Tuesday, February 05, 2013

SEGMEN : Blogwalking + Kenali IPT



Hai semua.Hari ni CHN  nak join segmen yang di anjurkan oleh Husna Humairah ni.Tempat pengajian CHN bukan ipta macam blogger-blogger yang lain.Tapi CHN nak join juga.Saja suka-suki nak menaip dan berkongsi dengan blogger-blogger yang lain.So, apa tunggu lagi.Jom kenali tempat CHN mengembara mencari ilmu.

-KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH(KUIN)

Logo KUIN
Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03.Objektif awal penubuhan Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta mengembang ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu bagi menampung pelajar lepasan sekolah agama melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.KUIN mensasarkan menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang profesional dan agama ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
KUIN menawarkan jurusan :
  • Ijazah sarjana muda usuluddin 
  • Ijazah sarjana muda syariah 
  • Ijazah sarjana muda bahasa arab 
  • Ijazah sarjana muda pengajian tahfiz 
  • Diploma tahfiz wa al-qiraat
  • Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan 
  • Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (perancangan kewangan islam)
  • Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (pengurusan risiko dan takaful)
  • Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (kewangan & perbankan islam)
  • Ijazah sarjana muda teknologi maklumat (Rangkaian)
  • Ijazah sarjana muda teknologi maklumat (teknologi maklumat)
  • Ijazah sarjana muda teknologi maklumat (E-dagang)
  • Ijazah sarjana muda multimedia kreatif 
  • Ijazah sarjana muda web televisyen
  • Ijazah sarjana muda multimedia grafik
  • Ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik
  • Ijazah sarjana muda kejuruteraan sistem komputer
  • Ijazah sarjana muda kejuruteraan telekomunikasi
  • Ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan komputer
  • Diploma perakaunan
  • Diploma teknolgi maklumat
  • Diploma insurans islam
  • Diplomaperbankan islam
  • Diploma pengurusan hotel dan makanan halal
  • Diploma seni reka grafik
  • Diploma Digital video
  • Diploma Kreatif Multimedia
  • Program asasi pengurusan
  • Program asasi pengajian islam
  • Program asasi sains 



kampus kuin di Alor setar dan akan menjadi kampus perubatan

SEGALANYA BERMULA DISINI...
     CHN anak kelahiran negeri kedah dan belajar pun di kedah.Alhamdulillah, kini CHN seorang penuntut KUIN tahun 2, semester 4 dalam jurusan Ijazah Bahasa Arab."Bahasa Al-Quran,Bahasa Syurga" itulah yang mengajar CHN betapa manfaatnya mendalami ilmu nahu,balaghah,tarikh adab dan sorof.


    Istimewanya KUIN ialah semua pelajar tidak kira mengambil jurusan apa-apa pun dikehendaki menghafal al-quran dan jurusan CHN perlu menghabiskan 8 juzuk selama 4 tahun.Selain itu, persekitaran di KUIN yang memberi faktor kenapa CHN memilih KUIN sebagai tempat pengajian CHN.Di KUIN, CHN di kelilingi dengan suasana yang sangat-sangat islamik.Semua pelajar perempuan di sana bertudung labuh.Kami di ajar untuk tidak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan dan mengamalkan konsep ''Biah Solehah" iaitu 5 mutiara penting di insaniah : 
  1. Solat berjemaah
  2. Kehadiran pensyarah arab sebagai "ulama" pewaris nabi.
  3. ukhwah
  4. Biah solehah 
  5. Usrah
Lecturer-lecturer Arab yang datang dari pelbagai negara.
Kini, kuin mampu mendirikan sebuah kampus tetap yang kawasannya sangat luas di Kuala Ketil, sungai petani.Insyaallah semester hadapan, CHN akan berpindah ke kampus tetap dan tahun ini jika tiada halangan KUIN akan di naik taraf menjadi UNIVERSITI.

Ruang santai 

Pemandangan kuin dari pintu B

Bangunan Canselori pada waktu malam

Dewan Utama dari belakang

Bangunan Kulliyah CHN

Perpustakaan


~Done ~

15 comments:

  1. Oh KUIN.. ada jgk senior belajar kt sne. hehehe :)

    okay :) terima kasih sebab join. saya dah follow back.

    jangan lupa blogwalking juga peserta lain --> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen.html

    nantikan pemenangnya ya! sila ke cbox sy dah brtahu samada anda pngguna clcom/maxis/digi *utk mmudahkan sy beli topap,sekiranya anda menang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..yka..hihi..ok2..sedang BW peserta yg lain...;)

      Delete
  2. wah,,cam best jer.. Nina dri blog segmen y sama.. blogwalking ni n done follow u.. http://ninamaslizza.blogspot.ru/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  3. salam..dari segmen yang sama... saje terjah.. done Follow here.. Follow Me Back.. Tq and GOOD LUCK ! !

    http://tirasigigiarnab.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
  4. dari segmen yg sama

    http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    done follow you :)

    ReplyDelete
  5. pin.. pin.. pon.. pon.. ^_^ hidup kuin!!!! jom melawat UPSI.

    http://kurakuramenari.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...hidup upsi jg..dulu teringin sgt nk msuk upsi..tp apa kn daya hajat tidak kesampaian...Btw Tq..Dah melawat upsi dh..Hapy BW n good luck..

      Delete
  6. cntik KUIN,..btw, sy ade ramai sgt kawan kat situ taw..heee,,:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tq2..Usim pon apa kurangnya..Yke..klu tgk muka msti kenal..tmbh2 klu aktf lg la sy kenal..

      Delete
  7. first time dengar pasal kuin :D

    http://fardiyah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...yke..klu datang ke kedah jemput la singgah ke kuin..;)

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete