Thursday, October 31, 2013

Alamak!!! Dah nak dekat dah..



Hai semua..Apa khabar? Minggu ni CHN dalam mood Study Week. So semua kelas dah habis sejak minggu lepas lagi.Tapi tu pun masih ada kelas lagi.Ada juga lecture yang sanggup buat kelas tambahan untuk anak-anak muridnya.Terutamanya lecture arab.Sanggup mereka melayan peragai anak-anak murid yang entah apa-apa lagi. Ada yang selalu ponteng kelas, datang kelas lewat, main handset masa lecture ajar, sembang and so on..Walaupun dalam kelas tu hanya ada 4 or 3 orang, lecture arab tetap akan mengajar anak-anak muridnya.

Okey ,berbalik pada topik. Minggu ni study week, maknanya hari ahad ni dah mula exam final bagi semua mahasiswa/ mahasiswi Kolej Universiti Insaniah termasuk CHN sekali. Hari ahad ni paper first pula tuh. Aduhh..Makin dekat, makin takut pula. Mana tak takutnya, paper first hari ahad ni subjek Asas Keusahwanan. Agak killer la juga soalan walaupun "Asas" saja.


Sebenarnya subjek ni CHN ambil masa semester 7, tapi di sebabkan semester 7 ada lagi subjek yang killer iaitu Pengajian Malaysia dan Method, tu yang CHN tambah asas keusahawan untuk semester ni.Nanti masa semester 7 ringan la sikit.Boleh fokus untuk sabjek lain yang lagi susah..hehe..

Lagi 2 hari lagi nak exam..Doakan CHN boleh jawab yer nanti..Sambil melawat blog CHN jom la join GA Minions CHN di sini (LINK GA MINIONS)..25 November 2013 baru tamat GA.










2 comments: