Saturday, March 30, 2013

Melawat Kak Senior

 
Hai semua..Hari khamis bersamaan 28/3/2013 CHN dan Gengkawan CHN, merantau ke Jitra sekejap untuk ziarah kakak senior CHN yang baru sahaja melahirkan seorang lagi ummat Nabi Muhammad S.A.W pada 26/3/2012.Alhamdulillah, bayi perempuan seberat 3.4 kg selamat dilahirkan dengan muka yang sangat comel dan putih melepak.Semasa kami semua sibuk berperang dengan exam dan soalan madah tarjumah, Kak Farhana sibuk bertarung nyawa demi melahirkan seorang permata yang amat bernilai dari seorang ibu.

CHN dan gengkawan tak merancang pun nak pergi melawat sampai ke jitra.Kebetulan hari tu CHN dapat mesej dari seorang kawan yang mengatakan kelas dibatalkan.Bayangkanlah, time tu CHN punya la bersemangat nak masuk kelas, tengok-tengok di batalkan pula.Agak kecewa lah juga.So, alang-alang dah kelas tak dak dan CHN pun dah bersiap apa bagai, CHN pun dengan penuh rancang mesej gengkawan ajak pergi melawat kak farhana.Alhamdulillah, sampai juga hajat CHN n gengkawan nak tengok baby kak farhana.

Baby kak Farhana~Comel giler.Tembam pula tuh~

Sempat juga beli hadiah untuk si baby girl kak farhana..
Ikhlas dari mak cik-mak cik yer baby girl..

Okeylah, setakat ini sahaja entry CHN kali ni.Now, masa untuk CHN study.Esok pukul 11 pagi CHN ada Amal Sanah madah Usul Fiqh.Doakan CHN boleh jawab yer esok.
Daa..
Jumpa lagi di lain waktu.

time untuk mengadap buku usul fiqh dengan
 nota yang CHN buat sendiri untuk lebih faham.










No comments:

Post a Comment