Sunday, April 28, 2013

Lama Menyepi

 

Hai bloggers semua.Lama kan CHN menyepikan diri daripada mengupdate entry-entry baru.Bukan CHN menyepikan diri tetapi CHN terlampau sibuk dan tiada masa untuk menaip entry baru.Dua minggu yang lalu CHN terlampau sibuk dengan kuliah, persatuan dan program.Memang padat la jadual CHN minggu tu.Sampaikan masa makan pun terpaksa skip untuk dahulukan benda-benda yang penting.Dalam 2 minggu 3 program CHN kena pegang.Fuhh!!memang memenatkan tapi demi Insaniah dan Persatuan Bahasa Arab tercinta sangguh CHN korbankan semua masa dan tenaga.

Minggu yang pertama CHN kena settlekan paper work program
"حفلة التقاعد وتكريم الطلاب المتفوقون" yang diuruskan oleh Lajnah akademik iaitu lajnah yang CHN pegang dalam persatuan bahasa arab.Allamdulillah, paper work siap pada khamis dan diluluskan oleh Hep pada hari isnin.Lambat gila diluluskan atas sebab-sebab dekan berada di kuala ketil.so, memang susah sikit dan perlu bekerja keras gila-gila.Gerak kerja bermula selama 3 hari tapi allhamdulillah program berjaya juga dilakukan walaupun last minit.Program yang kedua ialah Program injection camp.Dalam injection camp dua program CHN kena urus iaitu motivasi " Impak Maksima" sebagai unit protokol  dan "Bengkel Imtiyaz" sebagai timbalan.Selama dua minggu ini, CHN keluar pergi kolej pagi dan pulang ke rumah pada waktu malam pukul 11.30malam. Memang teruk sikit minggu ni sebab final exam makin dekat.Hanya ada lagi 2 minggu sahaja lagi.

Gambar kenang-kenangan bersama semua
Adhoc dan Ust. Solhi semasa motivasi "Impak Maksima"

Bermula esok, CHN perlu tumpukan pada kuliah dan pelajaran pula.Esok nak pergi buat Shafawi usul fiqh dan nahu.Hari isnin pula shafawi quran 4 juzuk pada pukul 2 petang.Doakan CHN boleh buat okey.Harap-harap semester in boleh dapat yang terbaik.(Sedang bercita-cita mengejar dekan, Insyaallah).Okey lah setakat ini yang mampu CHN coretkan.Jumpa lagi.Maaf buat bloggers yang tag CHN di  shoutbox ajak join segmen or giveaway.Bukan tak nak join, tapi tak sempat nak join.Insyaallah cuti semester nanti CHN join sampai pening okey..










No comments:

Post a Comment