Teruji sekeping hati dengan
kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman. Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang
pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali
ikatan. Sungguh tidak terduga sebuah
perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan. Hati mana tidak berbunga harapan.
Setulus itu dia datang dan menyampaikan
pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan. Namun, tidak terduga tangan yang sedang
berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian.
Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.
Di saat hatimu teruji dengan ujian yang
sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput
perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan. Namun, kita harus percaya pada takdir dan
ketentuan. Setiap segala yang berlaku
diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung
telah mengaturkan semuanya.
Takdirku Telah Tertulis. Jika sesuatu
ditakdir menjadi milik kita, berbekal
usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah. Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan
menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu
menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.
Segala yang ada di dunia ini adalah hak
Allah. kerajaanNya luas meliputi alam
raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah. Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah
rezeki kita jua dariNya.
Bersyukurlah. Jangan di tangisi
apa yang bukan menjadi milik kita. Allah
tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah
sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah
dariNya buat kita.
Ibnu Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Terkadang cinta yang menginap di hati
manusia jua suatu ujian. Dihadirkan
perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya. Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari
suram. Cubalah sedaya upaya untuk
menepis setiap godaan. Percayalah bahawa
jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan
kembali kepada kita. Begitu jua lah
sebaliknya.
“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”
Sapulah air mata yang terbit dari rasa
kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya
Dia mengetahuinya. Alangkah indahnya
jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki
segalanya. Semoga Allah ubati kekecewaan
yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.
InshaAllah…yakini bahawa Allah lah
sebaik-baik pengatur kehidupan insan.
kata-kata yg indah utk dibaca, dihayati. :)
ReplyDelete:) moga beroleh ilmu yg bermaaf nurul...
Deleteada sedikit persamaan, dengan kisah saya :)
ReplyDelete"Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian. Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya"
jom join GA ni..
ReplyDeletehttp://gadistehoaislimau.blogspot.com/2013/01/kawaii-giveaway-by-mimie-isha.html