Thursday, June 12, 2014

Secebis Kalam #1

June 12, 2014 0 Comments
 
"Tiada siapa tidak pernah lalui fasa kejahilan."

# Namun tidak pernah ada kelewatan dalam Memohan Keampunan dan membaiki kesilapan yang lalu..inshaAllah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat.. ~ 


~Hati2 dengan perkara dosa yg sering kita amalkan kerana kelak menjadi amalan..
Moga Ramadan yg akan datang menjadi lebih berMakna..inshaAllah..
Salam Nisfu Syaaban..~








Wednesday, June 11, 2014

Setelah Sekian Lama..akhirnya..

June 11, 2014 0 Comments
 
Hai semua..Lama kan blog ni sunyi tanpa sebarang cerita @ update apa-apa.Maaf ler sebab Chn selalu sahaja sibuk dan tidak sempat nak menaip.Sekarang Chn sedang cuti semester selama 2 bulan..1 bulan Chn terbang ke Kuala Lumpur.Jadi orang KeyyEll sekejap.Lepas ja exam final semester habis pada 2 Mei 2014, malam tu terus Chn naik bas dengan kawan-kawan untuk ke Kuala Lumpur demi untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Memang Chn dah lama dah teringin nak pi.akhirnya tercapai juga.

Ni la 2 orang kawan Chn yg ikut pergi PBAKL 2014..
Diorang ni dah pangkat kakak dh..
With kak Hasanah..orang vietnam..
with kak basyirah..
Hasil Chn membeli belah...

Then, selepas pergi Pesta Buku, Chn pergi rumah sepupu Chn di Damansara Damai.Sepupu Chn call minta Chn ajar anak-anak dia subjek bahasa arab & agama. Kira macam buat tuisyen la untuk anak-anak dia.Sepupu Chn ni Chn dah anggap macam kakak Chn ja disebabkan Chn anak sulung dan tak ada kakak.Jadi kami ni rapat la.Sejak Chn kecil lagi, memang sepupu Chn ni selalu beli macam-macam barang dekat Chn n adik-adik.Sampaikan masa sepupu Chn belajar dekat Uitm. Shah Alam dulu pun, dia siap bawa gambar Chn letak dekat asrama.Sehinggakan ada kawan sepupu tanya, sepupu Chn cakap ni "ni anak makcik, bukan adik"..nampak tak betapa sayangnya sepupu Chn, dekat Chn.Terharu kot bila tau cerita ni.
Chn menetap di rumah sepupu sebulan.

Di Apartment Sepupu Chn, Armanee Condo, Damansara Damai.

Pemandangan Di Waktu Malam

Ada Swimming pool..kawasan di cantik..
Pemandangan waktu petang..
No caption..
Lepas sebulan Chn balik ke kedah.Lepas ja balik ke kedah, Chn pi kem.Jadi Fasilitator dekat Kem Nisa; Genius, di kem D'Fityan.Best sangat kem tu..semua peserta perempuan ja.macam-macam yang Chn belajar masa di kem tu.Selalunya kan Chn ni handle program ja, jadi fasilitator kurang la.Tapi saja la nak isi masa cuti tu dengan perkara yang berfaedah, tu yang Chn join tu.

Lepas dari program tu, Chn stay ja kat rumah tolong-tolong mak menjahit dan sebagainya.Cuti sem masih lagi berbaki  24 hari..Result exam masih lagi dalam proses.Tak sabar nak tengok tapi dalam masa yang sama takut.Buka ja semester ni, Chn dah semester 7 dah.Masih ada lagi 1 semester untuk tamat pengajian.Rasa sekejap saja masa berlalu.Macam kelmarin ja baru masuk Kuin.Dan semester baru ni juga, adakah Chn akan bertambah sibuk??? huhu..jawapannya memang "YA"..nak tahu kenapa Chn bertambah sibuk, nanti Chn story morry lagi ya.

okey, penat dah taip.Maaf la ayat macam-macam.Chn tak pandai bercerita sangat..

 Kem Nisa' Genius, Kem D'Fityan..

Jungle Tracking...Menikmati pandangan Alam..

