Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Setelah Sekian Lama..akhirnya..

June 11, 2014 0 Comments
 
Hai semua..Lama kan blog ni sunyi tanpa sebarang cerita @ update apa-apa.Maaf ler sebab Chn selalu sahaja sibuk dan tidak sempat nak menaip.Sekarang Chn sedang cuti semester selama 2 bulan..1 bulan Chn terbang ke Kuala Lumpur.Jadi orang KeyyEll sekejap.Lepas ja exam final semester habis pada 2 Mei 2014, malam tu terus Chn naik bas dengan kawan-kawan untuk ke Kuala Lumpur demi untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Memang Chn dah lama dah teringin nak pi.akhirnya tercapai juga.

Ni la 2 orang kawan Chn yg ikut pergi PBAKL 2014..
Diorang ni dah pangkat kakak dh..
With kak Hasanah..orang vietnam..
with kak basyirah..
Hasil Chn membeli belah...

Then, selepas pergi Pesta Buku, Chn pergi rumah sepupu Chn di Damansara Damai.Sepupu Chn call minta Chn ajar anak-anak dia subjek bahasa arab & agama. Kira macam buat tuisyen la untuk anak-anak dia.Sepupu Chn ni Chn dah anggap macam kakak Chn ja disebabkan Chn anak sulung dan tak ada kakak.Jadi kami ni rapat la.Sejak Chn kecil lagi, memang sepupu Chn ni selalu beli macam-macam barang dekat Chn n adik-adik.Sampaikan masa sepupu Chn belajar dekat Uitm. Shah Alam dulu pun, dia siap bawa gambar Chn letak dekat asrama.Sehinggakan ada kawan sepupu tanya, sepupu Chn cakap ni "ni anak makcik, bukan adik"..nampak tak betapa sayangnya sepupu Chn, dekat Chn.Terharu kot bila tau cerita ni.
Chn menetap di rumah sepupu sebulan.

Di Apartment Sepupu Chn, Armanee Condo, Damansara Damai.

Pemandangan Di Waktu Malam

Ada Swimming pool..kawasan di cantik..
Pemandangan waktu petang..
No caption..
Lepas sebulan Chn balik ke kedah.Lepas ja balik ke kedah, Chn pi kem.Jadi Fasilitator dekat Kem Nisa; Genius, di kem D'Fityan.Best sangat kem tu..semua peserta perempuan ja.macam-macam yang Chn belajar masa di kem tu.Selalunya kan Chn ni handle program ja, jadi fasilitator kurang la.Tapi saja la nak isi masa cuti tu dengan perkara yang berfaedah, tu yang Chn join tu.

Lepas dari program tu, Chn stay ja kat rumah tolong-tolong mak menjahit dan sebagainya.Cuti sem masih lagi berbaki  24 hari..Result exam masih lagi dalam proses.Tak sabar nak tengok tapi dalam masa yang sama takut.Buka ja semester ni, Chn dah semester 7 dah.Masih ada lagi 1 semester untuk tamat pengajian.Rasa sekejap saja masa berlalu.Macam kelmarin ja baru masuk Kuin.Dan semester baru ni juga, adakah Chn akan bertambah sibuk??? huhu..jawapannya memang "YA"..nak tahu kenapa Chn bertambah sibuk, nanti Chn story morry lagi ya.

okey, penat dah taip.Maaf la ayat macam-macam.Chn tak pandai bercerita sangat..

 Kem Nisa' Genius, Kem D'Fityan..

Jungle Tracking...Menikmati pandangan Alam..

Nasib kami, jungle tracking selepas hujan..
seluar, baju, kasut penuh dengan selut..
tapi best sangat..
time ni ada peserta sakit, so kami terpasksa tarik di bawak naik atas bukit..

setelah 2 jam merentasi hutan, akhirnya kami terjumpa ni untuk rehat seketika..
Subbhanallah..cantiknya..

ni kawasan air terjun, bersebelahan dengan dewan terbuka..

ni juga..kawasan dia bersih dan terpelihara sangat..

ni modul masterchef junior..Karipap2 Ukhuwah kumpulan Chn..
Alhamdulillah, tak sangka menang dan menambat hati juri..

Hari terakhir mandi-manda..
Ustazah Azlina, Kuin mengajar diorang cara-cara untuk berenang..










Sunday, November 24, 2013

Yeay dah habis exam..

