Thursday, October 31, 2013

Alamak!!! Dah nak dekat dah..

October 31, 2013 2 Comments


Hai semua..Apa khabar? Minggu ni CHN dalam mood Study Week. So semua kelas dah habis sejak minggu lepas lagi.Tapi tu pun masih ada kelas lagi.Ada juga lecture yang sanggup buat kelas tambahan untuk anak-anak muridnya.Terutamanya lecture arab.Sanggup mereka melayan peragai anak-anak murid yang entah apa-apa lagi. Ada yang selalu ponteng kelas, datang kelas lewat, main handset masa lecture ajar, sembang and so on..Walaupun dalam kelas tu hanya ada 4 or 3 orang, lecture arab tetap akan mengajar anak-anak muridnya.

Okey ,berbalik pada topik. Minggu ni study week, maknanya hari ahad ni dah mula exam final bagi semua mahasiswa/ mahasiswi Kolej Universiti Insaniah termasuk CHN sekali. Hari ahad ni paper first pula tuh. Aduhh..Makin dekat, makin takut pula. Mana tak takutnya, paper first hari ahad ni subjek Asas Keusahwanan. Agak killer la juga soalan walaupun "Asas" saja.


Sebenarnya subjek ni CHN ambil masa semester 7, tapi di sebabkan semester 7 ada lagi subjek yang killer iaitu Pengajian Malaysia dan Method, tu yang CHN tambah asas keusahawan untuk semester ni.Nanti masa semester 7 ringan la sikit.Boleh fokus untuk sabjek lain yang lagi susah..hehe..

Lagi 2 hari lagi nak exam..Doakan CHN boleh jawab yer nanti..Sambil melawat blog CHN jom la join GA Minions CHN di sini (LINK GA MINIONS)..25 November 2013 baru tamat GA.










Friday, October 25, 2013

SENARAI BAKAL PEMENANG GIVEAWAY DESPICABLE ME, SI MINIONS COMEL BY CHN

October 25, 2013 3 Comments
 

TEKAN BANNER UNTUK JOIN 

MINIONS 1

MINIONS 2
20-http://justificationed.blogspot.com/2013/10/giveaway-despicable-me-si-minions-comel.html?zx=20c579fcaed06938 ***

MINIONS 3

MINIONS 4

MINIONS 5

MINIONS 6

MINIONS 7

MINIONS 8

MINIONS 9


TOTAL PESERTA : 91 BLOGGERS YANG SUPER SPORTING
SHUKRAN ^_^








Thursday, October 24, 2013

Senarai Hadiah Giveaway Despicable Me, Si Minions Comel By CHN

October 24, 2013 2 Comments
 
SENARAI HADIAH UNTUK GA DESPICABLE ME, SI MINIONS COMEL BY CHN..


Banner Giveaway..Nak join tekan Banner Minions di atas..

HP CASE MINIONS UNTUK 1 PEMENANG

KEYCHAIN 3D MINIONS UNTUK 5 PEMENANG

BUTTON BATCH MINIONS UNTUK 5 PEMENANG

NOTE BOOK WITH PEN UNTUK 2 PEMENANG

NOTE BOOK MINIONS UNTUK 1 PEMENANG

KERONGSANG CROCHET BY DIANA RASHID UNTUK 3 PEMENANG


HADIAH AKAN BERTAMBAH LAGI..INSYAALLAH.








Reivew Hadiah Dari Cik Yaya

October 24, 2013 1 Comments
 
Hai semua..Sobahulkhair , selamat pagi dan Good morning buat bloggers yang comel. Memandangkan hari ini hari jumaat + hari cuti, CHN terasa untuk mengupdate blog. Petang kelmarin selepas pergi hantar Assingment di Kolej , CHN balik rumah.Then sampai rumah dalam 5 minti macam tu, terdengar bunyi PIN...PIN... di luar rumah.CHN pun pergi la tengok.Rupa-rupanya Pak cik posmen hantar hadiah la.Hadiah dari blog Cik Yaya.Thanks yer Cik Yaya sebab sudi bagi hadiah..


