Tuesday, May 22, 2012

Tentang A&D Kraf



Salam persahabatan semua!!! pertama sekali CHN bersyukur atas kurniaan yang ALLAH S.W.T kepada hamba-hambanya yang bersabar dan berusaha dengan gigih.Sekarang CHN sedang cuti sem.pada cuti sem kali ini CHN sibuk dengan tempahan-tempahan keychain.Bertungkus-lumus menyiapkan dan membuat stock simpanan untuk dijual pada yang berminat.Alhamdulillah, atas kerjasama CHN dan Sahabat CHN iaitu DIANA, kami berpakat untuk mencipta jenama dan page kami di facebook.Bermula dari minat, akhirnya CHN dan Diana mula berniaga secara kecil-kecil untuk mencari duit poket sendiri.Oleh kerana CHN selalu online dan update blog, CHN mengambil keputusan untuk membuka satu lagi blog jenama kami sendiri iaitu AtiDia Kraf Kreatif gabungan nama CHN dan juga Diana.Bersyukur yang tidak terhingga page A&D Kraf di facebook sudah ada 30 "Peng" like.Walaupun masih di paras yang baru dan rendah lagi, CHN tetap bersyukur dan gembira dengan rezeki yang di curahkan oleh-NYA pada hamba yang bersabar.


Tekan sini yerk!!!

FB A&D Kraf

BLOG AtiDia Kraf Kreatif


No comments:

Post a Comment