Thursday, January 19, 2012

January 19, 2012 0 Comments

Salam persahabatan semua...wahh, sudah lama saya tidak jenguk blog Cahaya Hati Nazieqa ini..Sudah lapuk dimakan anai-anai akibat terlalu lama tidak menulis entri-entri baru..Berbangga dengan kehidupan sekarang yang sedikit perubahan diri yang telah terlaksana.Alhamdullillah diucapakan dengan penuh rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada-NYa yang MAHA BERKUASA kerana memberi kenikmatan kepada Hambanya..Kehidupan di kampus belajar sedikit sebanyak membuatkan saya lebih menghargai erti Masa & Waktu..masa dan waktu berjalan seperti air sungai yang tenang dan sesekali membuatkan saya tidak sedar betapa singkatnya masa & waktu dalam seharian sehinggakan tidak dapat membezakan masa cuti dan pengajian..Semuanya terasa sama sahaja..bagi saya, Masa & waktu diibaratkan teman karib kita yang berada dekat dengan kehidupan kita dan sering memcemburui pabila kita tidak menghargainya..
Oleh itu, Hargailah masa Anda sekalian!!!! ~SmiLey AlwaYs~

Thursday, January 05, 2012

January 05, 2012 0 Comments



~Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita...~

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorang pun yang memahami perasaan dalam hati kita.
Tetapi hanya DIA sahaja yang mengetahui apa yang dirasakan kita.

Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah redha. Cukup senang formulanya, tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

*Note....:- 
Fitrah seorang remaja sukar untuk di nyahkan.
setiap insan tidak dapat menolak satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan dan diungkapakn.
jiwa remaja sering kali menghasut untuk melayani perasaan ini 
tetapi hati sukar untuk melayani semua itu kerana di dalam hati ada perasaan halus yang membisikkan kalimah S.A.B.A.R yakni sabar menanti kebahagiaan yang halal...


January 05, 2012 0 Comments

Kebahagiaan  datang hanya sesaat, tetapi mengapa penderitaan datang itu dirasakan sangat lama dan berterusan hadir dalam setiap saat hidup kita?

Sebenarnya dalam pedihan ada pengalaman berharga. Dalam kepahitan ada kesembuhan yang menguatkan. Dalam kekacauan sekali pun ada ketabahan dan usaha untuk keluar dari semua masalah itu.

Kehidupan ini adalah seperti satu pakej sebenarnya.

Bahagia dan menderita itu saling membelakangi, seperti dua sisi duit syiling. Bila kebahagiaan datang, penderitaan ada pada sisi sebelah lagi yang tertutup. Tetapi pada saat penderitaan itu datang, bahagia juga berada di sisi sebelah lagi yang tertutup.“Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan” (QS. Al-Insyirah : 6), hanya orang yang bijaksana akan dapat melihat sisi syiling itu dari  sudut syiling itu berdiri, dapat melihat keduanya.

Lupakan penderitaan, berjuanglah untuk mengubah keadaan dengan sepenuh tenaga untuk “membalikkan” keadaan. Mereka yang memiliki sense of humor dapat melihat sesuatu dari sudut  yang indah. Menjadikan kesedihan menjadi gelak tawa. Membuat air mata kepedihan menjadi air mata bahagia.

Tiada harapan yang bersinar lebih terang di kala kegelapan, melainkan harapan yang dipancarkan oleh keimanan kita kepada Allah SWT. Keimanan kita. Ya, itulah dia harapan yang akan menyuluh jalan keluar di kala kelemahan dan derita. Mahukan kebahagiaan, maka marilah pada Tuan Punya Kebahagian, iaitu Allah.

Maka yang penting adalah doa, keimanan yang mantap, berusaha dan jangan putus asa dalam mencari kebahagiaan!
Ujian adalah lumrah.Tetapi jangan berputus asa. Usaha dan usaha lagi.

Yakin kepada Allah SWT. Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya. Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa. Rahmat Allah sudah sangat luas. Justeru di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya?
Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa hakikatnya.