November 24, 2013 1 Comments
 
Hai semua..Malam ni Chn nak update pasal cerita dua hari lepas..agak terlewat sikit nak story mory ni sebab kesihatan kurang okey di sebabkan deman..Hari jumaat lalu, pukul 9 pagi Chn ada last paper for final exam this semester..Madah Al-Nahu..Alhamdulillah soalan tak berapa susah..Insyaallah boleh dapat banyak kot..he3..Carry mark madah nahu pun alhamdulillah.Lecture arab bagi banyak juga..Tanya kawan-kawan, semua cakap diorang dapat sikit je..Padahal Chn tak pandai nahu sangat.Antara subjek yang Chn ambil, madah nahu la yang Chn dapat sikit & rendah..Tapi still lulus..he3..

Okey berbalik dari cerita tadi..Hari jumaat lalu, lepas ja habis exam pukul 11.00, Chn  teringin nak makan pizza.Padahal hari isnin dah makan pizza hut yang sepupu Chn belanja..So, kawan Chn, Wana pun ajak gi makan Dominos Pizza.Lama dah tak makan dominos pizza.So, Chn setuju sebab ketagih makan pizza.Sampai ja dekat kaunter pizza, terus Chn order Chicken Pepperoni dan kawan Chn order Aloha Chicken..Kita orang makan sampai licin pizza tu..Punya la lapar pizza punya pasal..

Jom tengok gambar Chn makan pizza..

2 kotak pizza with 1 botol Revive

Aloha Chicken with Pineapple

Chicken Pepperoni

Sahabat Baik CHN sejak dari umur 5 tahun lagi..~Wan~

Jemput Makan korang..
Abaikan gambar ni..sekadar perhiasan..he3

Okey lah, setakat itu sahaja story mory Chn..Yeay..sekarang Chn dah mula cuti semester..
Masa cuti ni, akan digunakan dengan sebaik-baiknya..

P/s : Demam-demam macam ni kuatkan diri juga untuk menyiapkan tempahan edit blog..Jom tengok blog blue with light pink ni..>CLICK HERE<








Friday, November 22, 2013

Dapat Hadiah Dari My STJ

November 22, 2013 4 Comments
 
Hai semua. Okey malam ni terasa nak taip entry baru.So, cepat-cepat Chn buka Cik Lappy and then terus buka blog..First sekali Chn tengok peserta yang join GA Chn.Alhamdulillah..ada juga blogger yang sudi join walaupun hadiah yanh Chn nak kasi ni tak seberapa.Terima kasih yer korang sebab sudi memeriahkan lagi GA Chn. Okey stop pasal tu. Topik malam ni bukan pasal Ga okeys..

Pada tarikh 18/11/2013, Chn jumpa My Stj Chn dekat rumah mak lang Chn.Kebetulan rumah mak lang berdekatan dengan UUM and ada buat kenduri aqiqah & berkhatan anak-anak saudara Chn. So Chn pun jemput la sekali My Stj, iaitu Diana Rashid. Alhamdulillah, diana datang kenduri with her geng at Uum. Diana cakap kawan-kawannya teringin nak makan nasi kenduri.So, dia pun decide nak datang dengan diorang. Diorang la yang turut menghabiskan lauk-pauk kenduri.

Anak -anak saudara yang kena berkhatan

lauk-pauk masa kenduri..Kenduri besar 1 ekor lembu..
Masa nak balik dari kenduri tu, diana bagi bungkusan dekat Chn.Tapi sayang Chn tak sempat nak snap gambar sebab adik-adik sibuk buka kotak tu sebab nak tengok isi dalam tu.Alhamdulillah diana bagi Chn beg yang menjadi kegilaan kawan-kawan kuliah Chn untuk beli. Kawan-kawan Chn suka guna beg ni untuk ke kelas.Ada gambar hello kitty warna biru lagi. Suka-suka..Adik-adik siap cakap lagi "kalau k.long tak mau guna meh kami tolong gunakan"..Hehe..

 Hadiah yang diana bagi dekat Chn

Chn juga tak lupa juga untuk beri hadiah dekat diana.Hadiah Chn biasa-biasa ja sebab dah lama beli dan simpan..Nasib x berkulat hadiah tu..Lepas je kenduri hari tu, keesokkan hari Chn dapat msj dari diana yang dia suka sangat hadiah tu.siap post di fb lagi..hehe..

Hadiah yang Chn bagi dekat Diana
Blouse with Mp3 pink..
okey la setakat ni saja yang Chn nak merapu..Nanti Chn update lagi yer..See again..








