Tuesday, September 27, 2011

September 27, 2011 0 Comments


Semanis manapun janji yang pernah dilafaz, ingatlah kita masih terikat pada ketetapan Allah. 

Seindah manapun bayangan hari depan yang diimpikan, ingatlah kita tetap menerima keputusan dari Allah.Dari Nya ianya datang... KepadaNya kita harus redha, pasrah dan berserah...
InsyaAllah...Semoga Ada Sinaran Kebahagiaan..

Friday, September 23, 2011

~Exam+Exsiment~

September 23, 2011 0 Comments
Assalamualaikum...
Gambar Hiasan~Tempatku Study~

Hari ini baru tergerak hati nak menulis..Hemm...minggu ni aku kalut sangat-sangat.Mana tak nya hari ahad ni (25/9/2011) aku ada 2 exam pada hari yang sama.Exam Nahu & Arudh..Mananya dengan exsiment lagi tak siap...Tasmiq al-quran lagi..Speech B.I lagi..aduhh....banyak betul kerja yang tak siap lagi ni...ni pun ada lagi exsiment yang dok menunggu..Bangun ja pagi, celik-celik mata mesti ingat semua benda-benda ni..Sampaikan boleh masuk dalam mimpi..Hemm...apa boleh aku buat.Nama pun pelajar.mesti lah sentiasa sibuk..So..apa yang penting sekali buatlah yang terbaik untuk masa depan.Jangan menyesal di kemudiaan hari.Belajar betul-betul...Jangan main-main.."Bersusah-susah dahulu, Bersenang lenang kemudiaan"....Don't Give Up!!! Go2 Chaiyok!!!






Wednesday, September 21, 2011

SUKARNYA MELUPAKAN....

September 21, 2011 0 Comments
Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
….sukarnya melupakan
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai

Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan  semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa...

terasa berat untukku mengharungi semua ini..
Walau di awalnya terasa susah sungguh!!!

Sunday, September 18, 2011

Awak..Biarkan saja.....

September 18, 2011 0 Comments

~Hari Ini diri ini ingin berkongsi 1 puisi yang membuatkan diri terkenang akan sesuatu pabila terbacanya...Kisah dari buku yang lama yang tidak ingin diri ini membuka nya kembali kerana diri ini tidak mengharapkan perkara ini berlaku..tetapi apa kan daya..Kuasa Allah..perkara yang tidak ingin terjadi itulah yang akan terjadi...apa pun yang berlaku diri ini menerimanya dengan hati yang terbuka kerna diri ini yakin dengan apa yang telah di takdirkan Allah itu pastinya ada hikmah di sebalik kejadiaan... 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Awakk..Biarkan Saja..Sebab..

Semalam...
Kita Tidak Boleh Mengubah Apa Pun Yang Telah Terjadi.. Kita Tidak Boleh Menarik Perkataan Yang Telah Terucap.. Kita Tidak Mungkin Lagi Menghapus Kesalahan Dan Mengulagi Kegembiraan Yang Kita Rasakan Semalam..
Awakk.. Biarkan Saja Hari Semalam...
Lepaskan Saja Semalam...

Esok...
Hingga Hari Esok Bakal Terbit.. Kita Tidak Tahu Apa Yang Bakal Terjadi... Kita Tidak Mampu Melakukan Apa Apa Untuk Esok... Kita Tidak Mungkin Sedih Atau Ceria Di Hari Esok...
Kerana Esok Hari Yang Belum Tiba..
Awakk.. Jadi Biarkanlah Saja... Untuk Hari Esok...

Awakk...
Yang Tersisa Hanyalah Hari Ini...Pintu Masa Lalu Telah Tertutup... Pintu Masa Depan Pun Belum Tiba.. Tumpukan Saja Diri Kita Untuk Hari Ini...Agar Kita Dapat Melakukan Lebih Banyak Perkara Pada Hari Ini... Dan Kita Dapat Memaafkan Hari Semalam Dan Melepaskan Segala Ketakutan Untuk Hari Esok..
Hiduplah Pada Hari Ini.. Kerana Masa Lalu Dan Masa Depan Hanyalah Permainan Dalam Fikiran Yang Menyesakkan... Hiduplah Pada Apa Adanya.. Kerana Yang Ada Hanyalah Hari Ini... Hari Ini Yang Abadi...

Awakk...
Perlakukan Setiap Orang Dengan Kebaikan Hati Dan Rasa Hormat... Meski Mereka Sering Berlaku Buruk Pada Kita... Ingatlah Bahawa Kita Menunjukkan Penghargaan Kepada Orang Lain Bukan Kerana Siapa Mereka... Tetapi Kerana Siapa Diri Kita Sendiri...

Jadi... Jangan Biarkan Masa Lalu Mengekang Awakk Atau Masa Depan Membuat Awakk Bingung...
Lakukanlah Segalanya Hari Ini...

Awakk.. Kita Lakukan Semuanya Hari Ini Jika Di Izinkan NYA K...

Wednesday, September 14, 2011

Berdoalah kepada Allah S.W.T

September 14, 2011 0 Comments
*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•۞
۞*•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •*۞
۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞



Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).

Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)
Bila berdoa dari hati,
Lalu tangisan hadir membasahi,
Dengan menyerah diri pada Ilahi,
Pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,
Apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati.
Itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita dan DIA rasai dan ketahui,
Yang haqiqinya DIA lebih fahami dan mengerti,
Masakan tidak itu semua terjadi,
Pemilik hati kita, milik DIA yang abadi!
Bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa kepada Allah! Lebih nikmat dan kepuasan yang tidak tergambar kita rasai! Yang penting apabila menghafal doa dalam bahasa arab, kita perlu untuk memahami maksudnya, supaya hati lebih merasai dan menjiwai doa yang dipohon tersebut.
Doa dari hati, bukan sekadar di bibir. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya.

Tuesday, September 13, 2011

Andai Masih Ada Rindu....

September 13, 2011 0 Comments

~Seringkali hati ini merasakan betapa perit nya nak lalui apa yang dirasakan seorang diri.Kadang-kadang diri ini tidak mampu untuk bertahan.Rasa mahu menjerit dan ingin menyendiri diri keseorangan di dunia yang gelap yang tiada orang.Tetapi semua nya hanya fantasi semata-mata.Bayangkan betapa hebatnya nya dugaan dan ujian yang allah berikan kepada diri ini.Aku hanya mampu bertahan dan kuat walaupun pada dasarnya aku tidak mampu untuk melakukan semua itu...walaupun pada riak muka nampak ja ceria, gembira tetapi pada dasar hati siapa yang tahu walaupun kawan sendiri...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`^_^`~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.

Tuesday, September 06, 2011

Melihat Allah Dengan Mata Hati...

September 06, 2011 0 Comments

Allah Maha Melihat. Melihat seluruhnya. Apabila mata Allah melihat, pasti tidak akan ada satu pun yang terlepas dari pandangan Allah walau sekelumit zarah sekalipun yang zahir mahupun yang tersembunyi.
Subhanallah...
Tetapi ciptaan yang bernama "insan" itu seringkali melihat dengan pandangan hati.
Andai hati itu bersih, pasti yang tersembunyi akan kelihatan berseri.
Tetapi andai hati itu banyak tompok dosa yang berkelompok, maka hasilnya tunggu dan lihat.
Saya pernah mendengar satu tazkirah yang pengisiannya sangat bermakna.
"Di hati seorang insan yang penuh dengan kebergantungannya pada Allah S.W.T itu pasti keputusannya juga sepenuhnya bergantung pada keputusan Allah."
Pilihan Allah adalah pilihannya, tetapi bagaimana kita tahu pilihan itu adalah pilihan Allah terhadap kita? Pada saya jawapannya adalah istikharah. Istikharah memohon petunjuk Allah S.W.T.
Pandanglah dengan pandangan Allah. Pandangan kebaikan untuk setiap ketentuan.
Apabila kita memandang setiap ketentuan Allah, setiap ujian Allah dan setiap pemberian Allah ke atas diri kita dengan pandangan yang penuh hikmah, pasti yang akan kita temui bukan noktah.



Saturday, September 03, 2011

September 03, 2011 0 Comments




♥ஜ♥ Tangisan semalam takkan menyebabkan kita rebah untuk hari ini
♥ஜ♥ Tangisan semalam takkan mematahkan semangat ini
♥ஜ♥ Tangisan semalam bukan berakhirnya sebuah harapan

~> Tapi...

♥ஜ♥ Tangisan semalam adalah semangat
♥ஜ♥ Tangisan semalam adalah kekuatan
♥ஜ♥ Tangisan semalam adalah kebangkitan

~♥~ Mereka hanya melihat bintang, tp kita berusaha memetik bintang ~♥~







‎(¯`v´¯) SeUntai Kata UntUk Mujahidah...:)
`·.¸.·´`·.¸•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤
"KeCantiKan bidadari memaNg tiada dUanya,
namUn, wanita dUnia lebih mULia & tiada tandingannya,
krna, mereka bersUsah payah beribadah seWaktu di dUnia"
(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤

Thursday, September 01, 2011

September 01, 2011 0 Comments

Assalamualaikum.....
Ermm...sudah lama diri ini tidak menjenguk Blog Cahaya Hati Nazieqa....
Alhamdullillah...hari ini sudah masuk hari raya ke-3 bagi semua umat islam di dunia...bersyukur ke hadrat illahi kerana di beri kesempatan untuk diri ini merasai kemanisan ramadhan dan menyambut hari raya bersama keluarga, sanak-saudara, dan sahabat handai..Semoga aidilfitri yang akan datang ini aku dapat menikmatinya lagi.Walaupun pada hari itu, diri ini tidak begitu gembira dengan hal-hal yang tidak aku ingini tetapi aku meraikannya dengan gembira...hanya DIA saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu..aku hanya mampu bersabar di atas apa yang berlaku kerana aku tidak terdaya,kuat dan tabah...ketika semua orang bergembira...hati aku kesedihan..hanya riak muka sahaja yang gembira tetapi  ketika itu hati diserbu rasa sedih...aku bersyukur sangat2 kerana ALLAH berikan aku sahabat yang sudi mendengar luahan hatiku dan tidak lokek memberiku kata2 semangat dan nasihat...Diana & atin..aku sayang korang sangat2...terima kasih kerana ada untuk aku di saat aku memerlukan insan2 yang sudi mendengar luahan isi hatiku......


* semoga ramadhan & aidilfitri akan datang menjadi lebih bermakna buat diriku...=)


My keluarga..
raya 2011