Tuesday, May 22, 2012

Tentang A&D Kraf

May 22, 2012 0 Comments


Salam persahabatan semua!!! pertama sekali CHN bersyukur atas kurniaan yang ALLAH S.W.T kepada hamba-hambanya yang bersabar dan berusaha dengan gigih.Sekarang CHN sedang cuti sem.pada cuti sem kali ini CHN sibuk dengan tempahan-tempahan keychain.Bertungkus-lumus menyiapkan dan membuat stock simpanan untuk dijual pada yang berminat.Alhamdulillah, atas kerjasama CHN dan Sahabat CHN iaitu DIANA, kami berpakat untuk mencipta jenama dan page kami di facebook.Bermula dari minat, akhirnya CHN dan Diana mula berniaga secara kecil-kecil untuk mencari duit poket sendiri.Oleh kerana CHN selalu online dan update blog, CHN mengambil keputusan untuk membuka satu lagi blog jenama kami sendiri iaitu AtiDia Kraf Kreatif gabungan nama CHN dan juga Diana.Bersyukur yang tidak terhingga page A&D Kraf di facebook sudah ada 30 "Peng" like.Walaupun masih di paras yang baru dan rendah lagi, CHN tetap bersyukur dan gembira dengan rezeki yang di curahkan oleh-NYA pada hamba yang bersabar.


Tekan sini yerk!!!

FB A&D Kraf

BLOG AtiDia Kraf Kreatif


Monday, May 21, 2012

Amalan Bulan Rejab

May 21, 2012 2 Comments


Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu,iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)


~ Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
~ Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
di ampunkan dosanya yang lalu.
di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat.

~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa hmm..)
~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.


Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.

KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHAR.. :
~ Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.

~ Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

~ Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.
hmm....
Paling tidak pun masa FB...
~ Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari atau apa-apa surah dari Al-Quran

Saturday, May 19, 2012

Review Novel -Suami aku ustaz-

May 19, 2012 1 Comments



Judul : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25


Salam ukhuwah semua.Malam ini cHn mahu review novel Suami aku ustaz.Novel ni cHn baru saja beli di kedai Popular masa keluar jalan-jalan dengan kawan cHn iaitu Ayu...kebetulan lalu di depan popular,cHn ajak ayu singgalah sekejap untuk melihat-lihat saja novel...lihat punya lihat, belek punya belek hati tertarik dengan novel ni.And then terus ambil novel tu dan pergi ke kaunter bayar terus tanpa banyak soal.Balik rumah terus menelaah novel tuh..Best juga novel ni.Ada la sikit-sikit islamiknya..Nak tahu sinopsisnya..jom terjah di bawah ni..


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

*mood: tak tahu nak tulis apa..

Thursday, May 17, 2012

Kejayaan yang merantai senyuman

May 17, 2012 0 Comments


Doa + Usaha + Tawakal = Senyuman kejayaan.

* kejayaan yang sebenar bukanlah terletak pada lebarnya senyuman di wajah kita.
Tapi pada wajah MEREKA.
Rantaian senyuman pada wajah ibu,ayah,guru dan sahabat-sahabat.

Dan yang paling penting:
Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?

Moga kejayaan hari ini,membuah kejayaan jua di akhirat nanti.
Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai redha Ilahi.


"Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,
(serta Kami perintahkan kepadanya)
"Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)."
~Surah LuQman:12~


*Itulah Kejayaan yang merantai senyuman...Bersyukurlah..

p/s : Beberapa kali kita gagal bukan bermakna kita bodoh tetapi kita telah mengetahui sebab kenapa kita gagal dan berusaha tidak akan mengulanginya lagi dan menjadikan kegagalan tersebut sebagai tauladan dan pengajaran dalam hidup...♥ fighting.

Tuesday, May 15, 2012

Thankful Ya ALLAH

May 15, 2012 0 Comments

Alhamdulillah seminggu bertungkus lumus menyiapkan tempahan keychain.Bersyukur juga dengan rezeki yang ALLAH kurniakan walaupun sedikit hasilnya.Tetap berlapang dada dengan hasil kerja tanganku.Walaupun tidak sehebat mana, tetapi bersyukur dengan rezeki yang ALLAH limpahkan buatku.






*N.o.t.a.k.a.k.i : Hanya mampu berserah pada-NYA

Friday, May 11, 2012

Dalam Diam-2-

May 11, 2012 0 Comments


Malam ini saya ingin berkongsi tentang puisi yang diberikan oleh sahabat saya tentang luahan perasan.Hati sedikit tersentuh dengan bait-bait puisi tersebut...


orang kata cinta tu ujian,
ia menguji sejauh mana kesetian kita pada si dia,
ia juga uji sejauh mana kuatnya kita untuk hadapi segala apa yang mendatang..

tapi itu semua orang kata,
saya tak pernah merasainya jadi saya tak tau apa itu cinta...


sampai satu hari tu saya nampak awak,
saya tertarik dengan keluhuran peribadi yang ada pada awak,
senyuman awak yang sangat menawan,
pakaian yang cukup indah menutup setiap susuk tubuh diri awak..

mungkin ini yang dinamakan cinta,
ia hadir dengan sendirinya,
tanpa diduga dan tanpa dipaksa..

sejak hari tu saya belajar satu perkara,
cinta itu membuat kita lebih kuat,
sebagaimana kuatnya saya untuk memperbaiki diri saya untuk menjadi lebih baik,
kerana saya tahu,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..