Thursday, October 31, 2013

Alamak!!! Dah nak dekat dah..

October 31, 2013 2 Comments


Hai semua..Apa khabar? Minggu ni CHN dalam mood Study Week. So semua kelas dah habis sejak minggu lepas lagi.Tapi tu pun masih ada kelas lagi.Ada juga lecture yang sanggup buat kelas tambahan untuk anak-anak muridnya.Terutamanya lecture arab.Sanggup mereka melayan peragai anak-anak murid yang entah apa-apa lagi. Ada yang selalu ponteng kelas, datang kelas lewat, main handset masa lecture ajar, sembang and so on..Walaupun dalam kelas tu hanya ada 4 or 3 orang, lecture arab tetap akan mengajar anak-anak muridnya.

Okey ,berbalik pada topik. Minggu ni study week, maknanya hari ahad ni dah mula exam final bagi semua mahasiswa/ mahasiswi Kolej Universiti Insaniah termasuk CHN sekali. Hari ahad ni paper first pula tuh. Aduhh..Makin dekat, makin takut pula. Mana tak takutnya, paper first hari ahad ni subjek Asas Keusahwanan. Agak killer la juga soalan walaupun "Asas" saja.


Sebenarnya subjek ni CHN ambil masa semester 7, tapi di sebabkan semester 7 ada lagi subjek yang killer iaitu Pengajian Malaysia dan Method, tu yang CHN tambah asas keusahawan untuk semester ni.Nanti masa semester 7 ringan la sikit.Boleh fokus untuk sabjek lain yang lagi susah..hehe..

Lagi 2 hari lagi nak exam..Doakan CHN boleh jawab yer nanti..Sambil melawat blog CHN jom la join GA Minions CHN di sini (LINK GA MINIONS)..25 November 2013 baru tamat GA.










Saturday, October 19, 2013

Dia Sahabatku..

October 19, 2013 3 Comments
 
Hai semua?Apa khabar? Harap sihat-sihat la yer.Malam ni tangan terasa ligat untuk menaip entry baru selepas membaca entry blog Sahabat Till Jannah CHN iaitu Diana Rashid di blog Assignmentnya (LIFE IS COLORS).Terharu sangat baca bila sahabat yang kita sayang, rindu, sentiasa ada tika kita susah dan senang, yang senantiasa memberi semangat dan nasihat untuk kita melangkah dengan lebih jauh lagi tulis dan bercerita tentang kita.Terasa diri ini disayangi dan dihargai gitu..(hehe) Ini merupakah entry ke-2 yang Diana tulis tentang CHN.Entry  pertama yang Diana tulis tentang CHN di blognya sendiri iaitu AJAIBNYA CINTA DIANA

'' selemah-lemah manusia ialah org yang tidak boleh mencari sahabat , 
dan org yang lebih lemah drpd itu ialah org yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari ''
 - Saiyidina Ali
Diana dan CHN memang tersangat rapat bagaikan isi dengan kuku.Tidak boleh dipisahkan melainkan maut sahaja.Kami mula berkawan sejak di bangku Maahad lagi sehingga sekarang.Persahabatan kami sudah 9 tahun terjalin. Walaupun sekarang masing-masing sibuk mengejar cita di tempat yang berlainan, tetapi kami still bersama.Setiap minggu kami pasti akan menghubungi antara satu sama lain.Mesti ada ja cerita yang kami ingin kongsi bersama.Hobi dan minat kami sama ja.Membaca novel,tengok cerita korea dan minat pada handmade kraft dan lain-lain.


"Dia blogger CHN pun blogger..
Dia minat Novel dan kraft CHN pun minat sama..
Dia di Sintok CHN di Alor Setar...
Dia Rindu CHN, CHN pun Rindu juga..
Dia dan CHN Sahabat Selamanya.."

Good friends are friends that bring you to Allah SWT light (:
'' Good friends are like stars , you don't always see them , but you know they're always there ''








Friday, July 19, 2013

Amanah Yang Dititipkan

July 19, 2013 1 Comments
 

Hai semua?Apa khabar?Harap semuanya molek-molek le noh.Malam ni CHN terasa rindu untuk menatap blog dan menulis entry baru.Agak lama CHN mendiamkan diri dari menulis entry baru.Kalau ada pun mesti entry segmen or GA.CHN minta maaf kerana sudah lama mendiamkan diri.Bukan CHN saja-saja nak melupakan dunia blog ni tapi ada tanggungjawab lain yang CHN perlu lakukan.

Sebulan cuti sem, banyak benda yang CHN lakukan.CHN join program jadi Fasilitator untuk adik-adik sekolah dan bekerja mengajar budak-budak mengaji qiiraati dan Al-Quran malam-malam.Sebulan dengan perkara-perkara yang bermanfaat, akhirnya cuti sem dah habis.Sekarang ni dah seminggu pengajian CHN mula.Hari ahad ni dah mula masuk kuliah macam biasa.

Amanah
~Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..~
Buka-buka sem ja, CHN dah dapat 1 amanah yang perlu CHN jalankan.CHN dipilih untuk menjadi sebahagian daripada adhoc program Ehya' Ramadhan Kolej Universiti Insaniah dalam unit tajaan.Program ni bermula 16 Julai sehingga 29 julai.Semua tentatif program berkaitan dengan bulan ramadhan.Dan sepanjang bulan ramadhan ni CHN agak sibuk dengan program di kolej.Harap-harap dipermudahkan segala urusan.


Kertas kerja, surat menyurat dan resit semua perlu settle kan..

Tanggungjawab yang perlu CHN pikul kali ini ada lain dari yang lain.Selalunya unit teknikal, unit persiapan tempat, unit protokol dan lain-lain.Tetapi kali ni CHN perlu bersemuka dengan orang yang berpangkat dan orang ramai.Agak susah juga la sebab unit tajaan ni kena cari tajaan @ sumbangan ikhlas orang ramai.Pastu kena kuatkan semangat dan cekalkan diri mendengar apa-apa yang tidak elok keluar dari mulut orang..He3...faham-faham je la..Okey la setakat ini sahaja yang mampu CHN coretkan.Jumpa lgi di lain waktu.Selamat bermujahadah di bulan puasa ini.

p/s: Psssssttt!!! terasa nak buat kad raya la..Tapi sempat kah?
Macam best jer tengok blogger-blogger lain buat kad raya dan main tukar-tukar...










Saturday, July 06, 2013

Tensionnya..

July 06, 2013 0 Comments


Hai semua.Tension..itulah perkara pertama yang terkeluar dari mulut CHN.Sebab apa CHN tension??
Oh ya...Minggu ni blog CHN membuatkan CHN tension untuk menghadap.Bila buka untuk preview blog ja terus naik "Page not found".Kadang buka okey, dan kadang buka tak boleh.Apa dah jadi dengan blog CHN ni?Ada sapa-sapa boleh bagi tau tak kenapa jadi macam nih.










Sunday, June 30, 2013

Kena Handle Program

June 30, 2013 0 Comments
 
Hai semua.Apa khabar?Harap-harap semuannya sihat ye la.Pertama sekali CHN ingin meminta maaf kepada pengunjung yang melawat blog CHN, kerana lama CHN tak update entry baru.Bukan CHN saja-saja tak nak update entry baru, tapi CHN agak sibuk dengan program.Program apa yer CHN sibuk??Jeng...jeng..jeng...Minggu lepas CHN sibuk dengan program untuk anak-anak murid CHN.CHN dan kawan-kawan yang mengajar di beri tugas oleh pengetua tempat CHN kerja untuk buat Kem Smart Solat.Last minit kami di beri tugas.3 hari sebelum program kami bertungkus-lumus menyiapkan modul sendiri.Dan selama 3 hari itulah CHN balik rumah pada pukul 1 pagi.

Alhamdulillah, semua modul siap tepat pada waktunya.Seramai 45 orang murid buat permulaan kem dan kem ni kami tidak mengambil duit.Semuanya free of charge.Semua penginapan,makanan dan cerderahati semuannya di tanggung oleh pihak pengurusan.Perjalanan kem tersebut pun berjalan dengan lancar.Dan pihak pengurusan juga amat berpuas hati dengan apa yang kami buat.Dan mereka meminta lagi kami buat kem untuk murid-murid selepas raya.Insyaallah jika berkelapangan lagi, CHN dan kawan-kawan akan buat lagi kem tersebut.

Anak murid lelaki...

Anak murid perempuan

Masa untuk mengisi perut...

Akmaluddin, amirul yang sedang kelaparn..

Makanan semasa "supper"..First time ikut program yang makanan mewah..
Syukur diatas pemberianmu Ya Allah..

Khusyuk menonton video...

Itulah serba sedikit yang mampu CHN kongiskan..Jumpa lagi di entry yang lain..daa..