Wednesday, January 30, 2013

Drama cinta kau & aku

Hari ini CHN lepak di rumah ja sambil buat assignment dan jahit handmade kraf.Almaklumlah, sekarang ni CHN sedang cuti mid sem, so dapat la CHN luangkan masa dengan mengadap blog ni.Tadi CHN buka facebook, dan terjumpalah satu gambar dan kenyataan nih.Gambar tentang novel yang di tulis oleh penulis yang popular iaitu " SITI ROSMIZAH " yang bertajuk "CINTA KAU & AKU" telah diadaptasikan menjadi drama.Novel ni CHN dah baca lama dah dan ada dalam simpanan CHN.Jalan cerita novel ni pun memang terbaik la..Heroin nya dalam drama ni ialah Fizz Fairuz kalau tak silap CHN tapi heroinnya tak pastilah la siapa.

Anda peminat setia karya Siti Rosmizah? Berita baik untuk anda, Karyanya bertajuk 'Cinta Kau dan Aku' telahpun diadaptasikan dan bakal ditayangkan untuk tontonan ramai mulai 15 Februari 2013 (Jumaat) jam 10.05 malam di TV1!



Sinopsis Cinta kau & aku
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?                                                                                  




No comments:

Post a Comment