"Awan Berarak Ceria,Tiada Titisan Hujan Pohon Melambai,Tanda Sokongan Kususuri Perjalanan,Bertemankan Senyuman Di Hari Lahirmu Sahabatku Dedaun Berguguran,Membuktikan Kedewasaan Walau Tanpa Madah Dan Hadiah Namun Cukup Bagiku,Sekadar Ucapan Selamat Hari Lahir Iringi Doa Kuhulur,Bersyukur KepadaNya Atas Nikmat Usia Sahabatku Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti Selamat Hari Lahir Usiamu Ibarat Mutiara,Tiada Berganti Lagi Hiaskan Iman Bersulam Taqwa Agar Sempat Mengucup Haruman Syurgawi"
Allahamdulillah...bersyukur yang tidak terhingga kerana masih lagi bernafas di atas muka bumi ini sebagai khalifah dan hamba kepada-NYA. Detik 12/10/2012 akhirnya aku telah menjejaki ke alam dewasa iaitu alam 20-an.Terima kasih buat sahabat-sahabat yang dikenali dan tidak di kenali(di facebook) yang sudi mengucapakan "selamat hari lahir", "sanah Helwah" dan "happy birthday" kepada ku.Teristimewa juga buat keluarga tercinta yang turut mengucapkannya.Buat Teman seperjuangan "Nur Syazwanna" dan Nur Azyan" yang sudi meluangkan masa untuk membuat kejutan menyambut hari lahirku.
Sedar tidak sedar sekarang umur ku sudah mencecah 20 tahun.Terasa bagaikan semalam aku baru dilahirkan oleh seorang wanita yang sangat teristimewa di hati ku iaitu Ibu yang tidak jemu-jemu untuk membesarkan anak perempuan sulung dan banyak kerenah ini.Kehidupan semasa menjadi kanak-kanak bagaikan terasa di benak fikiranku.Cepatnya masa berlalu, akhirnya hasil didikan Ayah dan ibu sudah bergelar seorang anak remaja yang dewasa yang memerlukan kematangan dan sifat berdiikari untuk terus menempuh onak dan ranjau kehidupan pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment