Monday, December 26, 2011

December 26, 2011 0 Comments

Hai semua...wah3...Baru malam ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog yang bersawang sejak beberapa hari..semenjak beberapa hari ini, rutin harian saya, dirasakan begitu padat sekali.Banyak perkara dan hal yang perlu saya selesaikan.Masa dan waktu saya sekarang ini amat bermakna sekali buat diri saya.Masa saya di muka buku juga dapat saya kurangkan dan Saya juga dapat menjadikan masa saya yang tidak bermakna menjadi lebih bermakna.


       Alhamdullillah...Bersyukur yang teramat sekali kerana berjaya juga saya hasilkan Apam Polkadot yang selama ini ingin sangat saya membuatnya.Tiga kali percubaan berjaya saya hasilkan menggunakan tangan yang tiada seni kretifnya.Saya merasakan dengan penghasilan apam Polkadot, saya ingin menjalankan satu perniagaan kecil-kecilan dirumah untuk mengisi kekosongan yang ada di samping  dapat menambahkan pendapatan.Walaupun apa yang saya akan dapat itu ianya kecil, tetapi ianya amat bermakna buat saya.Impian yang saya ingin ciptakan suatu hari nanti, akan menjadi sinaran dan kemanisan buat saya untuk mencipta kejayaan dengan usaha dan titik peluh saya...


~Percubaan Pertama~

~Percubaan Kedua~

~Percubaan Ketiga~

Note : *Berharap hari esok akan jadi lebih baik dari hari ini..

Tuesday, December 20, 2011

December 20, 2011 0 Comments

Kaifahalukk semua???Bagaimanakah Keadaan Iman anda semua??Adakah Baik-baik??Harap semuanya dalam keadaan terbaik okey..
Malam ini saya dengan sukacita ingin meluahkan rasa kesyukuran yang teramatnya bernilai sekali iaitu kalimah "ALHAMDULLILLAH" kerana hari ini telah selesai proses pendaftaran kumpulan bagi sem ke-2 dan yang sekutu dengannya.Esok saya akan menghantar dokumen yang perlu saya lakukan sebelum saya mendudukinya iaitu peperiksaan bertulis.Peperiksaan ini hanya orang yang teristimewa yang dapat mendudukinya..Terpaksa untuk mengambilnya akibat daripada masalah yang tidak dapat diselesaikan.Walaubagaimana sekalipun, saya berharap dapat lakukan yang terbaik demi kecemerlangan pada masa hadapan.Hati ini terasa membuak-buak untuk masuk semula ke kelas pada keesokkan harinya.perasaan ingin belajar tidak pernah luput dari hidup saya..Sentiasa merindukan saat-saat berada di sekolah walaupun pada dasarnya telah memasuki alam universiti.."Studies is Important for My life" kerana ianya merupakan harta yang paling bernilai yang dapat diberikan oleh Mak & Ayah buat diri saya.

~Sekadar hiasan~


*Menuntut ilmu kerana ALLAh akan lebih indah dan akan adanya Jalan untuk Kita menuju SyurgaNYa kelak..

Thursday, December 15, 2011

December 15, 2011 0 Comments


~Hai semua..Malam ini saya mahu berkongsi dengan anda-anda semua tentang kisah pendek yang saya baru sahaja selesai membacanya di Muka Buku seorang sahabat saya.kisah yang membuatkan saya terfikir sejenak dan sedikit tersentuh kerana saya merupakan salah seorang daripada perilaku tersebut..

Nak tahu kisah nya bagaimana???
*****
*****
*****
Jika nak tahu jom jenguk di bawah lagi..
.......................................................
........................................................
.......................................................


“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sains la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…” 

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. 
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???" 

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… 

"walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat."

"Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah."



sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Wednesday, December 14, 2011

December 14, 2011 0 Comments



~Malam ini saya nak berceloteh tentang seseorang yang sentiasa berada di ingatan saya walaupun berjauhan.Dia merupakan seorang yang amat rapat dan akrab dengan saya ketika berada di alam persekolahan yang terakhir..Dia juga merupakan seorang teman yang sentiasa mengambil berat,berkongsi masalah dan menjadi pendengar yang setia.Setiap apa yang berlaku ke atas diri dan kehidupan saya,sentiasa saya meluahkan apa yang dirasa terhadapnya.Walaupun sekarang saya dan dia tidak lagi bersama, tetapi saya sentiasa merindukan dan mengingatkan Dia yang berada jauh dari saya.Kenangan yang saya dan dia ukirkan tidak dapat dilupakan dan sentiasa menjadi ingatan buat selama-lamanya...Sebentar tadi, tangan ini terasa mahu membuka profil muka buku nya.Terlihat satu lampiran gambar yang menempatkan Dia dan seorang lagi temannya.Hati tiba-tiba terasa sayu dan fikiran terus menerawang mengingatkan dia.Terasa rindu yang teramat sangat padanya.Betapa hebatnya perasaan terhadap seorang sahabat yang dahulunya teman biasa.Tetapi apa kan daya, perasan dan kerinduan ini terpaksa saya bukukan di dalam kamus harian saya pada malam ini...

~Sahabat; Walaupun sesaat ''Aku'' tidak berada di ingatanmu, Tetapi mengertilah Sahabat bahawa bagaimana terjadinya persahabatan kita, "Aku" sentiasa akan mengingatimu selagi "Aku" terus bernafas di atas Muka Bumi Pemilik Yang Menciptakan.Mengertilah Sahabatku, namamu sentiasa menjadi sebutanku walaupun ada tembok dan rintangan yang terpaksa "Aku" tempuhinya demi mempertahankan Ukhuwah yang kita bina bersama..~


Sahabat "Aku" Mendoakan Agar Engkau sentiasa 
Sihat dan gembira selalu...

>A.H.I.N.A.Z.T.I.N.I.Q.A< Dalam ingatan...


Tuesday, December 13, 2011

Jatuh lagi...

December 13, 2011 0 Comments


Malam ini hati tergerak nak mengupdate blog.Saja untuk menghilangkan rasa sedih yang bernanah di jiwa..Aduhhh!!!buat kali ke-2 saya terjatuh lagi.Puas saya bangun dan terus berdiri, akhirnya tepat pada jam 4.15 petang tadi apa yang saya harapkan musnah sebegitu rupa.Kekuatan demi kekuatan saya kutip kembali untuk terus tabah dan kuat.Nasihat demi nasihat saya mengingati kembali..."itulah atiqah..dulu main2 lagi..tak nak usaha..sekarang dah terjatuh baru nak merasai kesakitannya..."saya tidak menyalahkan takdir ataupun sesiapa yang berada di sekeling saya tetapi saya menyalahkan diri sendiri yang leka dan lalai dengan semua yang terjadi.Perkara dah berlaku, nak menyesal pun tiada gunanya.Sekarang saya perlu bangun semula.Mencari kekuatan dan ketabahan nya semula.Dan mulai malam ini, Saya sudah bersedia untuk melangkah pada hari esok.Dan saya berharap pada hari esok saya tidak akan terjatuh lagi.


-Renungan untuk hari ini-
Semua orang memiliki potensi yang sama, yang berbeza ialah sejauh mana kita menggunakan potensi tersebut. Sejauh mana kita menanamkan man jadda wa jada dalam kehidupan kita.

Monday, December 12, 2011

~Hari Bahagia My Sepupu~

December 12, 2011 2 Comments
Assalamualaikum...
Alhamdullillah masih lagi di beri kesempatan untuk menghirup udara segar dan nyaman diatas muka bumi Allah ini..Malam ini dapat juga aku meluangkan masa untuk mengupdate blog setelah beberapa hari membiarkan blog ini kosong bersawang dengan menghadiri Walimahtulurus sepupuku abg Wan A.K.A anak kepada bapa saudaraku sebelah ayah.Majlis di adakah di Taman Ria Jaya,Sungai Petani Kedah.Aku dan keluargaku Turut serta memeriahkan majlisnya pada hari tersebut.Tepat jam 8.00malam semalam, aku dan kelurga bertolak pulang ke Alor Setar dan selamat tiba di Teratak Baiti Jannati pada pukul 9.15 malam...Seorang lagi sepupuku telah selamat berumah tangga.Tuan punya blog ni bila lagi??hi3..(Tuan punya blog ni lambat lagi.Dalam 3 or 4 tahun lagi.Aku mahu menghabiskan pengajiannku ku dahulu.Dan jika di beri Izin oleh-NYA akan ku ikut jejak mereka suatu hari nanti."Pengajian Diutamakan"Itulah kata2 keramat yang melekat di kepalaku..
-"Kejar CITA2 dahulu, Kemudian barulah Kejar PERKAHWINAN"..)

