Friday, June 21, 2013

Cerita Cuti Sem 1

 
Hai semua.Apa Khabar?Harap-harap sihat la yer.Seminggu CHN menyepikan diri dari dunia blog buat seketika waktu.Maaf yer kerana menghilangkan diri buat seketika.Bukan sengaja tetapi ada tugas dan amanah yang dititipkan Oleh-NYA buat.Hujung minggu lepas iaitu 13-15 Jun 2013, CHN ke Mengembara ke Maktab Mahmud Kuala Muda untuk memberi ilmu kepada adik-adik di MMKM..CHN jadi Fasilitator untuk Tamrin Maahadi di sana.Alhamdulillah, semuannya berjalan dengan lancar sehingga tamat program tesebut.Moga-moga ilmu dan pengalaman yang CHN curahkan buat adik-adik MMKM mendapat redho dari-NYA.

Sahabat seperjuangan CHN yang turut jadi "FC" macam CHN juga..
~Wana, Nisak, Alia,Kak Jiha, Asma;~


"Khazinatul Asrar" nama kumpulan adik2 CHN...
Bergambar kali terakhir bersama adik2 kumpulan yang CHN pegang..

Minggu lepas juga, CHN mula bekerja.CHN bekerja mengajar budak-budak mengaji Qiirati dan al-quran pada waktu malam.CHN masuk kerja pukul 6.45 petang sehingga pukul 9.30 malam.Sebenarnya CHN kerja sampai habis cuti sem ja, tapi bila tanya mak dan ayah boleh tak k.long nak kerja lagi bila sem dah buka nanti?Rasa macam suka dan best lah pula mengajar budak-budak mengaji dan di gelar "Ustazah" yang tak di ikhtiraf.hehe..Bersyukur sangat-sangat sebab mak dan ayah benarkan.Dan bermula sem depan, tugas CHN makin sibuk dengan belajar, kerja dan berpersatuan.Nah ambik kau.3 tugas sekaligus.Harap-harap CHN dapat seimbangkan semua tugas dan tanggungjawab la noh.Doa-doakan!!

Anak murid perempuan yang boleh tahan nakalnya juga..
Time snap gambar ni, tengah tunggu azan insyak.

Danish yang pakai baju biru tu paling hensem..
tapi mulut banyak mengalahkan ustazah..

Hero-hero yang paling nakal..

Budak comel dan chubby...Tp tak ingat nama.
time snap gambar ni, dia baru lepas teriak sebab kena buat dengan kawan...


#Nota kaki :Alhamdulillah, cuti sem kali ini CHN banyak membuat perkara yang berfaedah.

~Setiap apa yang kita buat sentiasa ada kenangan samaada suka atau pun duka.Dan CHN akan ingat dan simpan kenangan tu dalam kotak memori CHN..~








No comments:

Post a Comment