Sunday, June 30, 2013

Kena Handle Program

June 30, 2013 0 Comments
 
Hai semua.Apa khabar?Harap-harap semuannya sihat ye la.Pertama sekali CHN ingin meminta maaf kepada pengunjung yang melawat blog CHN, kerana lama CHN tak update entry baru.Bukan CHN saja-saja tak nak update entry baru, tapi CHN agak sibuk dengan program.Program apa yer CHN sibuk??Jeng...jeng..jeng...Minggu lepas CHN sibuk dengan program untuk anak-anak murid CHN.CHN dan kawan-kawan yang mengajar di beri tugas oleh pengetua tempat CHN kerja untuk buat Kem Smart Solat.Last minit kami di beri tugas.3 hari sebelum program kami bertungkus-lumus menyiapkan modul sendiri.Dan selama 3 hari itulah CHN balik rumah pada pukul 1 pagi.

Alhamdulillah, semua modul siap tepat pada waktunya.Seramai 45 orang murid buat permulaan kem dan kem ni kami tidak mengambil duit.Semuanya free of charge.Semua penginapan,makanan dan cerderahati semuannya di tanggung oleh pihak pengurusan.Perjalanan kem tersebut pun berjalan dengan lancar.Dan pihak pengurusan juga amat berpuas hati dengan apa yang kami buat.Dan mereka meminta lagi kami buat kem untuk murid-murid selepas raya.Insyaallah jika berkelapangan lagi, CHN dan kawan-kawan akan buat lagi kem tersebut.

Anak murid lelaki...

Anak murid perempuan

Masa untuk mengisi perut...

Akmaluddin, amirul yang sedang kelaparn..

Makanan semasa "supper"..First time ikut program yang makanan mewah..
Syukur diatas pemberianmu Ya Allah..

Khusyuk menonton video...

Itulah serba sedikit yang mampu CHN kongiskan..Jumpa lagi di entry yang lain..daa..











Saturday, June 22, 2013

Tips Belajar Sambil Bekerja

June 22, 2013 2 Comments

Belajar sambil bekerja bukanlah semudah yang di sangka, selain perlu bijak membahagikan masa antara komitmen kerja, keluarga dan pengajian. mereka yang belajar sambil bekerja ini juga perlu kuat semangat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Untuk seketika, mereka perlu mengenepikan soal hiburan, lepak atau percutian bersama keluarga. Disini ada penduan untuk di kongsi bersama:-

1. Rancang kerja anda sebaiknya (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan di tempat yang mudah di lihat.

2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

3. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja. beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

5. Sentiasa ingatkan diri anda matlamat sebanar anda, menyambung semula pengajian. jika anda sambil lewa terhadap pengajian ia boleh menjejaskan masa depan anda selain merugikan masa, wang dan tenaga.

6. Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda, menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu

7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

8. Wujudkan tempat bekerja yang selesa, Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat membantu anda untuk lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pangajian dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar orang tersayang pasti dapat membantu anda

9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Elakkan mengulangkaji di saat akhir kerana ia akan menambahkan tekanan anda


Nota Kaki : Gunakan masa dengan sebaik-baiknya..Buatlah pilihan yang bijak untuk diri anda termasuk CHN kerana CHN bakal belajar sambil bekerja.Nak kata kekurangan duit, tidak lah sebab CHN dapat PTPTN...Oh no!!Duit PTPTN bukan untuk joli sesuka hati.CHN kerja sebab nak kumpul duit beli sesuatu yang CHN impikan dari hasil usaha CHN sendiri..Bagi CHN, kalau guna duit PTPTN, tak ada nilainya sebab duit tu bukan dari usaha kita sendiri tapi hasil dari pinjaman kita.Nanti nak bayar balik pun tak mampu.. 
Nak tahu CHN kerja apa??Jom terjah entri ini (PICIT SAYA)..