Monday, March 07, 2011

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

March 07, 2011 0 Comments


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya.
Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”



Saturday, March 05, 2011

LUahaN Hati...

March 05, 2011 0 Comments
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM......
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
       semalam aku sembang dengan ayah n mak....time tu ayah n mak dok cita sal duit...tengah buat bajet untuk adik2 aku....banyak juga duit yang perlu dikeluarkan...duit masuk skit je....em..teruk juga ayah n mak aku cari duit untuk aku dan adik2...ayah pula terpaksa memerah keringat merata2 tempat untuk mencari duit supaya aku n adik2 belajar bersungguh2.....ayah kta"ayah tak mau pa2..yang ayah nak k.long n adik2 berjaya..ayah minta maaf kerana x dapat bagi apa2 kt k.long n adik2 macam ayah n mak orang len bagi kat depa"mcm2 pengorbanan yang terpaksa ayah n mak lalui untuk membesarkan aku n adik2....tetapi..aku..tidak da satu benda lagi yang aku buat untuk membalas jasa n budi seluruh jasad n nyawa ayah n mak....aku telah memcuba lakukan yang terbaik tetapi nasib belum lagi menyebelahi aku...buat masa sekarang  aku hanya mampu berdoa supaya suatu hari nanti aku memberi suatu yang terbaik buat ayahanda dan bonda yang tercinta...
   ~MAK AYAH:k.long janji k.long akan belajar bersungguh2 untuk mak dan ayah..
       Time ayah dan mak tengah dok sembang tu aku join sekali...pastu ayah kata kat ak..."ayah bukan nak minta benda ni jadi..tapi andai satu hari nanti ayah pergi buat selama-lamanya..k.long kena ambil tugas ayah...k.long sebagai anak sulung dalam keluarga....k.long kena cari duit untuk menyara mak n adik2..."tetiba ja sayu ja ak dengar...sedih nya..mata ni dah mula berair...sanggup ka aku nak ambil semua tanggungjawab ayah....tidak pernah sesekali aku nak fikir tentang ni....tidak sanggup aku nak bayangkan macam mana hidup tanpa seorang ayah...betapa peritnya nak mencari duit n rezeki....tambah pula kerjaya belum ada lagi..macam mana aku nak lalui seorang diri...betapa berat nya dugaan anak sulung....kena memikul tanggungjawab yang sangat besar...
     Walau macam mana pon..aku bersyukur kerana di lahirkan di dunia ini..bersyukur sangat2 diberi peluang untuk mengirup udara segar di bumi yang nyata ini...bersyukur sangat2 di beri peluang untuk merasai kehidupan....terima kasih yang tidak terhingga buat ayah dan mak yang tercinta kerana membesarkan aku dengan penuh kasih sayang yang tidak terhingga...terlalu besar pengorbanan yang ayah dan mak telah lakukan untuk aku dari sebesar tapak tangan hinggalah aku menjadi seorang gadis remaja yang terlalu mentah dengan erti hidup yang sebenar.... jasa dan pengorbanan ayah dan mak terlalu besar untuk aku membalasnya...
aku sayang sangat2 ayah dan mak...ayah dan mak bagaikan nyawa aku untuk hidup...tanpa kalian aku tidak sanggup untuk meneruskan hidup....
~Buat MAK & AYAH :K.long sayang sangat2 kt mak dan ayah..terima kasih kerana membesarkan k.long menjadi seorang insan yang berguna......