Friday, July 19, 2013

Amanah Yang Dititipkan

 

Hai semua?Apa khabar?Harap semuanya molek-molek le noh.Malam ni CHN terasa rindu untuk menatap blog dan menulis entry baru.Agak lama CHN mendiamkan diri dari menulis entry baru.Kalau ada pun mesti entry segmen or GA.CHN minta maaf kerana sudah lama mendiamkan diri.Bukan CHN saja-saja nak melupakan dunia blog ni tapi ada tanggungjawab lain yang CHN perlu lakukan.

Sebulan cuti sem, banyak benda yang CHN lakukan.CHN join program jadi Fasilitator untuk adik-adik sekolah dan bekerja mengajar budak-budak mengaji qiiraati dan Al-Quran malam-malam.Sebulan dengan perkara-perkara yang bermanfaat, akhirnya cuti sem dah habis.Sekarang ni dah seminggu pengajian CHN mula.Hari ahad ni dah mula masuk kuliah macam biasa.

Amanah
~Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..~
Buka-buka sem ja, CHN dah dapat 1 amanah yang perlu CHN jalankan.CHN dipilih untuk menjadi sebahagian daripada adhoc program Ehya' Ramadhan Kolej Universiti Insaniah dalam unit tajaan.Program ni bermula 16 Julai sehingga 29 julai.Semua tentatif program berkaitan dengan bulan ramadhan.Dan sepanjang bulan ramadhan ni CHN agak sibuk dengan program di kolej.Harap-harap dipermudahkan segala urusan.


Kertas kerja, surat menyurat dan resit semua perlu settle kan..

Tanggungjawab yang perlu CHN pikul kali ini ada lain dari yang lain.Selalunya unit teknikal, unit persiapan tempat, unit protokol dan lain-lain.Tetapi kali ni CHN perlu bersemuka dengan orang yang berpangkat dan orang ramai.Agak susah juga la sebab unit tajaan ni kena cari tajaan @ sumbangan ikhlas orang ramai.Pastu kena kuatkan semangat dan cekalkan diri mendengar apa-apa yang tidak elok keluar dari mulut orang..He3...faham-faham je la..Okey la setakat ini sahaja yang mampu CHN coretkan.Jumpa lgi di lain waktu.Selamat bermujahadah di bulan puasa ini.

p/s: Psssssttt!!! terasa nak buat kad raya la..Tapi sempat kah?
Macam best jer tengok blogger-blogger lain buat kad raya dan main tukar-tukar...










1 comment: