Sunday, July 31, 2011

~RENUNGAN RAMADHAN 1~

July 31, 2011 0 Comments
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan
usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :
“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan
Ramadhan.”
Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih,
salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah
memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan
mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan
bermaksud:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya
Ramadhan.
Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa
yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya
yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya
kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.
Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa
tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas
terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah
dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.
Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kita
menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang
mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan
lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?

Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:
“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi”.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin
keberkatan di bulan Ramadhan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk
rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba
memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini
kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.


waallahualam...


Friday, July 29, 2011

~Ramadhan Datang Lagi~

July 29, 2011 0 Comments
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni sudah 28 syaaban dah.Tinggal lagi 1 hari saja lagi umat islam di atas muka bumi ini termasuk aku akan menunaikan rukun islam yang ke-4 iaitu kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.Bulan ramadhan ini lah merupakan bulan yang membawa 1000 satu rahmat buat umat islam.Dan merupakan bulan yang memberi peluang kepada umat islam untuk beribadat & melakukan kebaikkan dengan ikhlas.Kepada Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan yang berlipat ganda.Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah.Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Marilah kita sama-sama mengambil keberkatan  bulan Ramadhan ini agar kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. 

Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam...

*Semoga ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan buat diriku dan semua umat islam di muka bumi ALLAH.Dan kepada diriku serta rakan2 blogger ku sekalian, "Selamat Menyambut Ramadhan" dan ambillah peluang ini sebaik-baiknya untuk menghambakan diri kepada-Nya  melakukan ibadat dan kebaikkan.



NazieQa

Wednesday, July 27, 2011

~We Are Special~

July 27, 2011 0 Comments
Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia, “We are special!“.





Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.
“Aku bodoh, mereka pandai…aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat”
   Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa we are special adalah jalan menuju syukur. 


Firman Allah:

 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin:4)
   
Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya. Firman Allah:


 Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (At-Tiin:5)
   
Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah. 
Firman-Nya:


 Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran:139)

Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa“we are special!“.

Thursday, July 21, 2011

Begitulah kehendak-Nya...

July 21, 2011 0 Comments


Aku hanya merancang,
Allah jua menentukan,
kupasrah pada ujian,
Biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan,
Untuk kufikirkan,
Biar segentir mana ujian melanda,
Baik berjaya atau kecewa,
Baik suka atau terluka,
Ku terima dengan hati yang terbuka,
Kerana memang,
BEGITU KEHENDAK-NYA
Kuyakini, itulah yang terbaik dari-Nya,
Buatku, seorang hamba,
Hanya Dia,
Mengetahui semuanya.






NazieQa

Wednesday, July 20, 2011

July 20, 2011 0 Comments
Assalamualaikum...
Alhamdullih kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi allah..Sekarang, hidup aku semakin hari semakin sibuk dengan kehidupan sebagai seorang budak U. Kehidupan sebagai pelajar U sungguh mencabar bagi aku. Mana tak nya sentiasa sibuk dengan kuliah-kuliah dan aktiviti kokurikulum.Itu belum masuk dengan aktiviti berpersatuan lagi. Bagi aku, walau sesibuk macam mana pun aku mesti memberi tumpuan kepada pelajaran kerana disitulah terletaknya masa depan yang cerah bagi aku...Kerana tiada sesiapa yang bisa membuatkan diri aku berjaya melainkan diri aku sendiri...




NazieQa

Friday, July 15, 2011

Kelebihan Bulan Syaaban

July 15, 2011 0 Comments
Sekarang sudah bulan Syaaban.Tidak lama lagi Bulan Ramadhan akan menyusul.Oleh itu, Saya ingin berkongsi beberapa kelebihan bulan Syaaban. Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
  6.  Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…
NISFU SYAABAN
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Ahad
malam sabtu ( sebaik saja masuk maghrib), 17/7/2011 (selepas
magrib pada hari 14 Sya'aban 1432H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya
berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik
sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada
Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik... .
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya(sabtu)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL
IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK
BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA AHAD 17/7/2011 INI KERANA
KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA
TAHUN HADAPAN... 


Wallahua'alam



Wednesday, July 13, 2011

Keindahan Wanita

July 13, 2011 0 Comments
                                                                        
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya
cukup kuat untuk menopang dunia. Namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia
perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana
itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."





Monday, July 11, 2011

Keriangan terpancar...

July 11, 2011 0 Comments
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hanya ungkapan ini sahaja yang mampu aku luahkan setelah seharian dibelenggu ketakutan dan kekecewaan.Seharian menunggu jawapan dan keputusan peperiksaan APT KUIN membuatkan diri ini tidak tenang.Pagi-pagi lagi aku bersama seorang sahabat, NUR SYAZWANNA menjejakkan kaki ke KULLIYYAH BAHASA ARAB.
Bagaikan tidak percaya diri ini apabila melihat keputusan peperiksaan hari ini bahawa aku layak untuk meneruskan perjuangan aku untuk mencari ilmu..Apabila melihat sahaja keputusan yang baru diperbaharui aku rasa ingin melonjak keriangan dan rasa ingin menjerit..Yahoo!!!!!!Aku berjaya..Terima kasih YA ALLAH, kerana memberi peluang untuk aku menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan lebih mendalam lagi.Aku juga bersyukur kerana aku tidak menghampakan harapan mak dan ayah.








NazieQa

Wednesday, July 06, 2011

Menyulam Tautan Hati...

July 06, 2011 0 Comments
Assalamualaikum...
Hari ini aku nak kongsi satu puisi yang aku ambil dari sebuah novel yang membuatkan jiwa aku begitu tersentuh dan ingin terus membacanya tanpa henti...
Novel ini betul-betul membuatkan aku merasai betapa kerdil dan jahilnya hidup ini tambah2 diri ini telah diselaputi dengan dosa2.Novel ini merupakan novel yang paling bagus yang pernah aku membacanya.Tautan Hati.Karya penulis terkenal pemilik cintaku iaitu Kakak Fatimah Syarha Mohd Nordin.

Terima kasih aku ucapkan buat penulis ini kerana berjaya menghasilkan sebuah novel yang  membuatkan pembacanya merasai erti kehidupan dan cinta yang sebenar.Terima kasih juga aku ucapkan buat Sahabat baikku iaitu Nurul Hasanah kerana telah memberi aku meminjamnya...Tautan Hatimu banyak memberi aku kesedaran.


Tidak mahu kuakui tewas,
biar menggunung badai menghempas,
tidak mahu ku terus menangis,
lantaran pujukan-Mu cukup manis,
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman"
(ALI IMRAN:139)


Bertemu cinta dalam halaqoh,
hidup lebih indah terarah,
Menyulam tautan hati kerana ALLAH,
terperilah ikatan akidah.




NazieQa



Design Blog My kembaQ...

July 06, 2011 0 Comments
Assalamualaikum...
Hai..Apa khabar semua..harap semua dalam keadaan sihat sejahtera..
Semalam, aku dirisik oleh seseorang iaitu kembar tak seiras aku (Nurul Amira Bt Ruzaib) a.k.a Mira Ruhami untuk buat blog & design sekali untuk dia.Aku terima risikannya.
             Alhamdulillah, semalam mula pukul 12.00 tengah malam aku perahkan otak memikirkan design seperti yang kembarku mahukan.Dia nak warna pink..Da cartoon sakura & muslimah.So..pikir punya pikir.dalam pukul 12.30 tgh mlm lepas ja letak background blog dia, dah dapat dah idea macam mana  nak hias blog dia cantik2.
             Hari ini lepas ja siap buat kerja rumah, pukul 10.00 pagi aku mula design blog dia sampai pkul 3.30 petang.Design ni ja yang mampu aku buat untuk dia.Harap2 dia suka dengan blog yang aku designkan..Dari pagi sampai petang asyik mengadap laptop ja..sampai mak bising2 apa la yang anak dara dia buat kat bilik sampai tak keluar2..hihi..Sory la mak..Hari ini aku asyik terperap ja dalam bilik..Insyaallah lain kali aku tak buat dah..hihi..Ni la LINK blog yang aku designkan....Sudi2 lah melawat  blog kembarku yang tidak seiras ini..n jangan lupa follow.

Ni lah Banner yang aku design untuk Blog kembarku...





NazieQa

Monday, July 04, 2011

Hanya Kerana Dia

July 04, 2011 0 Comments


Hadirnya aku hanya kerana Dia,
Bernafasnya aku hanya kerana izinNya
Mata ini salah satu bukti wujudnya Dia
Bibir ini ku kumat-kamitkan untuk menyebut khalimahNya
Tubuhku ini anugerah terindah dari Dia
Hanya kerana Dia,
Aku bisa menikmati keindahan dunia
Hanya kerana Dia,
Perjalanan sejauh ini tertempa
Hanya kerana Dia,
Aku terlalu redha dengan semuanya
Dan hanya kerana Dia,
Aku sanggup kehilangan segalanya tetapi aku tidak pula sanggup kehilangan cinta dari Nya kerana hanya cinta dari Nya yang aku dambakan.
Aku bersujud hanya kerana Dia,
Aku berdoa hanya kerana Dia,
Ibadatku juga hanyalah kerana Dia,
Semuanya hanya kerana Dia,
Kerana Dia adalah kekasihku, sahabatku dan Tuhanku..