Hadiah Buku Agama : 145 Keistimewaan Dzikir & Selawat 
With Button Batch Purple Cik Yaya








Saturday, October 19, 2013

Dia Sahabatku..

October 19, 2013 4 Comments
 
Hai semua?Apa khabar? Harap sihat-sihat la yer.Malam ni tangan terasa ligat untuk menaip entry baru selepas membaca entry blog Sahabat Till Jannah CHN iaitu Diana Rashid di blog Assignmentnya (LIFE IS COLORS).Terharu sangat baca bila sahabat yang kita sayang, rindu, sentiasa ada tika kita susah dan senang, yang senantiasa memberi semangat dan nasihat untuk kita melangkah dengan lebih jauh lagi tulis dan bercerita tentang kita.Terasa diri ini disayangi dan dihargai gitu..(hehe) Ini merupakah entry ke-2 yang Diana tulis tentang CHN.Entry  pertama yang Diana tulis tentang CHN di blognya sendiri iaitu AJAIBNYA CINTA DIANA

'' selemah-lemah manusia ialah org yang tidak boleh mencari sahabat , 
dan org yang lebih lemah drpd itu ialah org yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari ''
 - Saiyidina Ali
Diana dan CHN memang tersangat rapat bagaikan isi dengan kuku.Tidak boleh dipisahkan melainkan maut sahaja.Kami mula berkawan sejak di bangku Maahad lagi sehingga sekarang.Persahabatan kami sudah 9 tahun terjalin. Walaupun sekarang masing-masing sibuk mengejar cita di tempat yang berlainan, tetapi kami still bersama.Setiap minggu kami pasti akan menghubungi antara satu sama lain.Mesti ada ja cerita yang kami ingin kongsi bersama.Hobi dan minat kami sama ja.Membaca novel,tengok cerita korea dan minat pada handmade kraft dan lain-lain.


"Dia blogger CHN pun blogger..
Dia minat Novel dan kraft CHN pun minat sama..
Dia di Sintok CHN di Alor Setar...
Dia Rindu CHN, CHN pun Rindu juga..
Dia dan CHN Sahabat Selamanya.."

Good friends are friends that bring you to Allah SWT light (:
'' Good friends are like stars , you don't always see them , but you know they're always there ''








Friday, October 18, 2013

Monday, October 14, 2013

Friday, October 11, 2013

Setelah Sekian Lama...

October 11, 2013 1 Comments



Hai semua.Alhamdulillah, setelah sekian lama CHN tak update blog, akhirnya malam ini dapat juga CHN menaip entry yang baru.Sebelum CHN merapu dengan macam-macam cerita, CHN nak minta maaf buat pembaca blog CHN sebab lama menghilangkan diri.

Sebenarnya CHN buka suka-suka tak update blog..tapi di sebabkan kekangan masa yang terlampau padat, CHN terpaksa melupakan hasrat untuk mengupdate blog dan join mana-mana GA or segmen.Klik iklan 8share dan Chrup2 pun CHN terpaksa berhenti seketika.Last update blog pun pada 22 ogos 2013..Nahhaiii!!! agak lama nya..ish2!!! teruk kan CHN nih..

Semester ni CHN agak sibuk sikit dengan kuliah dan persatuan.Macam-macam program nak kena menghadap ni..Tambah pula sem ni CHN tambah jam kredit bagi banyak sikit.Tu yang makin bertambah sibuk pula..Exam final pun makin dekat dah.Tak sampai sebulan ja tinggal.Tasmik quran, Shafawi dan assingment apa semua lepas raya ni perlu selesaikan.Doakan pengajian CHN yer supaya di permudahkan.Chn juga menDOAkan perjalanan dan pengajian bloggers semua.

Psstt!!! Walaupun sibuk CHN tetap akan luangkan masa juga untuk menghadap blog..heehee