SEGMEN : Blogwalking + Kenali IPT
Atiqah Zulkifli
February 05, 2013
15 Comments
♥-KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH(KUIN)
![]() |
| Logo KUIN |
Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03.Objektif awal penubuhan Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta mengembang ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu bagi menampung pelajar lepasan sekolah agama melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.KUIN mensasarkan menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang profesional dan agama ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
KUIN menawarkan jurusan :
- Ijazah sarjana muda usuluddin
- Ijazah sarjana muda syariah
- Ijazah sarjana muda bahasa arab
- Ijazah sarjana muda pengajian tahfiz
- Diploma tahfiz wa al-qiraat
- Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan
- Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (perancangan kewangan islam)
- Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (pengurusan risiko dan takaful)
- Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (kewangan & perbankan islam)
- Ijazah sarjana muda teknologi maklumat (Rangkaian)
- Ijazah sarjana muda teknologi maklumat (teknologi maklumat)
- Ijazah sarjana muda teknologi maklumat (E-dagang)
- Ijazah sarjana muda multimedia kreatif
- Ijazah sarjana muda web televisyen
- Ijazah sarjana muda multimedia grafik
- Ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik
- Ijazah sarjana muda kejuruteraan sistem komputer
- Ijazah sarjana muda kejuruteraan telekomunikasi
- Ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan komputer
- Diploma perakaunan
- Diploma teknolgi maklumat
- Diploma insurans islam
- Diplomaperbankan islam
- Diploma pengurusan hotel dan makanan halal
- Diploma seni reka grafik
- Diploma Digital video
- Diploma Kreatif Multimedia
- Program asasi pengurusan
- Program asasi pengajian islam
- Program asasi sains
![]() ![]() |
| kampus kuin di Alor setar dan akan menjadi kampus perubatan |
SEGALANYA BERMULA DISINI...
CHN anak kelahiran negeri kedah dan belajar pun di kedah.Alhamdulillah, kini CHN seorang penuntut KUIN tahun 2, semester 4 dalam jurusan Ijazah Bahasa Arab."Bahasa Al-Quran,Bahasa Syurga" itulah yang mengajar CHN betapa manfaatnya mendalami ilmu nahu,balaghah,tarikh adab dan sorof.
Istimewanya KUIN ialah semua pelajar tidak kira mengambil jurusan apa-apa pun dikehendaki menghafal al-quran dan jurusan CHN perlu menghabiskan 8 juzuk selama 4 tahun.Selain itu, persekitaran di KUIN yang memberi faktor kenapa CHN memilih KUIN sebagai tempat pengajian CHN.Di KUIN, CHN di kelilingi dengan suasana yang sangat-sangat islamik.Semua pelajar perempuan di sana bertudung labuh.Kami di ajar untuk tidak bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan dan mengamalkan konsep ''Biah Solehah" iaitu 5 mutiara penting di insaniah :
- Solat berjemaah
- Kehadiran pensyarah arab sebagai "ulama" pewaris nabi.
- ukhwah
- Biah solehah
- Usrah
![]() |
| Lecturer-lecturer Arab yang datang dari pelbagai negara. |
Kini, kuin mampu mendirikan sebuah kampus tetap yang kawasannya sangat luas di Kuala Ketil, sungai petani.Insyaallah semester hadapan, CHN akan berpindah ke kampus tetap dan tahun ini jika tiada halangan KUIN akan di naik taraf menjadi UNIVERSITI.
Ruang santai
Pemandangan kuin dari pintu B
Bangunan Canselori pada waktu malam
Dewan Utama dari belakang
Bangunan Kulliyah CHN
Perpustakaan
~Done ~


.jpg)