"Selamat Pengantin Baru"
Kapten Mohd Izwan & Shafini 
-Semoga berbahagia...
Majlis perkahwinan pihak perempuan..

Majlis perkahwinan pihak lelaki..

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

* Teringat kata2 seseorang "Jika kita mencintai seseorang kerana sikapnya yang lawak dan menghiburkan perhubungan itu tidak akan kekal..dan jika kita mencintai seseorang itu kerana DIA, Insyaallah perhubungan itu kekal selamanya..

Tuesday, December 06, 2011

-Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjudku-

December 06, 2011 1 Comments

Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.

“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!

“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”

“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]

“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”

“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]

“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”

“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]

“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”

“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]

“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”

“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]

“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”

“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]

“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”

“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]

“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.

Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.

Terima kasih Allah.

Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.

Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Terima kasih ya Allah!

....قال الله تعالى
-وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنّي قَرِيْبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونِ-
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Sunday, December 04, 2011

Cuti..oh..cuti...

December 04, 2011 0 Comments
Assalamualaikum...
Sekarang diri ini berada dalam keadaan cuti semester pertama...Sementara menunggu kemasukan untuk semester ke-2, diri ini menjadi suri rumah sepenuh masa A.K.A Maid bagi mengantikan emak dirumah yang sibuk menguruskan teman baiknya iaitu Mesin Jahit & kain2...Setiap hari rutin harianku dari pagi hingga ke malam sama sahaja.-Kemas rumah,Memasak,Basuh kain,Jemur kain,lipat kain, dan lain2-...Rutin harianku sepanjang cuti ini saling tak tumpah seperti seorang suri rumah @ orang gaji..hi3..

-Teman Baik emak setiap masa :P-

Sepanjang cuti ni juga, aku dapat pengalaman yang baru.Iaitu daapt merasai pengalaman bagaimananya menjadi seorang suri rumah A.K.A emak yang sibuk menguruskan rumah tangga.Setiap hari, mengantikan chef a.k.a emak di dapur..Terasa gembira takkala melihat masakan yang ku masak di makan oleh emak,ayah dan adik2...^_^..Walaupun penat, tetapi hasilnya pada masa akan datang cukup bermakna..


Tidak sabar juga diri ini ingin memasuki semester ke-2..Masa berlalu dengan begitu pantas semasa semester pertama.Banyak ilmu,kenangan dan pengalaman yang berjaya ku kutip.Kenangan bersama teman-teman sekumpulan membawa ku erti kegembiraan yang sukar untuk ku lupakan..Persahabatan yang terjalin dalam beberapa bulan yang lalu, membawa kepada kami betapa kuatnya ukhuwah yang kami bina..Kerinduan bersama mereka semua bahangnya sudah terasa..ingin berjumpa dan berkongsi cerita bersama...Dan diri ini berharap pada semester ke-2, ukhuwah kami semakin erat selamanya...


=Coretan-tak sabar nak masuk sem 2...

Tuesday, November 29, 2011

WaNita IbaRat Sebiji Epal

November 29, 2011 0 Comments

~Gambar hiasan~

Perhatikanlah wahai Muslimah, bagaimana sepohon epal yang rendang.

Berbuah ranum. Kesemuanya berebut-rebut ingin cepat dipetik orang.

Malah banyak yang dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.

Namun, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.

Walaupun ada ketikanya ia risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.

Ia kekal di tempat yang sepatutnya ia berada.

Hanya tangan yang bertuah yang akan mengambil yang terbaik.


(*><*) - Berharap diri ini dapat mnejadi solehah buat insan yang berhak dimiliki...

Sumber: http://akuislam.com

Thursday, November 24, 2011

Merantau Mencari iLmu...

November 24, 2011 0 Comments

Ukhuwah Bertaut Kasih Disemai..
Tanda Ikatan..
Sebuah Persahabatan..
Semoga kasih yang di RIBAT
Menjadi Saksi... 
Bila Bertemu.. 
Menghadap Rabbul Izzati..
Salam Ukhuwah.. Salam Sayang..
Sayang Islam..