Nasib kami, jungle tracking selepas hujan..
seluar, baju, kasut penuh dengan selut..
tapi best sangat..
time ni ada peserta sakit, so kami terpasksa tarik di bawak naik atas bukit..

setelah 2 jam merentasi hutan, akhirnya kami terjumpa ni untuk rehat seketika..
Subbhanallah..cantiknya..

ni kawasan air terjun, bersebelahan dengan dewan terbuka..

ni juga..kawasan dia bersih dan terpelihara sangat..

ni modul masterchef junior..Karipap2 Ukhuwah kumpulan Chn..
Alhamdulillah, tak sangka menang dan menambat hati juri..

Hari terakhir mandi-manda..
Ustazah Azlina, Kuin mengajar diorang cara-cara untuk berenang..










Monday, February 17, 2014

Di takdirkan dia bukan milikku lagi..

February 17, 2014 0 Comments
 

Hai semua..Apa khabar? harap-harap sihat la yer..Maaf sebab lama menghilang diri dari dunia blog..Bukan Chn nak mehilangkan diri terus tapi dek kekangan masa yang agak padat dan sibuk dengan program, persatuan dan meetingnya..Asalnya semester ni nak berhenti dah dari terlibat dengan persatuan & program..Tapi kesian plak dekat senior-senior yang risik Chn untuk still lagi dengan persatuan & program ni.So, Chn pun kesian la pula dengan diorang yang bersungguh-sungguh mengharapkan tenaga dan khidmat Chn untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada mahasiswa/mahasiswi..Itulah sebabnya Chn tak sempat nak update blog..Kadang-kadang tu bila ada masa nak update blog, ada ja halangan yang datang..okey stop pasal ni..Bukan Chn nak story mory pasal ni..hehe..

Tengok kan tajuk entry Chn yang ni.."Di Takdirkan Dia Bukan Milikku Lagi.." fuhh!!! ayat..tajuk entry Chn ni bukan tentang someone else yer..tapi tentang barang kesayangan Chn yang telah hilang di curi orang masa Chn bercuti di Langkawi 25/1/2014..huhu..agak menyedihkan la juga kan..Masa nak bersiap-siap check out dari motel handset Chn hilang di ambil orang..Bayangkanlah malam tu Chn kena attend meeting..Pastu kena reminder semua orang attend meeting..segala no- fon penting semua dalam tu..masa hilang tu air mata asyik bergenang-genang ja kat kelopak mata ni..huhu..Sebelum naik feri nak balik, pinjam handset My Stj, call mak.Bila mak jawab ja terus air mata ni jatuh..tak tahu nak cakap macam mana kat mak..tapi terpaksa juga cakap sebab mak bagi tau adik-adik call nak pesan barang tak boleh..

Chn terpaksa juga melepaskan barang yang Chn sayang dekat orang yang Chn tak kenal dan tahu.Balik ja dari langkawi tu, macam-macam dugaan yang Chn dapat.Allahuakbar..Allah nak uji Chn.Tak pa Chn laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.Selepas beberapa hari, Allah bagi kegembiraan kat Chn bila mak Chn cakap beli handset baru la..Chn pun senyum sampai ke telinga bukan main lebar lagi..Yeayy!! dapat handset baru selepas handset lama di curi orang.Now, Chn dah ada handset baru yer.Insyaallah akan ku jaga handset ni dengan sebaik mungkin..

Handset hilang yang tinggal hanyalah cover sebagai kenangan..
New Handset..LENOVO S720..
Suka sangat dengan handset baru ni..Batery tip top..Tahan lama walaupun buka internet..
tak macam handset lama..cepat je low bateri..
Nak tau macam mana handset Chn boleh hilang..meh baca entry kawan baik Chn.dia rajin buat entry..Chn malas sikit sebab dia dah tulis..hehe..

Holiday Langkawi Part 1
Holiday Langkawi Part 2
Holiday Langkawi Part 3 (Part Handset Hilang)


p/s : maaf ayat tunggang-terbalik sikit sebab time taip entry ni dok pening dengan xsiment..