Friday, July 15, 2011

Kelebihan Bulan Syaaban

Sekarang sudah bulan Syaaban.Tidak lama lagi Bulan Ramadhan akan menyusul.Oleh itu, Saya ingin berkongsi beberapa kelebihan bulan Syaaban. Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
  6.  Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…
NISFU SYAABAN
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Ahad
malam sabtu ( sebaik saja masuk maghrib), 17/7/2011 (selepas
magrib pada hari 14 Sya'aban 1432H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya
berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik
sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada
Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik... .
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya(sabtu)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL
IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK
BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA AHAD 17/7/2011 INI KERANA
KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA
TAHUN HADAPAN... 


Wallahua'alam



No comments:

Post a Comment