Wednesday, January 30, 2013

Drama cinta kau & aku

January 30, 2013 0 Comments
Hari ini CHN lepak di rumah ja sambil buat assignment dan jahit handmade kraf.Almaklumlah, sekarang ni CHN sedang cuti mid sem, so dapat la CHN luangkan masa dengan mengadap blog ni.Tadi CHN buka facebook, dan terjumpalah satu gambar dan kenyataan nih.Gambar tentang novel yang di tulis oleh penulis yang popular iaitu " SITI ROSMIZAH " yang bertajuk "CINTA KAU & AKU" telah diadaptasikan menjadi drama.Novel ni CHN dah baca lama dah dan ada dalam simpanan CHN.Jalan cerita novel ni pun memang terbaik la..Heroin nya dalam drama ni ialah Fizz Fairuz kalau tak silap CHN tapi heroinnya tak pastilah la siapa.

Anda peminat setia karya Siti Rosmizah? Berita baik untuk anda, Karyanya bertajuk 'Cinta Kau dan Aku' telahpun diadaptasikan dan bakal ditayangkan untuk tontonan ramai mulai 15 Februari 2013 (Jumaat) jam 10.05 malam di TV1!



Sinopsis Cinta kau & aku
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?                                                                                  




Cerita aku..

January 30, 2013 1 Comments
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?Harap semuanya sihat-sihat belaka yer.Malam ini baru di beri peluang untuk mengupdate blog setelah selesai segala kerja yang berkaitan dengan persatuan kolej.Sekarang ni CHN sedang bercuti mid sem selama 5 minggu sehingga 3/3/2013.Wow, lama gila kolej CHN bagi cuti.Universiti yang lain pun tak dapat cuti sebanyak ni.Sebenarnya, cuti mid sem kolej CHN, 2 minggu ja tapi disebabkan cuti ni berlaku perpindahan pelajar kuin dari stargate dan sungai petani ke kampus tetap kuin di Kuala Ketil, pihak pentadbiran kuin pun lanjutkan lagi cuti untuk semua pelajar kecuali pelajar nursing dan asasi.(Untung besar la kami).Minggu last sebelum cuti mid sem, CHN ada Ijtima' Sanawi iaitu program tahunan bagi Ittihad Thullab Lughah 'Arabiah.Lebih dikenali sebagai AGM, Annual General Meeting @ boleh juga disebut MUKTAMAR SANAWI bagi Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab.Dalam program ni CHN terlibat sebagai Exco Akademik baru bagi kuliyyah CHN.Entah macam mana pun tak tahu la boleh dilantik jadi exco akademik.Akademik CHN sendiri pun tunggang terbalik.hihi..

Barisan kepimpinan ITLA' sesi 2013/2014
Minggu last sebelum cuti tu,macam-macam benda yang nak kena settle. Selepas ja bermula cuti, CHN terlibat dengan unit protokol sukarelawan konvensyen dan perasmian kampus tetap kuin di kuala ketil.So, pagi ahad tu, CHN dan staf-staf kuin yang terlibat dengan perasmian tu berkampung di kuala ketil selama 3 hari 2 malam.Pertama kali menjejakkan kaki di kuin kuala ketil, mulut terus menyebut "Subhanallah, besarnya dan cantik kot". 

Sampai di sana CHN dan geng-geng yang lain di beri taklimat dan kerja masing-masing.Pada hari bersejarah tu, tetamu yang mai memang terbaiklah.Rasanya lebih dari 6000 orang, sebab dalam dewan boleh muat 5000 lebih.Tu pun sendat gila sampaikan ada yang duduk dekat lantai di tinggat atas.Dekat bawah khewah luar dewan pun penuh orang juga.Itulah kenangan bersejarah kuin yang memberi impak terbesar kepada orang-orang diluar Semalam baru CHN sampai di rumah.Pertama kali CHN terlibat dengan program yang penuh istiadat.Maunya tak istiadat, yang jadi perasmi pada hari tu ialah AGONG.Memang terbaik gila la kuin.Terasa berbangga dengan pencapaian kuin.Mengambil masa selama 5 tahun, kini kuin mampu mencipta nama dengan membangunkan sebuah kolej yang berteraskan konsep dunia dan akhirat.Insyaallah, tahun ni kuin sasarkan menjadi sebuah universiti.



Disini CHN sajiakn kepada anda gambar-gambar 
pada hari perasmian KUIN KUALA KETIL.
Selamat menatap yer..

























Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

January 24, 2013 0 Comments
sumber : facebook 
يَا هَنَانَا 
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
يَا هَنَانَا
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
يَا هَنَانَا
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
يَاهَانَانَأ
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
يَاهَنَانَا
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
يَا هَنَانَا

sumber : Mr. Google
*Harap tak lambat lagi la nak ucap SALAM MAULIDUR RASUL kepada sahabat2 blogger.
Malam ni baru sempat nak update blog.


Saturday, January 19, 2013

Worniojowo Giveaway by Wanynaziar

January 19, 2013 1 Comments
Selamat hari minggu anda-anda sekalian.
Hari ni nak join GA yang terjumpa di facebook.Hati dan tangan mula tertarik untuk meng'update'kan blog dengan join GA ni.Walaupun sekrang ni CHN tengah siubk dengan pengajian dan aktiviti persatuan, tapi hati ni terindu-rindu nak jenguk & update entry baru.Exsiment dan tempahan handmade keychain felt mula menyerabutkan diri.Hari rabu ni pula CHN ada Ijtima' Sanawi(pelancaran) ecxo baru persatuan bahasa arab 2013/2014..Doakan semoga urusan CHN dipermudahkan yer..and Join bloggers2 yang comel-comel join GA ni.Rugi tau tak join.Hadiah-hadiahnya, WOW, Menarik!!! Hope u all happy always k..


