Wednesday, October 26, 2011

Mencari Tulang Rusuk..

October 26, 2011 0 Comments
~Suatu hari aku bersama seorang sahabat sedang rancak bersembang...Dalam keadaan rancak bersembang, aku berkata kepada sahabat aku itu, "Agak-agak awaklah, macam mana lah bentuk tulang rusuk??"...Tetiba ja soalan itu yang terkeluar dari mulutku..Sahabat aku dengan selamber nya menjawab.."Balik ni kita pakat search dalam internet tengok..ana pun tak tahu juga macam mana bentuknya.."
Dan malam ini baru aku berkesempatan untuk mencari dalam internet bagaimana bentuk tulang rusuk...Cari punya cari...terjumpalah bentuk tulang rusuk yang aku nak tengok sangat tu..

Ni lah bentuk tulang rusuk...

WANITA DIBUAT DARI TULANG RUSUK LELAKI...DIA TIDAK DICIPTA DARI KEPALANYA UNTUK MENGUASAI LELAKI...DIA TIDAK DICIPTA DARI KAKINYA UNTUK DIPIJAK OLEH LELAKI...DIA DICIPTA DARI RUSUKNYA SUPAYA SENTIASA DEKAT KEPADANYA...DICIPTA DARI BAWAH LENGANNYA UNTUK DILINDUNGI OLEHNYA DAN...BERDEKATAN HATINYA UNTUK DISAYANGINYA....
Tiba-tiba teringat yang orang cakap yang wanita dijadikan dari tulang rusuk Adam...dan penderma tulang rusuk itulah yang akan jadi pasangan kita di dunia...Dalam hati ini penuh dengan tanda tanya dan ingin mengetahui siapalah hamba yang baik hati untuk menderma tulang rusuknya untuk ku ini...Hihihi..Agak kelakar soalan yang menerjah ke dalam pemikiran ku sekarang..Mungkinkah aku akan temuinya di dunia ataupun di sana nanti??? semua persoalan yang berada di pemikiranku sekarang.Sesungguhnya itulah rahsia yang tersembunyi dan hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya....Aku hanya mampu bersabar menanti dan mempersiapakan diriku untuk menjadi yang terbaik..


Tulang rusuk ADAM yang hilang biarlah dia yang mencarinya sendiri...
HAWA pula, tunggulah & bersabarlah, tidak perlu kamu mencari ADAM.
kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang.
Dia akan datang mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti..
Apa yang boleh kamu usahakan HAWA ialah berdoa agar ADAM yang datang itu adalah ADAM yang beragama, beramal & punya akhlak yang baik.
Dengan kata lain yang dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk le syurga..

Monday, October 24, 2011

Jatuh....

October 24, 2011 0 Comments
~Sekali lagi terjerumus ke lembah kegagalan..Aduhai..Lemah semangat dan jatuh terus untuk diri ini terus berjuang melakar kejayaan.Betapa sedihnya diri ini pabila impian tidak kesampaian untuk aku teguh berdiri...Kesan yang perlu aku lakukan amat perit untuk aku mananggungnya atas kecuaian diri aku sendiri.Ya Allah.."apa kamu sudah lakukan atiqah, kenapa kamu jatuh merudum sekali.???"...persoalan demi persoalan menerjah ke dalam kotak pemikiranku...Betapa leburnya hati dan perasaan orang yang aku sayangi iaitu keluarga yang mengharapkan kejayaan yang aku tanamkan...Tidak dapat ku gambarkan perasaan mereka pabila mengetahuinya dan tidak dapat untuk aku menerimanya kerana Aku gagal sekali lagi untuk berjaya....Terus berjuang Atiqah..jangan putus asa.Ingat..Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya...      
<Nak Hidup Mesti Berani Untuk Gagal>

kita pohon kekuatan..ALLAH beri kesulitan agar kita kuat..
kita pohon keteguhan hati.. ALLAH beri masalah utk kita atasi...kita pohon keyakinan.. ALLAH beri ujian utk memantapkan keyakinan..KADANG KALA KITA TIDAK DAPAT APA YANG DI INGIN KAN TETAPI KITA SENTIASA DAPAT APA YANG DIPERLUKAN...