Saturday, December 15, 2012

Cerita Aku (1)


Kerja AJK S/u MPP
~Aktiviti membalut fail MPP~

Hai semua.Apakah anda sekalian?Bagaimana dengan iman hari ini?Adakah makin bertambah ataupun makin berkurang?Tepuk dada, tanya iman dan tanya lah hati anda sekalian.Hanya anda yang mampu memberikan jawapan kepada soalan itu.Harap iman-iman anda semua masih di paras okey yer.Sama-sama kita berlumba-lumba menaikkan iman kita semua.

Okey, cukup setakat tu ja pendahuluan bait-bait penulisan aku.Sekarang rutin harian ku makin bertambah sibuk kerana aku dah mula masuk sem baru.Sem ni, aku ambil 16 jam kredit.Tapi ingat nak tambah subjek lagi.Harap-harap aku boleh seimbangkan lah semua subjek-subjek yang aku ambil untuk sem ni.Aku nak kejar anugerah dekan kalau ada rezeki nanti.so, nanti aku makin kalut sikit.Sudah seminggu semester dah buka tapi portal masih lagi bermasalah.Tak boleh nak tengok result exam dan tak boleh daftar & tengok jadual secara auto.Semuanya perlu buat secara manual.Tau je la, manual ni sudah sikt.

Oleh itu, minggu lepas, tiap-tiap hari aku ke kolej walaupun kelas tidak mula lagi.Hari khamis barulah ,aku settlekan tentang jadual dan group untuk sem ni.Tu pun selepas beberapa kali naik turun pejabat kulliyyah..Balik ja rumah, aku terus menyiapakan tempahan handmade Craft aku.Banyak benda yang perlu di fikirkan.Tapi, aku tak anggap semua tu bebanan bagi aku.Anggap saja semua tu tugas dan tanggungjawab yang perlu aku lakukan demi mencapai kejayaan.Dan yang penting, semua kerja-kerja tu aku buat dengan penuh minat selesa & ikhlas.Bila lakukan dengan ikhlas, hati pun turut rasa ceria.

Kerja2 Craft ku..
~Sambil Makan MaMee!!~

Okeylah, yang ni ja yang aku boleh ceritakan.Idea untuk menulis dah mula berhenti untuk menyuruh aku memberikan laluan kepada tidur kerana esok kelas aku bermula pada awal-awal pagi.So, jumpa lagi di lain waktu.See u again..⊹⊱✿^_^⊹⊱✿

" Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi.
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi "
kesenangan yang datang selepas kesusahan.
semuanya adalah nikmat dari Allah ♥ :')


No comments:

Post a Comment