Sunday, April 29, 2012

Berakhirnya sudah...



Salam berukhuwah semua.YAHOOO!!! dengan rasminya saya telah bebas daripada peperiksaan yang telah menguasai diri selama sebulan..sebulan itu juga lah saya bertungkus-lumus menelaah buku untuk berperang soalan-soalan peperiksaan.

Alhamdulillah dengan berakhirnya peperiksaan ini, maka dengan itu berakhirnya juga semester ke-2.Sedar tidak sedar sudah setahun berlalu.masih ada lagi 3 tahun lagi.kenangan di sem 2 masih lagi terasa bahangnya.sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan.semua akan pulang ke rumah masing-masing.Dua bulan tidak akan bertemu, terasa seperti bertahun-tahun tidak bertemu dan semestinya setiap seorang mesti dipenuhi cerita-cerita yang menarik dan menghiburkan.
Semoga kawan-kawan semua sihat dan selamat tempat masing.Insyaallah andai umur panjang kita berjumpa lagi di semester ke-3..

Kubina hubungan kita atas keimanan.Aku cintakanmu kerana Allah.
Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan.
"Kerana Ukhuwah itu indah"


No comments:

Post a Comment