Friday, July 29, 2011

~Ramadhan Datang Lagi~

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni sudah 28 syaaban dah.Tinggal lagi 1 hari saja lagi umat islam di atas muka bumi ini termasuk aku akan menunaikan rukun islam yang ke-4 iaitu kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.Bulan ramadhan ini lah merupakan bulan yang membawa 1000 satu rahmat buat umat islam.Dan merupakan bulan yang memberi peluang kepada umat islam untuk beribadat & melakukan kebaikkan dengan ikhlas.Kepada Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan yang berlipat ganda.Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah.Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Marilah kita sama-sama mengambil keberkatan  bulan Ramadhan ini agar kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. 

Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam...

*Semoga ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan buat diriku dan semua umat islam di muka bumi ALLAH.Dan kepada diriku serta rakan2 blogger ku sekalian, "Selamat Menyambut Ramadhan" dan ambillah peluang ini sebaik-baiknya untuk menghambakan diri kepada-Nya  melakukan ibadat dan kebaikkan.



NazieQa

No comments:

Post a Comment