Sunday, April 29, 2012

Berakhirnya sudah...

April 29, 2012 0 Comments


Salam berukhuwah semua.YAHOOO!!! dengan rasminya saya telah bebas daripada peperiksaan yang telah menguasai diri selama sebulan..sebulan itu juga lah saya bertungkus-lumus menelaah buku untuk berperang soalan-soalan peperiksaan.

Alhamdulillah dengan berakhirnya peperiksaan ini, maka dengan itu berakhirnya juga semester ke-2.Sedar tidak sedar sudah setahun berlalu.masih ada lagi 3 tahun lagi.kenangan di sem 2 masih lagi terasa bahangnya.sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan.semua akan pulang ke rumah masing-masing.Dua bulan tidak akan bertemu, terasa seperti bertahun-tahun tidak bertemu dan semestinya setiap seorang mesti dipenuhi cerita-cerita yang menarik dan menghiburkan.
Semoga kawan-kawan semua sihat dan selamat tempat masing.Insyaallah andai umur panjang kita berjumpa lagi di semester ke-3..

Kubina hubungan kita atas keimanan.Aku cintakanmu kerana Allah.
Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan.
"Kerana Ukhuwah itu indah"


Saturday, April 21, 2012

April 21, 2012 0 Comments

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu..

Berterima kasihlah pada orang yang telah..



MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..


Senyumlah Seikhlas Hatimu**...

"But seek the forgiveness of Allah; for Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful." [An-Nisaa:106]


p/s: Emak always said "walau bagaimana orang lakukan kepada kita, jangan balas kembali apa yang telah dia lakukan.Terima dengan ikhlas, redha dan senyum.moga suatu hari nanti akan ada sinar buatmu.."

Tuesday, April 17, 2012

~✿Blogwalking...~✿

April 17, 2012 0 Comments

Salam uhkuwah semua.Malam ni tangan terasa ingin menaip di blog.Tetapi tak tahu ingin berkongsi apa di blog ni.Fikir punya fikir, last sekali teringat sudah berbulan-bulan saya tak blogwalking blog-blog yang menarik dan dipenuhi ilmu-ilmu yang bermanfaat..

~Ni lah blog-blog yang saya walking malam ni...~

1- iffahhazwani
2- tafakurcintailahi
3- seindah-kasih-illahi
4- dairihatiyana
5- harithfaisal

Ni sahaja blog yang dapat saya walking pada malam ini..Insyaallah di lain hari saya akan blogwalking lagi..

Daaa..jumpa lagi..=)



Monday, April 16, 2012

April 16, 2012 1 Comments

Allhamdullillah masih lagi di beri kesempatan untuk terus menjadi hamba kepada-Nya.Sudah sekian lama blog ini tidak berfungsi akibat daripada kesibukkan diri

yang tidak henti-henti melanda.Malam ni hati tergerak untuk menjenguk blog yang makin berhabuk dan tangan pun mula terasa untuk membuat perubahan muka blog baru.Cari punya cari, last2 inilah hasil nya.Masih dalam pemulihan lagi..

Sekarang tuan punya blog sedang bertungkus lumus berperang dengan peperiksaan.tak sabar nak menunggu peperangan ini berakhir.segala kelengkapan untuk berperang masih lagi tidak mencukupi.alhamdullilah 3 paper sudah berperang.masih lagi berbaki 4 paper.yang berbaki ini akan ku persiapankan segala kelengkapan sebaik mungkin untuk melakar kemenangan di puncak kejayaan.

girlemo
~semoga dipermudahkan uruskanku~
*BitaufiQ Maan Najjah*