Assasalamualaikum....
Alhamdullillah...Bersyukur kehadrat Illahi kerana di beri peluang lagi untuk menghirup udara yang segar dan nyaman di atas muka bumi ini.Dan bersyukur juga kerana masih lagi menjadi khalifah dan hamba kepada pemilik alam semesta.Setelah sekian lama menyepikan diri dengan menghabiskan peperiksaan yang berbaki pada minggu lepas, diri ini mengikuti satu program mencari ilmu...satu program yang cukup membuatkan diri ini terasa betapa kerdilnya menjadi hamba kepada-Nya.."Ribat Camp'' yang bertempat di Sri Juluk, Naka selama 3 hari memberi banyak input-input yang bernilai kepadaku..Program yang banyak menyentuh tentang akidah,agama,aurat,Ukhuwah dan kasih sayang,Isu-isu semasa dan tidak ketinggalan kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W..semoga ilmu-ilmu yang ku perolehi selama 3 hari, akan ku manfaatkan dalam kehidupan seharian dan jika dengan izin dari-NYA akan ku kongsikan bersama orang di sekelilingku...


Friday, November 11, 2011

~Saat LaFaz Sakinah Sahabat~

November 11, 2011 0 Comments
Alhamdullillah..Bersyukur yang tidak terhingga buat Sahabatku, SoBiRoh SaBry yang sudah 100% menjadi milik seorang lelaki yang telah menjadi pilihannya.Kelmarin diri ini dan beberapa orang teman persekolahan bersama-sama dirinya berkongsi kegembiraan yang dimilikinya.Majlis upacara akad nikah dirinya di jalankan di sebuah masjid di kawasan Tanah Merah,Jitra.Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya walaupun sedikit gementar.Selesai saat -saat lafaz sakinah oleh pemilik Tulang rusuk kirinya, kegembiraan di wajahnya makin terserlah lagi dengan keayuan dan kecantikan yang dimiliki olehnya.Akhirnya, seorang sahabat yang sama umur denganku telah bertukar status dan secara tidak langsung menjadi suri hati kepada pasangannya.Sepagi hari di majlisnya, diri ini turut gembira melihat kebahagiaan yang di kecapi olehnya ibarat bunga di pagi hari yang kian kembang mewangi..Dirinya dan pasangannya "bagai pinang di belah dua"..Bak kata pepatah melayu, "Sama Cantik,Sama padan"...



Heningnya sunyi suasana Lafaz Sakinah bermula...
Apa rasa di terjemah hanya sebak abah tangis ibunda...
Adalah aku wali puteriku...Serah kini amanahku ini padamu...
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta....Lebih dari yang ku berikan kepadanya...
Dulu esakannya sandar dibahuku...Tangisannya kini ku serah padamu...
bukan bermakna dia bukan milikku...Fitrahnya perlukanmu...
Jadilah dia wanita syurga...Mengerti benar akan maharnya...
taat itu bukan hanya pada nama..indah ia pada maksudnya...
Ku akur akan pesanmu...puterimu kini amanahku...
iringilah dengan doa...bahagia kami dari redhamu...




Thursday, November 10, 2011

Gerbang Perkahwinan Sahabat...

November 10, 2011 0 Comments

Buat Sahabat Yang Bernama Sobiroh Sabry...


Assalamualaikum....
~Malam ini diri ini ingin berceloteh tentang Episod Kahwin.Topik ini ada kena-mengena dengan seorang sahabatku yang akan melangkah ke alam rumah tangga pada keesokan hari iaitu 11/11/2011-Jumaat-.Seorang sahabat yang dulunya sebagai rakan biasa sekarang diri ini dan dirinya menjadi lebih akrab selepas tamat alam persekolahan.Segala-galanya telah berubah dengan sekelip mata.Esok dirinya dengan rasminya akan bertukar status menjadi hak milik seorang lelaki yang telah ditakdirkan untuknya.Diri ini berasa gembira takkala mendengar perkhabaran darinya yang akan memasuki gerbang perkahwinan yang hanya tinggal beberapa jam lagi.Esok diri ini akan turut bersama melihat kegembiraan yang bakal terpancar di wajahnya pabila selesai upacara akad nikah...Semoga kebahagiaan miliknya...=)

Wahai sahabatku...
pada keesokkan harinya engkau akan memasuki gerbang perkahwinan. 
 Ku berharap engkau menjadi seorang isteri yang taat dan patuh kepada pemimpin rumah tangga mu kelak.



