Monday, February 11, 2013

Reunion Memorial Puteri 92 MMPT

Hai apa khabar blogger-blogger sekalian?Harap semuanya sihat-sihat belaka yer.Hari ni CHN ada reunion bersama sahabat-sahabat semasa di sekolah Maahad dulu yang bertempat di Garden Kuala Nerang,kedah.Tepat pukul 10.30 CHN keluar dari rumah untuk mengambil sahabat CHN Diana Rashid yang menunggu CHN di stesen bas Shahab Perdana dan kami sama-sama bertolak ke kuala nerang dengan menaiki motosikal wave110 kesayangan CHN.Kami tiba di destinasi tepat pukul 11.30pagi.Memang cukup-cukup memenatkan dan melenguhkan badan.Tak mau naik bas punya pasal CHN sanggup menunggang motosikal untuk meredah jalan raya yang berliku-liku dalam 30km.Tiba di sana, kawan-kawan sedia menanti  kami.Gembira tidak terkata melihat telatah dan peragai kawan-kawan sehinggakan sakit yang tadinya menunggang motosikal hilang begitu aja.Peragai mereka tetap sama seperti dahulu walaupun sudah 3 tahun meninggalkan zaman persekolahan.Gelak tawa mereka sering membuatkan CHN rindu zaman itu semula.Kami berkongsi cerita sambil menikmati makanan yang di sponsor dan di beli oleh kami semua. Semua ini akan CHN abadikan di dalam kamus kenangan CHN yang sentiasa ingat dan rindu di hati.

Masing-masing buka bekalan yang dibawa

Mula merapu dengan peragai masing-masing

Kek Sempena Reunion Kami

Kami in the Gang

HADILAH,AMIRA ROMLI,ASHIKIN,THAQIFATUL,ALIA,SITI RAHIMAH,
FASIHAH,MARDHIAH,ATIQAH,WAN ESALINA,HASANAH, DAN DIANA
~ada lagi beberapa orang yang tidak dapat hadir~

Menu kami Siang Tadi

Sahabat CHN dari form 3
~Kami sebilik dan sekepala~
CHN sampai di rumah tepat pukul 6 petang.Lepas maghrib tadi buka blog, mak aii terkejut bukan main.Ramainya followers.Dari 215 follower meningkat ke 287.Cayalah..Ini kerana first time CHN jadi sponsor Giveaway Blog Aisyah Humaira.Sekarang ni peserta yang join giveaway ni memang terbaiklah.Ramai gila.Nak dekat 100 orang rasanya.So, blogger yang mana tak join lagi silakan la join di sini <LINK>.Insyaallah,hadiah sangat menarik dan mana la tahu maybe rezeki korang untuk dapat hadiah dari sponsor-sponsor Aisyah Humaira.


*Dan kepada Followers yang follow blog CHN, maaf yer sebab lambat sikit CHN follow blog korang.Insyaallah, esok CHN akan follow blog korang yer.Okey lah, malam ni CHN nak rehat awal sebab letih seharian.Selamat malam bloggers sekalian.^_^


No comments:

Post a Comment