukup tangan...macam2 ragam pelanggan yang aku terpaksa layan..nak print la..pc lekat la..nak tukar pc la..yang nu la..yang ni la....Kadang2 tu rasa nak marah ja..macam2 perangai..tapi nasib baik la aku boleh sabar..tiap2 hari juga aku terpaksa melayan karenah budak2..ciap ada budak nak ambik aku jadi kakak angkat lagi..haha...lawak2.....bos aku pulak sporting je..macam abang aku...kak yang kerja dengan aku pun sporting,baik.....satu kepala dengan aku....~_~
Aduh...terasa sayang la pulak nak berhenti kerja, tapi apa kan daya..takkan aku nak kerja cc sampai tua..aku pun da impian gak...nak kerja yang hebat2 juga...tapi apa pun aku suka la kerja dekat situ..santai jer...thanks kepada bos aku kerana bagi aku berkhidmat di cc mu..Dan bulan 5 Wait me!!!!Aku tak sabar nak bebas dari kerja..=)


Ni lah Tempat aku kerja..cybercafe...
Dekat shb. perdana...nama kedai ni ADDEEN DIGITAL INTERNET...




~Birthday my sis~

April 15, 2011 0 Comments
Semalam aku dengan family sambut bufday my sis(alang) yang ke-12..walaupun semalam bukan bufday my sis tetapi satu family sambut bufday my sis dengan meriahnya....sebenarnya bufday my sis 09/4/2011...time tu nak sambut bufday dia, my sis yang lain tak balik umah..almaklumlah duduk asrama..So, terpaksa tangguh la nak sambut bufday my sis..semalam mak masak macam-macam..sampai penuh perut tak larat nak isi..suka lah my sis tu,mak masak macam-macam nak sambut bufday dia..gembiranya hati dia..dah la dapat makan macam-macam pastu dapat pulak hadiah dari family..lagi la happy..apa2 pun...
  HAPPY BUFDAY ALANG!!!!
        *semoga panjang umur&murah rezeki selalu...
        *Hope success Selalu...
       *May Allah bless to u always..
      *Good luck 4 u exam UPSR 2011...
      *Hope get 5A..(nanti boleh pecah rekod family)
     *lov u always...

~My sis~ (Azrin@Alang)


Hadiah yg aku bagi...
~Kek Bufday Alang~







Monday, April 11, 2011

Analogi Sebatang Pokok...

April 11, 2011 0 Comments
Belajarlah daripada kesabaran sebatang pokok.Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
   Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya.Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.
   Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.
  Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana.Seperti ikan dilautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar....

Setelah gelap Terbitlah cerah...

April 11, 2011 0 Comments
   Maha suci ALLAH yang memberikan kemudahan di sebalik setiap kesulitan.Tidak ada yang mustahil di dunia ini.Seberat dan sesulit apapun rintangan yang mengadang, pasti ada jalan dan kemudahan di hadapan setiap ujian.Hujan yang turun pasti berhenti.Badai yang datang menerpa pasti akan berlalu.Begitu juga dengan gelapnya malam, pasti akan diganti dengan cerahnya siang.
   Walaupun berkali-kali terjatuh dan berhadapan dengan kegagalan, tetaplah berpegang teguh dengan janji-janji ALLAH, bahawa pasti ada jalan keluar di sebalik setiap ujian yang datang.ALLAH sentiasa memberikan pertolongan kepada setiap hamba yang memohon kepada-NYA..
      ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
              "Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH.Sesungguhnya tidaklah orang yang berputus asa daripada rahmat ALLAH, melainkan orang kafir."(Surah Yusuf 12:87)
    Sebagai seorang mukmin, sudah semestinya kita kembalikan semua kesulitan dan kemudahan kepada ALLAH S.W.T. Apabila kita mengembalikan urusan kepada ALLAH, maka hati dan fikiran kita akan kembali jernih.Bukankah sesuatu yang datangnya daripada ALLAH akan kembali semula kepada pencipta-Nya???Bahkan setiap ujian yang ALLAH berikan kepada hamba-hamba-Nya juga telah diukur mengikut tahap kemampuan setiap hamba-Nya.Maka setelah berusaha dengab sekuat tenaga, hanya kepada-Nya kita kembalikan segala kudrat dan kekuatan serta bertawakal...

Thursday, April 07, 2011

April 07, 2011 0 Comments
بسم الله الرحمن الرحيم 
~Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...~
Dengan lafaz kalimah suci ALLAH, aku membuka lembaran bait-bait luahanku dengan memuji-muji kalimah yang cukup bernilai di muka bumi ALLAH...kalimah yang paling bernilai dan tiada tandingannya dengan memuji butir-butir mutiara yang dapat memberikan sejuta ketenangan dalam diri ini...betapa syukurnya diri ini kerana dilahirkan di dunia yang sementara ini, dunia yang mengajar aku erti kehidupan dalam menuju kearah kedewasaan diri...dunia yang mengajar aku erti hidup berdikari demi mencapai kejayaan dan impian...betapa hebatnya kebesaran dan kurniaan yang diberi oleh mu kepada insan yang bergelar manusia.
  Betapa besarnya rahmat yang diberikan oleh mu kepada aku.Aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku perolehi....terasa bertuahnya diri ini...apa yang aku impikan dapat aku perolehi dengan hasil kejayaanku.Dengan kesabaran dan ketulusan diri, insyaallah akan mendapat balasan yang tidak di sangka-sangka...betapa hebatnya anugerah yang diberikan oleh mu kepada orang yang sabar dan menerimanya dengan redha.
  • Aku besyukur sangat-sangat dengan dikurniakan insan-insan yang begitu berharga buatku.insan-insan yang memberi ku berjuta-juta sinaran kepadaku...insan-insan yang menyayangiku tanpa rasa jemu.first sekali Insan-insan yang aku maksudkan ialah mak dan ayah.Mereka tanpa rasa penat dan letih memerah keringat untuk membesarkan aku...banyak yang mereka korbankan untuk aku demi melihat aku berjaya seperti mana orang lain berjaya....betapa besarnya pengorbanan yang mak dan ayah telah lakukan untuk aku.
      Sejak akhir-akhit ini, aku melihat kegembiraan terpancar di wajah mak dan ayah apabila mengetahui aku dapat tawaran masuk kuin.Aku gembira n bersyukur hingga tidak terkata..Akhirnya, dapat juga aku melangkah kaki ke kuin...dapat juga aku merasai bagaimana jadi pelajar u..Hati aku senang sangat-sangat bila tengok mak dan ayah gembira...tiada yang lebih gembira bagi aku melainkan melihat orang yang aku cinta dan sayang melebihi nyawaku gembira.Aku sangup korbankan impian aku demi harapan dan pengorbanan mak dan ayah...terima kasih yang tidak ternilai buat mak dan ayah yang dicintai...<3<3<3
  • Second...insan-insan yang menyayangiku ialah sahabat sejatiku..sentiasa memberi nasihat dan semangat untuk aku terus melangkah dan melangkah ke arah yang lebih cemerlang lagi...insan-insan ini tanpa rasa jemu memberi aku butir-butir kalimah yang begitu bermakna membuatkan diri ini terasa begitu berharga dan terus berjuang mencari kejayaan.Sahabat yang amat aku kasihi,sentiasa di sampingku ketika suka atau duka memburu impian...susah senang kau di samping ku...bertuahnya aku mendapat teman seperti mu....    Buat sahabat yang aku kasihi, aku beruntung sangat-sangat kerana dapat teman yang begitu memahami diri ini...walaupun kini, kita tidak dimata tetapi engkau tetap di hatiku selamanya sahabatku...Terima kasih sahabatku<3<3<3
Hidup aku betul-betul bahagia dengan hadirnya insan-insan diatas....hanya insan-insan ini sahaja mampu memberi sejuta nafas yang tidak terhingga buat aku....
"Nikmatilah kebahagiaan mu dalam hidup ini dengan semangat..biarkan pancaindera-pancainderamu menikmati bunga-bunga yang mekar dihadapanmu...=)

Monday, April 04, 2011

Surat Dari Anak Mak yang Dah Tak Nakal..

April 04, 2011 0 Comments

بسم الله الرحمن الرحيم 
Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Yang Benar,                                                                                                                 Anak mak yang dah x nakal...
~Love u so much mak~
p/s: Hargai n sayangilah mak 0r ibu anda sebelum ia pergi buat selama-lamanya...