Tag kepada si comel2 ni..


~Selamat berhujung minggu dan kepada bloggers2 KEDAH
Selamat bercuti sempena HARI KEPUTERAAN AGONG ~

Thursday, January 17, 2013

Kampus Baru Kuin Kuala Ketil Bakal Dirasmikan

January 17, 2013 3 Comments

ISTIADAT KONVOKESYEN KHAS & PERASMIAN KAMPUS KUALA KETIL

TARIKH : 29 JANUARI 2013
HARI : SELASA
MASA : 10.00 PG – 2.00 PTG
TEMPAT : KAMPUS KUALA KETIL

DISEMPURNAKAN OLEH : 
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah 


#DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."

>> SIIRU 'ALA BARAKATILLAH WA MAGHFIRATILLAH <<

Mood : Tak sabar nak pindah ke kampus baru..
insyaallah next sem akan berpijak ke tempat baru..suasana baru...dan semuanya baru..
Note : Maaf tak sempat nak update entry & balas follower2 sahabat-sahabat blog yang di kasihi kerana sibuk dengan xsiment n kerja-kerja persatuan..Insyaallah CHN akan balas kunjungan anda2 sekalian bulan dua nanti..

Monday, January 07, 2013

Sekeping Hati Itu

January 07, 2013 4 Comments






Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.  Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan.  Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.  Hati mana tidak berbunga harapan.

Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan.  Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian.  Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.


Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan.  Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.  Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.



Takdirku Telah Tertulis. Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita,  berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah.  Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.

Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah.  kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah.  Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya.  Bersyukurlah.  Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita.  Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.

Ibnu Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.  Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.  Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram.  Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan.  Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita.  Begitu jua lah sebaliknya.

“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).” 
Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa.  Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya.  Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda.  Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.  Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.
InshaAllah…yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.



Sunday, January 06, 2013

Segmen : Saya Blogger Dari Negeri .....

January 06, 2013 24 Comments
Kembali bersua.Sudah beberapa minggu CHN menyepikan dari dunia blogger kerana sibuk dalam minggu pengajian.So, malam ni nak join segmen dari Fizgraphic.Segmen ni CHN tengok di facebook.Jom geng bloggers kita join segmen ni.Dapat BW dan kenal-kenal walaupun berlainan negeri.


Bloggers cute+ baik hati
# Negeri pilihan + negeri kelahiran yang tetap di ♥
 NEGERI JELAPANG PADI @ KEDAH DARUL AMAN

# Keistimewaan negeri kedah..Ermm..apa yer???
Haa..ada 1 tempat makanan kat kedah ni yang selalu CHN singgah untuk melantak bersama kawan-kawan.
Tempat tu nama ADEELA DE CORNE kot kalau tak silap CHN.Gerai tu tepi jalan bawah pokok ceri.
Berdekatan dengan Stesen Bas Shahab Perdana dan Kolej Universiti Insaniah Alor Setar..Siapa-siapa yang orang kedah tu maybe tau la tempat tu kat mana.Makanan kat situ pun boleh tahan.Sedap.Ada mee kari,Laksa buyung,bihun sup,ice kacang n cendol.Tu la menu utama yang disajikan untuk para pembeli.CHN n kawan-kawan selalu melantak mee kari + cendol ja, sebab sedap.So, siapa-siapa orang kedah yang tahu tempat tu cubalah rasa makanan di gerai tu.

~DONE~

Setakat ni saja CHN mengarut.


Yeahh!!! Alhamdulillah, hari ni test JPJ kereta CHN Lulus..
Happy tak terkira..


Tuesday, January 01, 2013

#INI MERUPAKAN ENTRY MELEKAT, SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY YANG LAIN...

January 01, 2013 3 Comments


Assalamualaikum sahabat-sahabiah sekalian...
Untuk pertama sekali maaf dari Owner Cahaya Hati Nazieqa kerana tidak dapat membalas follower anda-anda semua dan juga komen-komen kerana Owner sibuk dan tidak sempat membalas dan melawat blog-blog anda semua.Harap anda bersabar untuk menerima kunjungan dari owner CHN yer..Jika ada masa yang terluang nanti pasti owner akan membalas kunjungan anda kembali..Dan untuk yang terakhir,  Happy Blogwalking untuk bloggers sekalian kerana sudi menjenguk blog yang tidak sehebat anda-anda di luar sana.

Bulan ni owner sibuk dengan :
     ♥ Memberi laluan kepada aktiviti pengajian.
     ♥ Perlu menghabiskan hafalan Al-Quran untuk sem ni 4 juzuk.Doakan Owner yer..
     ♥ Perlu menyiapkan tempahan handmade craft yang makin banyak.

Perlu segera untuk menyiapkannya..


Kalam terakhir,
~ ♥ banyakkan berzikir ,
banyakkan membaca al-Quran,
moga hati kita suci dr kekotoran.
Allahurabbi =_= ♥ ~

~Wassalam~