awak,
andai saya insan yang terpilih untuk mendampingi awak,
akan saya jaga dan bimbing awak dengan sebaiknya,
kerana saya tahu,
seorang wanita perlukan seorang lelaki untuk didampingi dan dikasihi..


tapi,
andai saya tidak dijodohkan dengan awak,
saya akan terus berdoa dan berdoa,
semoga awak didampingi oleh orang yang baik,
seorang lelaki yang boleh membahagiakan awak di dunia dan akhirat sana..


saya tahu,
saya merancang dan Allah juga merancang,
tapi saya hanya merancang dengan kemahuan saya sahaja,
Allah pula merancang dengan cintaNya,
pasti Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya dan awak,
yang penting kita kena yakin dengan Allah..

awak,
cinta ini datangnya dari Allah,
ia harus dikembalikan kepada Allah,
walaupun apa pun yang kita lakukan,
kita kena buat kerana cinta kita kepada Dia,
begitu juga cinta saya pada awak...

kerana Dia..


jadi saya harus redha dengan segala ketetapan Allah,
biarpun tak memiliki awak,
cukup sekadar perasaan cinta yang pernah dipinjam kepada saya
untuk mencintai seorang wanita seperti awak,
saya dah bersyukur..


dalam diam,
cinta telah mengajar saya erti bersyukur,
begitu indahnya cinta~


Nota hati :- Jangan letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang sedang dibina. Semuanya terletak pada KETENTUAN ALLAH. Berdoa sahaja jika benar-benar MENGHARAPKANNYA..♥


Wednesday, May 09, 2012

Selamat Tinggal Kisah Silam

May 09, 2012 0 Comments


Bukan mudah untuk seseorang itu melupakan masa silamnya termasuklah diri yang menulis entri ini.Tambah lagi jika ianya adalah satu kenangan pahit dalam hidup.Namun sukar atau pun tidak, kamu tetap harus melupakannya dan membuangkannya jauh-jauh dari hidup kamu...Sekiranya kamu terus membiarkan diri dibayangi dengan kisah silam yang pahit sampai bila pun kamu tidak pernah akan rasa bahagia..Malah jalan untuk kamu meniti tangga kejayaan juga pasti akan lebih sukar kerana sentiasa rasa takut dengan bayang-bayang semalam...


Oleh itu, apa yang boleh saya katakan disini, keluarlah dari lubang deritamu dan janganlah sesekali membiarkan kenangan dimasa silammu menghantui dirimu kelak serta menyekat kebahagian yang permu kamu kecapinya.


*Ingat kebahagian ada ja dimana-mana.Ia terletak pada diri kamu sendiri untuk menentukan jenis kebahagian yang bagaimana kamu inginkan.



Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya..
itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki

Monday, May 07, 2012

Promosi Telekung

May 07, 2012 0 Comments

salam ukhuwah semua.Hari ini saya mahu promosi kepada anda semua Telekung.
Telekung yang digunakan setiap kali kita bertemu dengan YANG MAHA ESA.
Telekung ni mak kesayangan saya yang jahitkan.Demi menyara hidup keluarga kami semua, mak mencari duit untuk menambah pendapatan ayah dan keluarga dengan menjahit.Oleh itu saya nak memperkenalkan kepada anda semua telekung yang saya ingin mempromosikan disini..








TELEKUNG UNTUK DIJUAL ATAU TEMPAH..
Labuh : 40 Inci
Harga : RM45
*Telekung sahaja tidak termasuk kain..

~Siapa berminat PM saya di fb okey..





Saturday, May 05, 2012

May 05, 2012 0 Comments

* Dua bulan cuti di rumah.
* Masa untuk rehat sepuas-puasnya dirumah sampai naik lemau badan dan otak.
* Rindu kawan-kawan sekelas yang happy dan ceria-ceria belaka.
* Rindu pada kolej dan perpustakaan yang saya selalu lawati.
* Ternanti-nanti result sem 2 yang mendebarkan, walaupun takut untuk mengetahuinya.

# Apa yang penting, saya mahu cepat-cepat masa berlalu dan bulan 7 waktu yang paling happy sekali sebab dapat jumpa kawan-kawan dan kembali ke pengajiaan sem 3..


Memori di kelantan...

May 05, 2012 0 Comments



salam sahabat semua.Alhamdullillah masih lagi di beri nikmat
untuk terus menghirup udara yang segar di bumi yang penuh dengan ujian dan dugaan yang bakal ditempuh pada hari esok, lusa dan hari-hari yang akan mendatang.Pagi tadi diri ini bersama seorang sahabat selamat tiba ke negeri tercinta "KEDAH" pada pukul 4.30pagi.Percutian ke kelantan selama 5 hari begitu menghiburkan dan menyeronokan.Negeri yang penuh dengan suasana islamik begitu membuatkan diri ini tertarik dengan kehidupan disana.Orang kelantan disana semua baik-baik belaka, penuh dengan sifat kesederhanaan dan pemalu.Mereka cepat mesra dengan orang ramai.5 hari disana terasa seperti sehari sahaja.Pengalaman disana akan ku abadikan didalam kotak kenangan manisku bersama sahabatku Nur Syazwana dan yang paling penting Cik Tuan Rumah Maryam Jamilah kerana menjemput kami ke kelantan serta memberi kami tempat penginapan yang selesa.



















~sampai ja dirumah, adik bg Keychain bus Double-Decker..
ole2 dari london oleh sepupuku..~