Showing posts with label KUIN. Show all posts
Showing posts with label KUIN. Show all posts

Tuesday, February 05, 2013

SEGMEN : Blogwalking + Kenali IPT

February 05, 2013 15 Comments


Hai semua.Hari ni CHN  nak join segmen yang di anjurkan oleh Husna Humairah ni.Tempat pengajian CHN bukan ipta macam blogger-blogger yang lain.Tapi CHN nak join juga.Saja suka-suki nak menaip dan berkongsi dengan blogger-blogger yang lain.So, apa tunggu lagi.Jom kenali tempat CHN mengembara mencari ilmu.

-KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH(KUIN)

Logo KUIN
Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03.Objektif awal penubuhan Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta mengembang ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu bagi menampung pelajar lepasan sekolah agama melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.KUIN mensasarkan menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang profesional dan agama ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
KUIN menawarkan jurusan :
  • Ijazah sarjana muda usuluddin 
  • Ijazah sarjana muda syariah 
  • Ijazah sarjana muda bahasa arab 
  • Ijazah sarjana muda pengajian tahfiz 
  • Diploma tahfiz wa al-qiraat
  • Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan 
  • Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (perancangan kewangan islam)
  • Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (pengurusan risiko dan takaful)
  • Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (kewangan & perbankan islam)
  • Ijazah sarjana muda teknologi maklumat (Rangkaian)
  • Ijazah sarjana muda teknologi maklumat (teknologi maklumat)
  • Ijazah sarjana muda teknologi maklumat (E-dagang)
  • Ijazah sarjana muda multimedia kreatif 
  • Ijazah sarjana muda web televisyen
  • Ijazah sarjana muda multimedia grafik
  • Ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik
  • Ijazah sarjana muda kejuruteraan sistem komputer
  • Ijazah sarjana muda kejuruteraan telekomunikasi
  • Ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan komputer
  • Diploma perakaunan
  • Diploma teknolgi maklumat
  • Diploma insurans islam
  • Diplomaperbankan islam
  • Diploma pengurusan hotel dan makanan halal
  • Diploma seni reka grafik
  • Diploma Digital video
  • Diploma Kreatif Multimedia
  • Program asasi pengurusan
  • Program asasi pengajian islam
  • Program asasi sains 



kampus kuin di Alor setar dan akan menjadi kampus perubatan

SEGALANYA BERMULA DISINI...
     CHN anak kelahiran negeri kedah dan belajar pun di kedah.Alhamdulillah, kini CHN seorang penuntut KUIN tahun 2, semester 4 dalam jurusan Ijazah Bahasa Arab."Bahasa Al-Quran,Bahasa Syurga" itulah yang mengajar CHN betapa manfaatnya mendalami ilmu nahu,balaghah,tarikh adab dan sorof.


    Istimewanya KUIN ialah semua pelajar tidak kira mengambil jurusan apa-apa pun dikehendaki menghafal al-quran dan jurusan CHN perlu menghabiskan 8 juzuk selama 4 tahun.Selain itu, persekitaran di KUIN yang memberi faktor kenapa CHN memilih KUIN sebagai tempat pengajian CHN.Di KUIN, CHN di kelilingi dengan suasana yang sangat-sangat islamik.Semua pelajar perempuan di sana bertudung labuh.Kami di ajar untuk tidak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan dan mengamalkan konsep ''Biah Solehah" iaitu 5 mutiara penting di insaniah : 
  1. Solat berjemaah
  2. Kehadiran pensyarah arab sebagai "ulama" pewaris nabi.
  3. ukhwah
  4. Biah solehah 
  5. Usrah
Lecturer-lecturer Arab yang datang dari pelbagai negara.
Kini, kuin mampu mendirikan sebuah kampus tetap yang kawasannya sangat luas di Kuala Ketil, sungai petani.Insyaallah semester hadapan, CHN akan berpindah ke kampus tetap dan tahun ini jika tiada halangan KUIN akan di naik taraf menjadi UNIVERSITI.

Ruang santai 

Pemandangan kuin dari pintu B

Bangunan Canselori pada waktu malam

Dewan Utama dari belakang

Bangunan Kulliyah CHN

Perpustakaan


~Done ~

Wednesday, January 30, 2013

Cerita aku..

January 30, 2013 1 Comments
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?Harap semuanya sihat-sihat belaka yer.Malam ini baru di beri peluang untuk mengupdate blog setelah selesai segala kerja yang berkaitan dengan persatuan kolej.Sekarang ni CHN sedang bercuti mid sem selama 5 minggu sehingga 3/3/2013.Wow, lama gila kolej CHN bagi cuti.Universiti yang lain pun tak dapat cuti sebanyak ni.Sebenarnya, cuti mid sem kolej CHN, 2 minggu ja tapi disebabkan cuti ni berlaku perpindahan pelajar kuin dari stargate dan sungai petani ke kampus tetap kuin di Kuala Ketil, pihak pentadbiran kuin pun lanjutkan lagi cuti untuk semua pelajar kecuali pelajar nursing dan asasi.(Untung besar la kami).Minggu last sebelum cuti mid sem, CHN ada Ijtima' Sanawi iaitu program tahunan bagi Ittihad Thullab Lughah 'Arabiah.Lebih dikenali sebagai AGM, Annual General Meeting @ boleh juga disebut MUKTAMAR SANAWI bagi Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab.Dalam program ni CHN terlibat sebagai Exco Akademik baru bagi kuliyyah CHN.Entah macam mana pun tak tahu la boleh dilantik jadi exco akademik.Akademik CHN sendiri pun tunggang terbalik.hihi..

Barisan kepimpinan ITLA' sesi 2013/2014
Minggu last sebelum cuti tu,macam-macam benda yang nak kena settle. Selepas ja bermula cuti, CHN terlibat dengan unit protokol sukarelawan konvensyen dan perasmian kampus tetap kuin di kuala ketil.So, pagi ahad tu, CHN dan staf-staf kuin yang terlibat dengan perasmian tu berkampung di kuala ketil selama 3 hari 2 malam.Pertama kali menjejakkan kaki di kuin kuala ketil, mulut terus menyebut "Subhanallah, besarnya dan cantik kot". 

Sampai di sana CHN dan geng-geng yang lain di beri taklimat dan kerja masing-masing.Pada hari bersejarah tu, tetamu yang mai memang terbaiklah.Rasanya lebih dari 6000 orang, sebab dalam dewan boleh muat 5000 lebih.Tu pun sendat gila sampaikan ada yang duduk dekat lantai di tinggat atas.Dekat bawah khewah luar dewan pun penuh orang juga.Itulah kenangan bersejarah kuin yang memberi impak terbesar kepada orang-orang diluar Semalam baru CHN sampai di rumah.Pertama kali CHN terlibat dengan program yang penuh istiadat.Maunya tak istiadat, yang jadi perasmi pada hari tu ialah AGONG.Memang terbaik gila la kuin.Terasa berbangga dengan pencapaian kuin.Mengambil masa selama 5 tahun, kini kuin mampu mencipta nama dengan membangunkan sebuah kolej yang berteraskan konsep dunia dan akhirat.Insyaallah, tahun ni kuin sasarkan menjadi sebuah universiti.



Disini CHN sajiakn kepada anda gambar-gambar 
pada hari perasmian KUIN KUALA KETIL.
Selamat menatap yer..

























Thursday, January 17, 2013

Kampus Baru Kuin Kuala Ketil Bakal Dirasmikan

January 17, 2013 3 Comments

ISTIADAT KONVOKESYEN KHAS & PERASMIAN KAMPUS KUALA KETIL

TARIKH : 29 JANUARI 2013
HARI : SELASA
MASA : 10.00 PG – 2.00 PTG
TEMPAT : KAMPUS KUALA KETIL

DISEMPURNAKAN OLEH : 
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah 


#DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."

>> SIIRU 'ALA BARAKATILLAH WA MAGHFIRATILLAH <<

Mood : Tak sabar nak pindah ke kampus baru..
insyaallah next sem akan berpijak ke tempat baru..suasana baru...dan semuanya baru..
Note : Maaf tak sempat nak update entry & balas follower2 sahabat-sahabat blog yang di kasihi kerana sibuk dengan xsiment n kerja-kerja persatuan..Insyaallah CHN akan balas kunjungan anda2 sekalian bulan dua nanti..

Sunday, December 16, 2012

KUIN Kuala Ketil

December 16, 2012 0 Comments

Persekitaran KUIN a.k.a Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil yang bakal dirasmi pada bulan Januari 2013.
Dan bakal menjadi tempat pengajian ku tidak lama lagi.Berbangga dengan KUIN.


Bangunan Canselor
Dewan Besar

Persekitaran kuin Kuala Ketil

Bangunan Kulliyah Syariah & Bahasa Arab
~Insyaallah bakal menjadi kulliyyah aku~




Maktabah KUIN
~Most beautifull~



Dewan Besar




***Ni sahaja gambar yang ada susulan lawatan dari Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN(MPM)...