Tuesday, March 19, 2013

Kelas Dibatalkan + Makan Domino's Pizza

Hai semua..Selamat hari rabu yer.Pagi ni oleh kerana kelas Balaghah CHN di batalkan ats sebab-sebab tertentu yang CHN tidak ketahui, CHN pun apa lagi mula la buka facebook dan blog.Bersorak sambil bertepuk tangan lagi.Teruknya peragai kan.hihi..Tak adalah.Sebenarnya  CHN lagi susah hati kalau kelas di batalkan.Mana tak risaunya, baru ja lepas cuti mid sem 5 minggu, pastu bila buka sem kelas pula selalu ja batal.Kelmarin pun sehari semua kelas di batalkan sebab semua staf dan lecturer ada Majlis Anugerah Cemerlang kot di Kampus Kuala Ketil.Alahai, banyak lagi sub topik yang tak habis belajar lagi.Tambah-tambah public speaking.Naik gila tengok buku public speaking.Tebal bukan main lagi.Kalah novel kot.Tu tak masuk nota-notanya lagi.2 kali ganda tebalnya.

buku public speaking CHN.Tak khatam habis lagi nih.
Lepas ni kena speed banyak  ler  untuk dapat A+

Kelmarin, oleh kerana CHN tak ada kelas, kawan-kawan baik CHN ajak keluar pekan.Saja ronda-ronda rehatkan minda.Ceh!! Rehatkan minda la sangat.Sebelum keluar pekan, kami singgah makan di Domino's Pizza yang bertempat di Jalan Putra.CHN dan kawan-kawan makan 2 large pizza + 2 regular pizza + 2 bottle water = total jumlahnya( di rahsiakan sebab harga murah jer..) hehe..Melantak punya melantak and pusing-pusing pekan sampai penat dan balik rumah sampai pukul 5 petang.Malam pula, pukul 8 CHN keluar pi KUIN ada meeting persatuan bahasa arab (Itla') dan habis meeting terus pecut balik rumah.Sampai rumah pukul 11.30 malam.

Domino's pizza.Siap tapaw bawa balik lagi sebab masing-masing sudah kenyang.

Okeylah, tu la cerita CHN yang ayatnya lintang pukang.Jumpa lagi next time.






No comments:

Post a Comment