Wednesday, May 09, 2012

Selamat Tinggal Kisah Silam



Bukan mudah untuk seseorang itu melupakan masa silamnya termasuklah diri yang menulis entri ini.Tambah lagi jika ianya adalah satu kenangan pahit dalam hidup.Namun sukar atau pun tidak, kamu tetap harus melupakannya dan membuangkannya jauh-jauh dari hidup kamu...Sekiranya kamu terus membiarkan diri dibayangi dengan kisah silam yang pahit sampai bila pun kamu tidak pernah akan rasa bahagia..Malah jalan untuk kamu meniti tangga kejayaan juga pasti akan lebih sukar kerana sentiasa rasa takut dengan bayang-bayang semalam...


Oleh itu, apa yang boleh saya katakan disini, keluarlah dari lubang deritamu dan janganlah sesekali membiarkan kenangan dimasa silammu menghantui dirimu kelak serta menyekat kebahagian yang permu kamu kecapinya.


*Ingat kebahagian ada ja dimana-mana.Ia terletak pada diri kamu sendiri untuk menentukan jenis kebahagian yang bagaimana kamu inginkan.



Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya..
itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki

No comments:

Post a Comment