Showing posts with label hati dan perasaan. Show all posts
Showing posts with label hati dan perasaan. Show all posts

Saturday, June 01, 2013

Hati..Hati..Menjaga Hati..

June 01, 2013 0 Comments

Hati, hati Qalbi ini dicipta bukanlah hanya untuk mencari cinta, melayan perasaan sesama manusia,

 berkongsi rindu, malahan terlalu mengagungkan perasaan yg jua dicipta oleh oleh Allah itu lebih dari mengagungkan Penciptanya sendiri...

Qalbi ini dicipta cantik, murni untuk kita mencari Siapa Pencipta Hati itu.

Kita sendiri merabakkannya, mengotorinya, hingga terlupa apa sebenarnya tujuan penciptaan hati..

Bila hati kita lebih memilih untuk mendengar kata-kata manis dari si dia, melebihi Kata-Kata Allah sendiri (Quran)

Bila hati kita lebih teruja bertemu si dia melebihi kita pertemuan dengan Tuhan kita sendiri (Solat)

Bila hati kita lebih memilih untuk menyerahkan seluruh perasaan hanya untuk seorang makhluk yang mungkin jua esok sekelip mata akan meninggalkan kita..

Walhal kita lupa, Allah sentiasa ada, dan tidak akan mungkin meninggalkan kita..

KITALAH YANG MENINGGALKAN ALLAH..

Kita sering ingat Allah masa kita susah (baca: dikecewakan manusia) waktu itu barulah kita berdoa mohon dihilangkan kesedihan, ditabahkan hati

walhal sewaktu gembira,si dia lah yang selalu bermain difikiran dan hati, dan perasaan kita terhadap Allah hanya sipi-sipi.. T.T

Qalbi, ia adalah daging didalam manusia yg jika baik dan murni, baiklah kita, jika keras dan hitam dgn maksiat, kejilah kita..

♥   Copy Paste from Page Sahabat2 Hubbul Ilahiyah








Saturday, November 17, 2012

Terkedu...

November 17, 2012 2 Comments
Terkedu seketika pabila seorang sahabat yang bertanyakan satu soalan yang benar-benar membuatkan Dia tersentak.Soalannya berbunyi,
 " Bila Enti  nak jumpa dengan orang yang sayang enti pula?? Ana dah jumpa dah orang yang sayang ana..atau maksud lain seorang lelaki yang ajnabi.." 
Ayat tu sungguh menyentapkan jiwa Dia. Soalannya tidak biarkan begitu sahaja.Dia berusaha juga untuk menjawabnya.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dia menjawab soalan itu, 
"saya erk!!! entah ler...akan tiba masanya juga nanti...insyaallah ada la nanti siapa org yg sayang saya..cepat dan lambat ja.hanya mampu berdoa.Awk sabar untuk lihat siapa orang nya yer...Sekarang ini, sedang mentarbiahkan diri agar menjadi seorang yang solehah.Lagi pun sekarang ni banyak lagi perkara lain yang nak di kejar".
Itulah serba sedikit perbualan dia dan seorang teman.Selepas dengan apa yang terjadi dengan masa lalu, dia dengan rela hati ingin melupakan dengan apa yang terjadi.Biarlah DIA sahaja yang menentukan takdirnya dengan siapa.Bukan dia tidak mahu ke arah itu, tetapi bila melihat keadaan rakan-rakan yang lain yang sibuk mengejar cinta manusia, hati nya mohon untuk tidak ke arah itu.Bohonglah dia mengatakan dia tidak punya perasaan itu tetapi biar lah keadaan kehidupan nya masa ini, sebegini rupa.Dia bebas untuk melakukan perkara-perkara yang dia suka yang tidak menyimpang ke jalan-NYA.Dia juga sekarang ini sedang menjaga hati agar tidak terkena virus-virus yang semakin menular dalam kalangan remaja.Walaupun dia tidak berkawan dengan mana-mana lelaki,dia bersyukur sangat-sangat kerana tidak mempunyai masalah hati yang menyebabkan dia terlalai dengan dunia cinta,sedangkan rakan-rakan seusia dengannya sibuk mencari kenalan. Pada dia, biarlah dia berkenalan dengan ajnabi dengan cara yang betul melalui orang tengah pada masa yang akan tiba entah bila dia pon tidak tahu.Hanya mampu berserah dan berdoa pada Pemilik Cinta Yang Hakiki.
~♥ Percayalah..Tiba masanya nanti akan muncul orang yang 
istimewa yang betul-betul sayangkan kita...
 Jadi kita kena sabar.. Tak rugi tunggu orang yang ISTIMEWA itu... ♥~