Wednesday, January 30, 2013

Cerita aku..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?Harap semuanya sihat-sihat belaka yer.Malam ini baru di beri peluang untuk mengupdate blog setelah selesai segala kerja yang berkaitan dengan persatuan kolej.Sekarang ni CHN sedang bercuti mid sem selama 5 minggu sehingga 3/3/2013.Wow, lama gila kolej CHN bagi cuti.Universiti yang lain pun tak dapat cuti sebanyak ni.Sebenarnya, cuti mid sem kolej CHN, 2 minggu ja tapi disebabkan cuti ni berlaku perpindahan pelajar kuin dari stargate dan sungai petani ke kampus tetap kuin di Kuala Ketil, pihak pentadbiran kuin pun lanjutkan lagi cuti untuk semua pelajar kecuali pelajar nursing dan asasi.(Untung besar la kami).Minggu last sebelum cuti mid sem, CHN ada Ijtima' Sanawi iaitu program tahunan bagi Ittihad Thullab Lughah 'Arabiah.Lebih dikenali sebagai AGM, Annual General Meeting @ boleh juga disebut MUKTAMAR SANAWI bagi Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab.Dalam program ni CHN terlibat sebagai Exco Akademik baru bagi kuliyyah CHN.Entah macam mana pun tak tahu la boleh dilantik jadi exco akademik.Akademik CHN sendiri pun tunggang terbalik.hihi..

Barisan kepimpinan ITLA' sesi 2013/2014
Minggu last sebelum cuti tu,macam-macam benda yang nak kena settle. Selepas ja bermula cuti, CHN terlibat dengan unit protokol sukarelawan konvensyen dan perasmian kampus tetap kuin di kuala ketil.So, pagi ahad tu, CHN dan staf-staf kuin yang terlibat dengan perasmian tu berkampung di kuala ketil selama 3 hari 2 malam.Pertama kali menjejakkan kaki di kuin kuala ketil, mulut terus menyebut "Subhanallah, besarnya dan cantik kot". 

Sampai di sana CHN dan geng-geng yang lain di beri taklimat dan kerja masing-masing.Pada hari bersejarah tu, tetamu yang mai memang terbaiklah.Rasanya lebih dari 6000 orang, sebab dalam dewan boleh muat 5000 lebih.Tu pun sendat gila sampaikan ada yang duduk dekat lantai di tinggat atas.Dekat bawah khewah luar dewan pun penuh orang juga.Itulah kenangan bersejarah kuin yang memberi impak terbesar kepada orang-orang diluar Semalam baru CHN sampai di rumah.Pertama kali CHN terlibat dengan program yang penuh istiadat.Maunya tak istiadat, yang jadi perasmi pada hari tu ialah AGONG.Memang terbaik gila la kuin.Terasa berbangga dengan pencapaian kuin.Mengambil masa selama 5 tahun, kini kuin mampu mencipta nama dengan membangunkan sebuah kolej yang berteraskan konsep dunia dan akhirat.Insyaallah, tahun ni kuin sasarkan menjadi sebuah universiti.



Disini CHN sajiakn kepada anda gambar-gambar 
pada hari perasmian KUIN KUALA KETIL.
Selamat menatap yer..

























1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Saya menang giveaway Aisyah Humaira'
    Nama : Siti
    Link Blog : http://celiktapikabur.blogspot.com/
    Hadiah yang dimenangi : bookmark felt
    No Fon untuk dihubungi : 0145236008

    maafla, xthu nk bg detail kt ne...fb awk xleh bkk :D

    ReplyDelete