Wednesday, June 29, 2011

Mentaati kedua Ibu Bapa.

June 29, 2011 0 Comments
Assalamualaikum..
Hari ini aku ingin bercerita tentang Hadis Sabda Rasulullah tentang Mentaati Ibu Bapa..
Setiap orang mesti mempunya ibu bapakan.Tidak kan macam seseorang itu dilahirkan di dunia ini termasuk aku..


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

Huraian:
  • Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
  • Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
  • Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
  • Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
  • Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
Erm..Itulah serba sedikit Huraian aku tentang Hadis Rasulullah S.A.W...

Ini lah Kedua Ibu bapaku yG menjaga aku sehinnga sekarang...

P/s: Hormatilah dan sayangilah kedua ibubapamu selagi hayat mereka masih hidup..




NazieQa

Thursday, June 23, 2011

~kehidupan baru~

June 23, 2011 0 Comments
...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
...بسم الله الرحم الرحيم
...كيف حالك كل شيء؟صحة؟نأمل جاميعا في صحة وعافية أيضا

Hai buat semua pembaca blog cahaya hati nazieqa..
sudah lama tidak membuka blog ni.Alhamdullillah..sekarang Masih diberi kesempatan lagi untuk membukanya..
Baru hari ini aku betul-betul ada masa untuk mengupdate blog yang telah lama usang dan dipenuhi dengan sarang labah-labah yang hanya fantasi semata-mata..hu3..

         Kehidupan aku sekarang secara automatik sudah berubah menjadi seorang mahasiswi.sudah 3 minggu aku menjadi budak u.Alangkah gembiranya hidup ini apabila menjadi seorang budak U.Keadaan di sekeliling pun berubah..Tiada lagi suasana apabila berada di sekolah.Tiada lagi pakaian seragam sekolah yang berwarna putih dan tiada lagi cikgu-cikgu yang sentiasa mengambil berat akan anak muridnya.Tetiba perasaan rindu dan ingatanku kepada sekolah bermain di fikiran.Kehidupan u berbeza sangat dengan kehidupan di sekolah.Kehidupan disekolah penuh dengan kenangan-kenangan yang tidak pernah  sesekali terlintas di fikiranku untuk melupakankannya.Dan kehidupan u merupakan kehidupan yang penuh dengan liku-liku ranjau kehidupan onak dan duri yang terpaksa aku merentasinya untuk membina masa depan yang lebih cerah.
      Semoga apa yang aku lalui ini akan menjadi kenangan yang bermakna dalam hidup.
     
~Signboard besar kuin~

Wiz My Best Frenz...Wana & Atin

Wiz my KemBaq~Mira~

Wiz My group & akak Fc..(k.Alia Yg cute)