*Tahniah Sahabatku, Sobiroh Sabry...Semoga kekal sehingga ke Syurga Kelak.

Tuesday, November 08, 2011

-Tentang Cinta 1-

November 08, 2011 0 Comments
Cinta...
Disaat kita merasai cinta itu telah beransur hilang dari hati kita kerana kita tidak dapat  memberiakn cinta dalam wujud yang kita inginkan. Maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam wujud cinta lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.Seringkali yang kita di perlukan adalah memahami wujud perasaan cinta dari pasangan yang bukan mengharapkan kemewahan material semata.

Minat,suka,jatuh hati,jatuh cinta atau apalah namanya adalah sebuah kewajaran.Ia akan menjadi ladang pahala apabila diteruskan dan disemai dalam bingkai kata perkahwinan.Namun ia akan menjadi penghasil dosa yang luar biasa apabila hanya di bingkai dengan percintaaan dan berfoya-foya.Bagi mereka yang sudah bersedia berkahwin, maka carilah cinta indah anda dan milikilah ia.Namun bagi ana yang hanya ingin mencicip rasanya pada awal usia, sebaikknya pertimbangkan kembali niat anda kerana sudah banyak yang penat dan kelelahan kerananya.


Bagi Yang Masih Bujang
~Cinta ibarat kupu-kupu.Makin dikejar makin ia menghindar.Tapi bila dibiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat yang tak terduga.Cinta dapat membahagiankanmu tapi sering pula ia menyakiti.Tapi cinta itu hanya istimewa apabila diberikan pada seseorang yang layak menerima.Jadi tenang-tanang saja, jangan terburu-buru dan pilihlah yang terbaik.

Bagi Yang Ragu-ragu Dengan Perkahwinan.
~Cinta bukan perkara menjadiakan seseorang itu sempurna.Akan tetapi ia perkara menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadiakan diri sesempurnanya.


Bagi Yang Sudah Berkahwin
~Kalau cinta jangan katakan, "ini salahmu!", tapi "maafkan aku, ya?" bukan "kau di mana!", melainkan "aku di sini, kenapa?" bukan,"bolehkah kau begitu!" tapi "aku mengerti." Dan juga bukan "cuba, seandainya kau..." akan tetapi, "terima kasih ya, kau begitu..."

*Bersambung....


Saturday, November 05, 2011

November 05, 2011 0 Comments
Assalamualaikum...


~Esok merupakan hari yang paling bermakna  iaitu Hari Raya Qurban dimana terletaknya satu kisah yang paling bernilai dalam sejarah Islam.Kisah yang di dukung 4 watak iaitu Nabi Ibrahim A.s dengan keikhlasannya... Nabi Ismail A.s Dengan kepatuhannya..Saidina Hajar dengan tawakkalnya...Dan Iblis Dengan hasutannya..

Esok juga merupakan hari di mana bermulalah penyembelihan lembu-lembu yang terpaksa di korbankan seperti mana yang terdapat dalam sejarah islam...


Disini, Saya sebagai pemilik blog ini ingin memohon berjuta-juta khilaf andai diri ini melakukan kesalahan...
Keikhlasan Hati Untuk Saling Memaafkan...Memberi makna berharga dalam kehidupan...Andai jemari Tak Mampu berjabat..Langkah kaki tak mampu untuk bertemu...Setidaknya kata masih terungkap..Setulus Hati Ini memohon maaf Jika ada Salah dan Silap.. 
Salam AidilaDha...


~tak tahu nak tulis apa lagi...~ 
~Rindu pada nama AhiNaz TinIqa...
Terima kasih kpd Sahabatku kerana ingat lagi pada nama tu..

Tuesday, November 01, 2011

PaBila RaSa LemAh ItU MenJenGah..

November 01, 2011 0 Comments

Memang, rasa lemah atau down itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur. Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada. Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali? Bagaimana kita menghadapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam keadaan itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.
Harapan Untuk Bangkit
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr. Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.Ya, Bersangka baiklah. Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar. Dan kelak, kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kita merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil tersenyum.
Kesilapan kita. Ada masa kita silap. Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan. Kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari. Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” – [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita. Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya. Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa. Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.
Credit to..Diri Sendiri..Jgn Berputus Asa.Teruslah Berjuang..@_@